Tuesday, August 11, 2020

* holla August *

🌿Credit to CB’s crew! Pertama kali hampir tepat ejaan nama saya with the ‘R’, mungkin kerna Tiz @missy_zetty menyebutnya dengan jelas walaupun ejaan tetap salah apabila ‘H’ menjadi ‘Y’😁 Biasanya saya akan minta pen untuk menulis nama sendiri 😅 Mungkin itu keunikan nama saya. Last week nurse klinik memanggil ‘Liza’ saya hanya memandang dan hampir terlupa itu adalah sebahagian nama😇. Setakat rekod hanya dua orang yang memanggil nama ‘Liza’ dan biasa saya akan perkenalkan diri as ‘Shana’ without ‘R’ memandangkan jika disebut mungkin pendengar akan mengulangi nama yang lain pula.. ahaks. Lucky me ada lagu ‘Shanana’, barangkali lebih mudah ingat. owh.. saya juga rasa bisa menghafal lebih 100 nama penuh rakan sekerja😊 Alhmdullillah. #cyanasring #cyanatalks

* the STAGE *

mrs Moose

mr Moose

 🌿Pentas yang berbeza walau kedua kami memegang ‘🎤microphone’! Di pentas hubby Moose bisa menyanyi dengan ton bass tetapi saya hanya bisa bertutur dan berseloka. Oh.. kenapa saya tidak menyanyi? Kerna suara hidung dan akan menyumbang lagu sahaja bak kata hubby Moose😅 InshaAllah semoga dengan sedikit pengalaman dan minat dapat saya mengembangkan bakat 🎤 melontar suara😊 #wayfarers7 #cyanatalks #emceebernas

* Aug 1-7, 2020 | World Breastfeeding Week *

 
🌿Aug 1-7, World Breastfeeding Week | Setiap wanita bergelar Ibu punya kekuatan tersendiri. Jangan pernah rasa kecewa jika tidak dapat menyusu anak, tetapi harus bangga setelah mencuba bukan sengaja. Sejujurnya saya tidak bersedia untuk menyusu anak, saya kira mudah sahaja. Salah tekaan saya kerna seorang Ibu itu perlu punya ilmu selain cekal hati dan harus tabah. Selepas kelahiran anak pertama saya belajar semuanya... EBM, power pumping, double pumping dan sebagainya. Saya turut menyusu anak waktu mengandung dan menyusu dua anak serentak... mindset ‘demi anak’, Pam susu untuk bekalan anak juga bukan mudah. Penat!!! Stres! Masa terhad! Minda perlu tenang! Bengkak susu dan sebagainya.

Alhamdullillah kini saya secara tidak sedar diberi rezeki telah menyusu anak selama 5 tahun berterusan.. bagaimana kekuatan itu muncul seadanya. Cabaran utama adalah sewaktu hari bekerja... Saya perlu urus persepsi dengan limitasi masa. Biasa saya pam susu waktu dalam kenderaan ketika dalam perjalanan ke tempat makan atau dalam penerbangan, thanks to my #medelafreestyle portable & ringan. Tips penyusuan Just Be Positive, Mindset!!! InshaAllah ade rezekinya. #wbw2020 #worldbreastfeedingweek2020 #medelafreestyle #cyanatalks

* the MAN Behind The Scenes *

 🌿the MAN Behind The Scenes, beliau komited dengan kerja, teliti dengan karyanya dan sentiasa berdepan risiko untuk merakam ‘moment’ untuk hasil yang bisa mengukir senyuman. Katanya hanya sepatah lebih banyak berdiam dan meluah rasa dalam karya... namun acap kali membuat penonton menitis air mata. Alhamdullillah kerjaya ‘Videographer’ memberi banyak pengalaman dan kenangan. Saya pasti beliau banyak menyimpan data politik mahupun Covid-19. Kenangan terindah lagi merbahaya ketika merakam pencemaran Sungai Kim Kim dan perjalanan pesakit Covid-19 sehingga ke liang lahad, mashaAllah. Kami sekeluarga sentiasa mendoakan beliau agar terlindung dari bahaya, sihat tubuh badan dan terus berkarya dengan jiwa💝 Love you hubby @moosekhair #cyanamoose #cyanatalks

.. first pic candid by my first son Emir Moose 😘

* wisdom *

 

🌿#throwback MCO && online shopping 😅 
Hikmah PKP antaranya adalah pembelian online yang mana menjadi rutin dan mengurangkan risiko ke kedai. Bermula dengan belian makanan melalui @foodpandamy @grabfoodmy juga ramai jiran yang aktif berniaga menu dari pagi sehingga ke malam. Daging, ayam, ikan, sayur, buah, santan, ketupat dan macam-macam jualannya. Belian barangan saya banyak menggunakan @lazada_my shoppe... Serunding Kelantan, ikan bilis Tg Dawai, Sos Cap Tupai Penang juga dibeli online. Kemudian barangan Ikea saya menggunakan khidmat jiran Personal Shoppers. Terima kasih atas perkhidmatan yang memudahkan pengguna akhir seperti saya yang mempunyai anak-anak kecil. #cyanakitchen #teratakcyanamoose #cyanatalks

* my lil' photo supporter *

 meet my lil' Eijaz a.k.a Adeq

 

🌿behind the scene of the scenes!!! my lil’ supporter Eijaz a.k.a Adeq. Pantang nampak Umy susun barang atau makanan dan pegang phone, pasti Adeq akan muncul. So gambar Adeq wajib ade sekeping sebab dia akan tunggu pose di tepi walau Umy sebenarnya cuba untuk hilangkan Adeq dari frame😅 Hari ini Adeq manja mengalahkan baby Elhan tidur juga mahu atas pangkuan Umy.😘 #eijazsjourney #behindthescenes #family #teratakcyanamoose #cyanatalks

* my lil' Makeover journey *

 🌿Year 2020|my lil’ makeover journey! Catatan untuk kenangan saya dalam perjalanan ‘makeover’ yang mana lebih 10 tahun saya hanya mempunyai 3 basic items compact powder, lipstick & eyeliner. Alhmdullillah saya telah menambahkan koleksi dan mempelajari teknik solekan ‘Basic’ sahaja demi selari dengan kerjaya. Pening tengok pelbagai bentuk berus dan warna. hiks. Terima kasih kepada sahabat yang banyak berkongsi ilmu dan tidak jemu berkongsi idea 💋Swipe to left Before && After #cyanatalks #cyanasring

* Self-Reward!!! *

 🌿Self-Reward!!! Sesekali kita perlu berbelanja untuk kemahuan diri setelah penat bekerja siang & malam. Saya tidak minat akan emas, makan atau percutian mewah. Perbelanjaan saya lebih kepada keluarga, pakaian & keperluan anak-anak ataupun barangan rumah. Maka tahun ini saya hadiahkan diri ‘white dining table’ (walau hitam warna kegemaran😅). Sebelum membeli seperti biasa survey beberapa sumber lebih 6 bulan, shortlisted 3 jenis dan pertama kali saya membeli perabot secara ‘online’ (hikmah dari PKP). Oh benar! Saya agak cerewet kerna saya melihat ‘details’ seakan ada yang kisah walaupun orang tak kisah😅. Itu standard dan disiplin yang dipraktik.. paling gembira kini saya bisa merakam gambar di meja makan tanpa perlu menggunakan sudut lain seperti sebelumnya... Jika ada video mungkin bisa dirakam kegigihan seorang ibu sedang mendukung anak membawa makanan ke sana ke sini semata-mata untuk sekeping gambar makanan. Itu hobi!!!✌🏻😊 #teratakcyanamoose #cyanakitchen #cyanatalks