Monday, December 26, 2011

* the LAST meeting *

Assalaam alaykom... gembira rasanya menjelang hari penutup sesi mesyuarat tender bagi tahun 2011. Ramalannya hari terakhir itu adalah hari sibuk kerna keesokan harinya mrs tender perlu menghadiri program di negeri utara dan disambung pula dengan cuti penghujung tahun. Alhamdullillah semuanya berjalan lancar dengan kerjasama semua AJK tender yang komited pabila dipanggil bermesyuarat.

Memandangkan hari terakhir terdapat dua sesi mesyuarat diadakan serentak, maka seharian mrs tender berkubu di dalam bilik mesyuarat. Seronoknya bila semakin hari semakin banyak yang dapat dipelajari. Bukan sahaja belajar tentang pengurusan tender, tetapi perlu tahu juga setiap minuman kegemaran AJK. ahaks! Banyak juga senario yang melucukan namun banyak juga cabaran bila mana sebagai Sekretariat, ketelusan pemprosesan perlu dipastikan adil-seadilnya dengan mengadakan tender terbuka dan bukannya tender pilih kasih. hiks

sesi terakhir adalah technical dan central meeting. owh.. mrs tender juga bakal merindui opening meeting kerna selepas ini tugasan opening akan diuruskan oleh miss tender.

sebelum AJK masuk, mrs tender pose dulu.. ahaks! mrs tender perlu menyiapkan laporan kehadiran AJK yang menghadiri tender sepanjang tahun bagi tujuan mengiktiraf komitmen mereka. siang cuti sambil melayan makanan di Joe Cafe'... malam seperti biasa menyiapkan kerja. so... NO pesta!! get back to work!!!

2 comments:

  1. walau penat dan sibuk mana pun, mrs tender mesti happy selalu..

    ReplyDelete
  2. kak yan... akak pun pasti sibuk musim2 back to school kan?

    ReplyDelete