Wednesday, May 25, 2016

* MAY | Happy Mother's Day *

It's truly amazing to me how, after a long and hard day, you come home and always smile. Thank you for being the sweetest mom ever! Happy Mother's Day!! 

Special Dedicated LOVE to MAMA & IBU!!!! 

I will always be grateful. 

* my Secretarial world *

Assalaam alaykom... agak lama pending cerita kerna perlu mencuri masa meminjam laptop hubby Moose kerna kurang selesa jika menggunakan mr MacAir dek kerna kurang berinteraksi bersamanya. Kerna itu juga senarai cerita pending agak panjang dan kemungkinan bakal luput memori di ingatan untuk bercerita. Mengambil kesempatan sedikit ruang masa, pastinya saya mahu bercerita mengenai tugas semasa yang mana agak lama menyepi berita bukan kerna lokek berkata tetapi kerna tiada kesempatan bersama blog kesayangan ini. Saya sedaya mungkin masih mahu menyimpan niat untuk terus melakar disini walaupun hanya sebaris dua. inshaALLAH.

my current favourite OOTD

Cerita program bakal menyusul tiba tidak pun cerita mengenai lil' Emir yang kini petah memanggil Umy-nya. He said Umy! Umy! Umy! Nak! Nak! Nak! No! No! No!. Persamaannya paling ketara setiap perkataan yang disebut akan berulang sebanyak tiga kali. Tanpa sedar mungkin kerna kita mengajar satu sebutan berkali-kali tetapi saya juga mengkaji video huruf yang ditonton juga berulang berkali-kali. hmm.. okay... cerita lil' Emir juga tiada noktahnya. 

Saya baru selesai melibatkan diri mengendalikan dua program serentak iaitu penganjuran Program Futsal Kelab BERNAS Malaysia dan Mesyuarat Khas Perwakilan yang mana setiap satu membawa peranan yang berbeza namun saling berkait antara satu sama lain iaitu bertanggungjawab sebagai Setiausaha atau Perantara Kerja. Mengapa saya menamakan Perantara Kerja mungkin kerna saya rasa peranan seorang Setiausaha selain daripada menyediakan minit mesyuarat, dia juga harus mengetahui cerita A-Z. hmm. owh...sudah tentu teman utama pen dan kertas atau tablet agar kelihatan lebih canggih mengikut peredaran masa. okay... Saya akui saya dari Gen X maka lebih selesa dengan pen dan kertas sahaja. 

barisan KBM Pusat sesi 2015-2017


Alhamdullillah... saya telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Kelab BERNAS Malaysia yang menggantikan mantan Setiausaha Agung yang bersara awal. Saya kira ianya tanggungjawab yang berat selaras namanya dan sebelum saya menerima jawatan ini, saya sendiri berbincang dengan teliti dan mendengar nasihat daripada yang lebih berpengalaman kerna saya masih merasakan tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab sebesar ini. ALLAH swt lebih Mengetahui akan hamba-NYA, dan saya akan cuba memberi sebaik mungkin dan menjalankan tugas dengan saksama. InshaAllah.

Sekilas sejarah penglibatan saya dengan Kelab BERNAS Malaysia bermula pada tahun 2010 yang mana menjadi AJK KBM HQ menggantikan seorang AJK yang bersara juga. Kemudian saya dilantik menjadi AJK Biro & Sukan Rekreasi dan membantu Setiausaha Cawangan. Seterusnya saya dilantik menjadi Setiausaha Kerja membantu mantan Setiausaha Agung. Apa pun mungkin rezeki saya untuk terus memegang peranan sebagai Setiausaha kerna sejak dari bangku sekolah dan zaman universiti lagi jawatan ini telah sebati dengan jiwa. Malah setelah masuk ke dunia pengurusan tender, tugas juga sebagai Setiausaha menguruskan mesyuarat dan kini lebih berat apabila perlu menjadi rujukan cerita projek. Lucky me... I love Historical! so macam menghafal sejarah cuma tidak perlu menghafal setiap tarikh secara spesifiknya.

 my must have bakul yang telah bersama sejak 7 tahun yang lalu

my tender box!!! 
telah bersama sejak 7 tahun dan kini sesekali bersama untuk ke Opening Meeting


 cop! cop! cop!

 tender briefing session

 tender document briefing session

 negotiation meeting

tender issue meeting


makan kuih meeting... hiks!!! the Central meeting

By the way Unit Pengurusan Tender (nama terkini sejak tahun 2015) mempunyai empat jenis mesyuarat iaitu Opening, Technical, Central dan Negotiation. Setiap mesyuarat mempunyai ahli Jawatankuasa yang berlainan. Mesyuarat resolusi atau isu-isu berbangkit hanya dibuat sekiranya perlu. Memandangkan setiap mesyuarat memerlukan masa yang tidak menentu bergantung kepada agenda, maka kerna itu keberadaan saya dalam bilik mesyuarat lebih panjang masa berbanding berada di workstation sendiri. Itu belum lagi masuk senarai mesyuarat kelab dan mesyuarat program. oppsss!!! 

I love my work! Alhamdullillah.