Monday, December 9, 2019

* Hello to my lil' Elhan *

Assalam alaykom... sedikit gambar kenangan sepanjang third pregnancy dan persiapan menyambut lil' Elhan yang mana tarikh jangkaan bersalin selepas Eid Mubarak, maka persiapan membeli pakaian lebih kepada lil' Emir dan lil' Eijaz kerna lil' Elhan hanya akan banyak mewarisi pakaian dari abang-abangnya. Tetapi biasanya saya akan memastikan ada juga sedikit barangan baru untuk baby. ahaks! 

Yang penting lil' Elhan perlu ada kasut sendiri.. ehehe. Tema warna untuk lil' Elhan adalah grey & yellow dan soft brown untuk pakaian.. tetiba Umy pun ada kasut color brown. 

Tshirt dino untuk anakanda EAQ

baju tradisi lil' Emir untuk adik-adiknya

 my three lil' EAQ

 candid by my friend ketika shoppin' di Kaison

 sesi shoppin' barangan EAQ untuk raya

 tangkai panjang tu pastinya bunga dan daun.. hiks!


candid @ Aeon

 pregnancy ketiga ini perlu lebih berhati-hati kerana gula di paras merbahaya


favourite spot pose @ Avisena

 sambil menunggu doktor sambil membaca berita

 moses basket for lil' Elhan 

 lil' Elhan in the tummy

 double stroller untuk lil' Elhan dan lil' Eijaz... (tetapi lil' Emir yang berangan jadi baby)


my lil' Elhan

 lil' Elhan masih lagi makan ubat dan menjalani pemeriksaan bulanan


newborn photoshoot by Umy

 Syukur Alhamdullillah kesihatan lil' Elhan bertambah baik dan membesar dengan sihat. 

#elhanalqadryjourney


* Our Memoir | Syawwal 1440H *

Assalam alaykom... sorry for late posting, but better late than never. hiks! Cerita kenangan Eid Mubarak 1440H bersaman tahun Masihi 2019 yang baru sempat mahu diabadikan di blog kesayangan (yang kini telah masuk ke bulan akhir tahun 2019.. opps!!). So, layan gambo sahaja sambil bercerita kerna masih banyak pending entry dan gambar yang tersimpan tanpa penceritaan untuk dijadikan kenangan serta rujukan pada masa hadapan. InshaAllah.


1 Syawwal 1440H jatuh pada 5hb Jun 2019, diringkaskan cerita suspen pada pagi sebelum raya iaitu pada 4hb Jun 2019, flight sepatutnya jam 7.00 pagi tetapi Malindo Air tidak membenarkan saya menaiki pesawat kerna surat kebenaran yang dikeluarkan doktor melebihi tempoh 7 hari penerbangan (surat saya ketika itu 10 hari penerbangan), so terpaksa burnt ticket, pergi semula ke klinik untuk mendapatkan surat terkini dan membeli tiket baru. Cabaran ketika itu saya hamil 34 minggu dan terpaksa pulang ke kampung halaman bersama anak-anak kerna hubby Moose perlu bertugas di pagi Syawwal. Sedikit pengorbanan kecil buat keluarga demi melaksanakan tanggungjawab kepada keluarga besar Wayfarers. Kemudian dek kerna terlewat atas sebab kesilapan ke Terminal KLIA 2 yang mana sepatutnya Terminal KLIA 1, sekali lagi saya kami bertiga bergelut dengan kekalutan masa-masa akhir dan berlarian untuk menaiki pesawat. Masuk sahaja ke dalam pesawat saya terus berlinangan air mata.... kerna penat dan perasaan ketika itu bercampur-baur, bayangkan jika saya tidak dapat menaiki pesawat tersebut maka kami akan mengecewakan keluarga di Penang yang setia menanti kepulangan keluarga kecil kami. Seterusnya cabaran mendukung lil' Eijaz dan menyorong lil' Emir di airport pada tengah malam kerna mereka ketiduran.. huhu. (oh.. saya memang akan sedaya upaya buat sendiri tanpa mahu menyusahkan orang sekeliling kecuali jika ada yang menyapa dan sendiri membantu.. :)). Dan kenangan kami tahun ini beraya tanpa baju raya kerna beg pakaian semuanya tidak dapat 'check-in' bersama maka kami perlu tunggu keesokan hari untuk hubby Moose membawa pulang beg pakaian. hmm..

lil' EAQ yang sempat bermain bunga api pada malam raya di kediaman Jiddy & Jiddah

 pagi raya masih memakai pakaian yang sama

 juadah raya di kediaman MAMA
 facetime Raya bersama hubby Moose

 my lil' EAQ bergambar di hadapan dewan majlis persandingan Umy dan Aby

 subuh di atas awan... perjalanan pulang ke Kuala Lumpur


my lil' supporters

 pagi raya ketiga di KLIA 

 Raya ketiga di Putrajaya

 lil' Emir & lil' Eijaz dalam persalinan biru (lagi biru... ahaks)


lil' Emir & lil' Sum

 teruja melihat kura-kura

 setup meja untuk sesi makan bersama keluarga

 #cyanaootd in batik

 Wayfarers Family @ Raya 2019


oh.. my two lil' kiddo

 Raya keempat dengan tema batik. Ready untuk menziarahi ahli keluarga

okay sedikit mengenai cerita preparation Syawwal yang mana pasti setiap ibu bapa mahu menyediakan yang terbaik untuk anak-anak. So, saya juga tidak berkecuali dan shoppin' adalah aktiviti kegemaran selain window shoppin'... oppss! Kebiasaan saya akan survey dua tiga kedai sebelum membuat pilihan tak seperti hubby Moose yang lebih kepada one-shop-centre. hiks! 

 Ikea juga antara tempat favourite-to-pose!!! yang ini MUST-POSE spot! ahaks!

 dapat pokok pun dah happy. hiks. tahun ini list to buy lebih kepada barangan rumah dan pinggan mangkuk... (macam la ade orang nak datang beraya. hehe)

sesi fittin' baju yang kebetulan baju saya beli awal untuk AGM KBM dan terus cari baju tema batik yang hampir sama untuk keluarga (Umy berkorban catu baju demi anak-anak.. hehe)

 sesi test biskut raya (pastinya sebelum bulan Ramadhan)


akhirnya biskut raya hampir 80% coklat mengikut selera tekak puan rumah


bisku raya pertama kali dihidangkan di Teratak Cyanamoose

Alhamdullillah rezeki tahun ini beraya di kediaman sendiri

 sesi teman hubby Moose shoppin'

 nampaknya lelaki lebih meriah sekali memborong penuh troli.. hmm..


sesi test kasut untuk lil' Eijaz dan Umy pulak yang over terus beli kerna tema dinasour

 baju raya lil' Emir dan lil' Eijaz

 koleksi kasut anakanda EAQ

gembira tahun ini lil' Emir dapat jalan-jalan bersama Kakak Sum yang pulang menyambut Ramadhan dan Syawwal di Malaysia
 lil' kiddo sempat bermain sementara menunggu ibu-ibu shoppin'

Family of Four. InshaAllah tahun hadapan bakal tambah lagi seorang hero dan pasti Umy yang akan pening untuk mengatur persiapan baju dan kasut anakanda EAQ. Alhamdullillah... rezeki kami menyambut Syawwal bersama kedua-dua keluarga pada tahun ini.