Assalam alaykom... i'm back!!! i'm back!!! Actually sedang menunggu gambo2 dari mr OP. Tetapi mr OP pula sedang bercuti, kad CF juga bersamanya, pinjamkan untuk beliau copy gambo. tetapi belum dapat semula...maka semua gambo ada bersama mr OP. grr!!!!! Next week baru masuk kerja katanya, so pending semua cerita or berita. Lucky me ada sedikit gambo dari mr BTorch. Sooo.. dari cerita basi better update entry by entry.. ahaks!! so sebelum cerita program, mari layan cerita behind the scenes treasure hunt...
Tahun ini, treasure hunt bermula dari KBB Paya Keladi dan berakhir di KBB Kuala Perlis. owh.. KBB itu adalah singkatan Kilang Beras Bernas! maka semua peserta akan dibawa menjelajah KBB di bahagian negeri utara. Actually kepingin juga menjadi peserta, tetapi memandangkan geng2 semuanya sibuk, maka mrs Cyana seperti biasa menjadi urus peserta a.k.a urusetia. hiks!
perjalanan menuju ke tempat program... tol Sungai Dua, satu2 tol masuk menuju ke negeri sebelah utara
lamanya tidak melalui tol nie, dulu zaman study di Sungai Petani... setiap hari akan melalui tol Sungai Dua nie
signboard menuju ke KBB Paya Keladi. Rajin sungguh staff Paya Keladi, siap dengan penunjuk arah lagi... maka tidak sesat!! Petang hari Jumaat diadakan pendaftaran nombor kereta, taklimat program dan juga pemeriksaan kereta. Lucky mr Blasoo bukan peserta, kerna ketika itu lampu belakang tidak bernyala dan juga roadtax tamat tempoh belum ditukar yang baru. opps!
bacaan doa oleh Imam masjid Paya Keladi... berbaju biru itu adalah brother Abdullah a.k.a abang Lah... orang kuat Paya Keladi. hiks.
pelepasan semua kenderaan oleh YB Roslan Saidin, ADUN Pinang Tunggal. Menarik perhiasan kawasan pelepasan, siap dengan belon berwarna-warni
Kak Nora's car yang banyak berjasa membawa saya ke hulur ke hilir. hehe. Selepas selesai pelepasan terus ke KBB Kuala Perlis untuk menguruskan hadiah.
antara hadiah2 cabutan bertuah... wow!! besarnya!
barangan elektronik untuk 10 kenderaan terbaik
hampers untuk cabutan bertuah
okay....sebuah lori juga digunakan untuk mengangkut hadiah2 ke tempat program
erk.. belangkas???? nyum nyum
Restoran Ocean View milik Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis... tempat berlangsungnya majlis makan malam
selesai mengatur hadiah, barulah ke hotel untuk makan!!!
teh ais for mrs Cyana
koay teow goreng yang sedap. Selepas makan terus pulang ke Hotel Sri Malaysia yang berdekatan untuk berehat
tyme to work!!! mrs Cyana sudah bersedia untuk kembali bertugas di waktu majlis makan malam. off to work!!! sudah tiada lagi gambo...
owh.. sedikit gambo yang diambil dari blog Kakcik Seroja dan Abang Lah's FB
lokasi majlis makan malam
semua tetamu disambut dengan percikan bunga api
mrs Cyana in candid!!! waktu petang hari taklimat... macam gengster kecik jek. ahaks!
candid lagi... di pagi hari pelepasan
sebelum meneruskan perjalanan ke Perlis, semua urusetia bergambo kenangan di tempat pelepasan KBB Paya Keladi.
dan sedikit komen membina dipetik dari blog Kakcik Seroja...
"Acara makan malam dan penyampaian hadiah ini telah diacarakan dengan jayanya oleh blogger Pn.Cyanamoose dengan lancar, petah dan riang ria. Walaubagaimanapun, aku terlepas pula untuk merakamkan gelagat dan telatah beliau mengacara. Ops! sesiapa yang berminat untuk mengambil beliau sebagai pengacara majlis, bolehlah cuba-cuba bertanya di blognya. Suami beliau pula adalah seorang jurugambar yang hebat. Jadi mereka adalah padanan yang lengkap untuk sesuatu majlis yang memerlukan pengacara dan juga jurugambar terlatih. InsyaAllah."
Ungkapan yang bisa membuatkan saya kembali tersenyum sampai ke telinga walaupun penatnya tidak terungkap dengan kata2. Bertuah saya mempunyai suami seorang jurugambar antara yang terhebat karyanya. Jika hubby Moose yang datang bersama pastinya wifey tersenyum girang kerna gambarnya pasti beribu lemon. hiks! Terima kasih juga kepada Kakcik Seroja dan Abang Bob yang banyak membantu mengembangkan kerjaya saya di syarikt terchenta.
No comments:
Post a Comment