Friday, December 16, 2011

* my lil' journey to Utara *

Assalaam alaykom... rindunya sama blog! benar rindu bila beberapa tidak menjengah. Walau sesibuk mana sekurangnya saya hanya akan mengunjugi tanpa sebarang kata. Benar sibuk sangatkah sampaikan tiada masa untuk membuang masa seketika untuk berkata-kata. Entah kenapa terkadang otak sampai buntu mahu memikir mana satu hendak disegerakan jika semuanya mahu dilihat sempurna, jika semuanya mahu berfikir tanpa mendapat kata pasti, jika semuanya tiba-tiba menjadi beban di minda. Maka pulang sahaja, otak yang letih hanya mahu meminta untuk direhatkan. Otak yang letih bermula seawal pagi jika terbangun lewat dan tersangkut di dalam kesesakan lalulintas. Kerna itu lebih rela sampai ofis lebih awal walaupun tidak selalunya dapat pulang rumah seawal waktunya. hmm.

Banyak perancangan maka banyak juga perlu dilaksanakan.. begitu juga dengan perancangan untuk menambahbaik proses dan prosedur yang sedia ada. Untuk itu sebelum melanjutkan perancangannya, harus faham terlebih dahulu asas kerja. Dan untuk menambah ilmu 'Purchasing' apa yang perlu dibuat adalah memahami operasi sedia ada. owh... agak sukar juga untuk mengingati semua perkara serentak bila mana tidak terlibat secara langsung dengan perjalanan operasinya. Atau mungkin otak ini masih berlegar di dunia teknologi maklumat tanpa sempadan.. hehe.

Perjalanan ke Utara sekali lagi untuk bertemu dengan team Perolehan Utara untuk proses penyeragaman prosedur. Benar prosesnya sedia ada tetapi bagaimana bisa mempercepatkan proses di samping mengekalkan ketelusan? Cabarannya dalam mengekalkan ketelusan dan keadilan, sesekali harus lantang bersuara walaupun terpaksa berdepan dengan orang yang lebih tinggi jawatannya atau yang lebih berpengalaman. Saya sangat senang bila bekerja dengan mereka2 yang berpengalaman tetapi saya adalah tidak suka bertemu dengan mereka2 yang masih mengekalkan proses lama yang sedia maklum tidak benar alirannya atau mereka2 yang hanya pandai mengatur kata tetapi tidak melakukan apa2. hmm. Enough said!

back to my lil' story... mari berjumpa mr Santa di Skypark Subang... hiks.

belon percuma

tyme to flyz

welcome to Alor Setar

two days trip with polka dot

hari sudah siang

bergaya dengan hijab by the BajuKurung Online

di hadapan Pejabat Jitra

team tender Utara yang terdiri dari dua lelaki

my lunch

plus ikan bakar

bihun sup juga lunch... hehe

waffle? nyum nyum

nasi goreng

salad yang enak dipandang

telur separuh masak

bahan2 sup

bahan2 yang disusun rapi

chicken grill

owh.. muka makin bulat

sudah malam.... maka harus pulang ke pangkuan insan terchenta

sementara menunggu ketibaan insan terchenta...wifey layan gmbo dulu ya. hehe

2 comments:

  1. macam kenal je buffet hotel tu...hahahaha...

    ReplyDelete
  2. phatlee... mestilah kenal sebab sama jek kot. mcm tkde variety pulak. huhu

    ReplyDelete