Thursday, December 1, 2011

* the transformation *


the green by hubby Moose

Assalaam alaykom... membuka lebaran hujung tahun bulan Disember dengan sedar masa sedang pantas berlalu. Jika semalam baru berkata2 mahu merancang itu dan ini, hari ini masanya untuk melaksanakan apa yang dirancang. hmm. owh.. sibuknya cerita 'transformasi', benar transformasi itu bagus nilai positifnya. Dan tidak salah jika melakukan perubahan demi sesuatu yang lebih baik. Begitu juga dengan komponen kecil dalam Unit Kerja dimana tempat saya mencari rezeki. Hari ini telah dinyatakan beberapa transformasi yang mahu dilakukan dan kami sepakat menyambutnya untuk kebaikan bersama. Yang pasti satu tugas rasmi saya telah dipindah milik kepada staf yang baru manakala saya akan memikul tugasan yang lebih berat dan harapannya saya lebih fokus dalam kerja2 pengurusan seperti penyediaan laporan yang biasanya tertunggak dek kerna tidak cukup tangan.

Alhamdullillah, dengan pernambahan staf ini harapnya dapat mengukuhkan lagi proses dan prosedur kerja. Sepertimana yang diterangkan kepada Auditor... jika ditanya tentang prosedur, panjang ceritanya... tetapi untuk beri komitmen sepenuhnya kepada prosedur adalah sukar kerna kekurangan staf mahupun kurang pengalaman yang meluas tentang perolehan. Namun tanpa sedar rupanya saya bisa berbicara tentang prosedur perolehan. Mahu 'streamline' dan ketatkan prosedur? bisa sahaja... namun anda yang berkata2 itu harus mengkaji semua aspek. Mahukan staf 'multitaskin'? owh... anda yang pandai berkata itu bagaimana pula? Setiap detik yang saya lalui amat berharga. Dari zero knowledge, kini saya mampu berkata2... Dari hanya melaksana kini saya membuat perubahan... Namun jika semuanya demi kebaikan bersama, apa salahnya. Benar, jika tahun lalu saya lelah dalam pelaksanaan tunggal, kemudian bila berdua...saya ke arah perancana. Itu lebih berat sebenarnya bila mana melibatkan otak berfikir. Mungkin tahun depan lebih ringan tugasnya bila kami semakin berkembang ke tiga dan ke enam. Lebih bagus dari seorang bukan? hmm.

Btw... hari ini saya menerima seorang lagi teman baru di bawah unit tender. owh... gelarannya Miss Tender {single lagi}, mrs Cyana pastinya Mrs Tender yang masih lagi berbicara 30km/j tanpa henti. Terujanya petang tadi seperti cikgu yang bertutur tanpa full-stop. ahaks! Agak sedih bila mana saya perlu meninggalkan Opening Tender... iaitu mesyuarat cop-cop. hiks! Hopefully Miss Tender dapat memberi kerjasama yang baik. Dengan transformasi kerja yang berlaku ini akan memberi manfaat bersama. InshaAllah.


No comments:

Post a Comment