Tuesday, December 6, 2011

* SYUKUR *

the fighter

Assalaam alaykom... bersyukur saya kini team tender semakin berkembang dengan penambahan staf. Team tender telah menerima dua lagi staf baru menjadikan kami yang secara langsung menguruskan tender seramai empat orang. Jika tahun lalu sendirian, awal tahun ini menerima seorang staf yang menguruskan tender bahagian Utara dan tahun depan kami akan lebih bertindak lebih agresif untuk menjadikan sistem tender lebih seragam dan teratur mengikut beberapa prosedur baru yang akan diperkenalkan. Benar tahun lalu paling sibuk dengan kerja COP, tahun ini lebih kepada kerja memerah otak. Dan kini sedikit lega kerna kerja COP akan diambil alih oleh staf baru. Sedaya upaya saya turunkan semua ilmu yang ada agar beliau akan faham bagaimana bekerja dengan mrs Cyana yang kurang cerewet tetapi kerja perlu kemas dan teratur. Hinggakan kaedah filling juga saya kongsi bersama... mudah bukan? hehe.

Masih segar lagi ingatan ketika saya terkapai2 memahami skop kerja dan memahami kandungan fail. Ketika itu hanya ALLAH swt yang tahu betapa sukarnya situasi mrs IT beralih ke mrs Tender. Bayangkan untuk memberi nombor fail juga tidak pernah, inikan pula setiap hari perlu menguruskan fail2 yang banyak. Bak kata pepatah 'learn by heart'... itu lebih bisa menjadikan kita menjiwai tugas. Gembira lagi bila kini saya menjadi rujukan proses tender. Seketika berasa janggal pula bila mana bilik tender mempunyai peneman dan saya juga secara tidak langsung mempunyai teman untuk bersembang. hehe.

Mungkin selepas ini, akan meringankan tugas saya... dan agar saya tidak perlu lagi membawa pulang kerja ke rumah. hmm. Namun begitu, saya teruja bila diberi tugasan baru yang lebih mencabar. Cabarannya bila perlu merangka pembaharuan prosedur dan proses agar lebih relevan dengan peredaran masa. Bezanya jika dahulu sendirian tetapi kini bila memegang status seniorita... gembira bukan? hehe. ALLAH swt telah banyak membantu dalam urusan dunia. Thank you ALLAH.


No comments:

Post a Comment