Wednesday, December 21, 2011

* mrs Fatimah's farewell *

Assalaam alaykom...dalam kesibukan menjelang hujung tahun, tanpa sedar banyak peristiwa berlaku dalam Bahagian tempat dimana saya bekerja. Penutup tahun merumuskan kami menerima beberapa orang staf baru namun staf lama pelbagai cerita juga. Ada yang jatuh sakit, ada yang akan bersara wajib dan ada juga yang telah pergi menyambut seruan Illahi. Yang masih ada akan terus menjalankan tugas seperti biasa. Berada dalam sebuah keluarga yang besar banyak juga karenahnya. Rutinnya saya lebih sibuk dengan tugasan tender, dan saya akui juga tidak begitu rapat dengan staf yang lain, mungkin kerna pencaturan masa kerja saya sedikit berbeza. Biasanya sepanjang hari di dalam bilik mesyuarat tender ataupun di dalam bilik kaca tender. owh.. kini sedikit lega bila mendapat seorang pembantu secara tetap. Sekurangnya saya mempunyai rakan tender. hahaha.
Kali ini gilaran mrs Fatimah yang akan bersara wajib. Di aras saya sahaja tiga orang bakal bersara wajib menjelang Januari. Bila ditanya mereka... bilangan tahun perkhidmatan adalah 30 tahun dan ke atas.. hmm. Bisakah saya terus bertahan seperti mereka? Saya sedikit optimis! hmm. Darah muda juga seakan menyuntik untuk mengejar jawatan dunia. Kerna apa ya? Dengan jawatan dengan gelaran mungkin bisa menempatkan kedudukan di tempat tinggi.. atau dengan kesungguhan dan komited terhadap kerja tanpa mengharap apa2? Sukar bukan. Saya berdoa agar dapat menabur bakti selagi terdaya, selagi diperlukan atau sehinggalah bersara wajib seperti mereka.
Majlis perpisahan diadakan di ruang pejabat dengan masakan 'potluck' oleh staf yang sememangnya berstatus tukang masak. hehe. Sooo... tugas kami makan sahaja. ahaks.

ceria
harmoni

mr Serituah in action

mr Bob in action too... hiks

mr Big Boss dengan pembantu barunya

mrs Fatimah yang telah berkhidmat 33 tahun
mrs Saadiah yang telah berkhidmat 30 tahun dengan rekod kedatangan punctual setiap hari
Cenderahati kenangan buat mrs Fatimah. Kini mrs Fatimah akan sepenuh masa menjalankan perniagaan ikan kelinya di Rawang. Semoga mrs Fatimah terus diberi rezeki dan di anugerahkan i kesihatan yng baik dan bahagia di samping keluarga tercinta. Selamat Bersara.

No comments:

Post a Comment