Showing posts with label cyana. Show all posts
Showing posts with label cyana. Show all posts

Wednesday, May 8, 2019

* Memoir with Kelab Bernas Malaysia *

Assalaam alaykom... Salam Ramadhan Al Mubarak. 

{Memoir 2009-2019 @kelabbernasmalaysia}.
.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Saya ingin mengumumkan pelepasan jawatan saya sebagai Setiausaha Agung @kelabbernasmalaysia berkuatkuasa mulai 1 Mei 2019. .

.
Saya ingin memohon maaf daripada semua atas apa jua kekasaran dan salah laku/tutur kata serta halalkan makan/minum saya. .
.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama semua sepanjang 10 tahun perkhidmatan saya dengan @kelabbernasmalaysia . Semoga KBM akan terus progresif dan berkembang maju disamping menjaga pelbagai faedah kepada ahli-ahlinya. 
Salam Ramadhan AlMubarak.. .🌻Sharna Shaari
Mantan Setiausaha Agung
Kelab Bernas Malaysia



Merujuk postin' rasmi di media sosial dan untuk tujuan rekod kenangan di blog kesayangan seperti mana sayangnya saya dengan Kelab Bernas Malaysia @ KBM yang telah menjadi sebahagian dari rutin kerja saya sepanjang 10 tahun yang lalu. Benar berat hati mahu meninggalkan KBM namun saya harus memilih untuk memberi lebih perhatian kepada keluarga terchenta memandangkan saya bakal menimang cahayamata yang ketiga pada Julai tahun ini, InshaAllah. 

Bulan Mei 2019 pastinya mencatat sejarah dalam diari saya apabila melepaskan jawatan Setiausaha Agung yang sebati dengan jiwa. hiks. Sedikit catatan sejarah tentang perjalanan saya dalam KBM. Saya mula menceburi program KBM pada tahun 2009 sebagai Pengacara Majlis a.k.a emcee program futsal KBM Cawangan HQ. Itulah hari pertama saya berkecimpung menjadi emcee dan Alhamdullillah bakat itu terus digilap walaupun sebenarnya darah gemuruh pasti akan terasa setiap kali ditugaskan sebagai emcee. Terima kasih kepada rakan kerja Allahyarham Fahrul Redha yang ketika itu salah seorang AJK KBM HQ yang membuka ruang dan mengenalpasti bakat terpendam saya. hehe. 

Kemudian pada tahun 2019, saya dilantik menjadi AJK KBM HQ untuk menggantikan salah seorang ahli yang bersara. Saya bertugas sebagai Biro Wanita & Ekonomi dan masih segar ingatan saya menganjurkan program jahitan yang mana melalui program tersebut ramai juga yang pandai menjahit baju sendiri. Kemudian saya dilantik menjadi AJK Biro Sukan & Rekreasi KBM HQ pada tahun 2011 sehingga 2013 dan berjaya menjalankan 23 jenis program sukan dan rekreasi. Pada tahun 2012,  saya dilantik sebagai Setiausaha Kerja menggantikan salah seorang staf ER yang bersara ketika itu. Sejak penubuhan KBM, organisasi KBM Pusat diterajui oleh staf ER kecuali 10 jawatan Ahli yang terdiri daripada 10 YDP KBM Cawangan. Memandangkan saya sering menjadi emcee program dan membantu KBM, nama saya dicadangkan untuk menjadi AJK Biasa di peringkat KBM Pusat. Terima kasih kepada Encik Mustapha Jaini a.k.a Abang Bob yang mencadangkan nama saya untuk bergandingan bekerja bersamanya. Perkara utama yang saya teliti adalah Buku Perlembagaan KBM dan menyemak semula klausa serta membuat cadangan baru untuk tujuan penambaikan KBM serta membetulkan perkara prinsip dan tatacara mengikut Perlembagaan. Selain itu cabaran utama saya mengumpul kembali semua maklumat memandangkan serahan tugas tanpa sebarang rekod dan fail 

Alhamdullillah pada tahun 2016, saya dilantik menjadi Setiausaha Agung menggantikan Pengurus Kanan yang bersara VSS. Pastinya ianya tercatat dalam sejarah kerna saya telah memecahkan tradisi memegang jawatan Setiausaha Agung kerna tradisinya jawatan tersebut khas kepada pegawai atasan sahaja. Satu kejayaan untuk kaum wanita juga yang memecah tradisi dan membuktikan yang wanita bisa setanding untuk bergerak maju dan progresif. Allah'akbar!!!

Antara penglibatan program peringkat KBM Pusat yang telah saya sertai sebagai program koordinator, AJK Kerja dan emcee adalah seperti berikut: 

1. Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ke-8 Kelab Bernas Malaysia, Hotel Brasmana Kuala Perlis, Perlis.

2. Mesyuarat Agung Dwi tahunan Kelab Bernas Malaysia ke-9 dan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Koperasi Kakitangan BERNAS ke-18 , Mahkota Hotel, Melaka.
3.  Mesyuarat Agung Dwi tahunan Kelab Bernas Malaysia ke-10 dan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Koperasi Kakitangan BERNAS ke-20, Holiday Inn Hotel, Pulau Pinang.
4.   Mesyuarat Agung Khas Kelab Bernas Malaysia, De Baron Resort Pulau Langkawi, Kedah.
5.  Mesyuarat Agung Tahunan ke-12 Kelab Bernas Malaysia, Best Western ICity Hotel Shah Alam, Selangor.
6.  Mesyuarat Agung Tahunan ke-13 Kelab Bernas Malaysia, Flamingo Hotel, Pulau Pinang.
7. Mesyuarat Agung Tahunan ke-14 Kelab Bernas Malaysia, Grand Bluewave Hotel Shah Alam, Selangor.
8.  Pertandingan Futsal Piala Pengarah Urusan BERNAS kali ke 4, Kuching Sarawak.
9.  Pertandingan Futsal Piala Pengarah Urusan BERNAS kali ke 5, Kota Kinabalu Sabah.
10.Pertandingan Futsal Piala Pengarah Urusan BERNAS kali ke 7, Safira Sport Planet, Seberang Jaya Pulau Pinang.
Futsal Piala Pengarah Urusan BERNAS kali ke 9, De Baron Futsal Court, Pulau Langkawi, Kedah.
12.   Kejohanan Futsal kali ke-10 Piala Ketua Pegawai Eksekutif Bernas.
13. .  Pencarian Khazanah Bernas ke-3 (2010), Kuala Lumpur - Cherating Pahang
14.   Pencarian Khazanah Bernas ke-4 (2011), Pulau Pinang-Kuala Perlis, Perlis.
15.   Pencarian Khazanah BERNAS ke-5 (2016), Selangor-Pangkor, Perak.
16.   Majlis Tilawah AlQuran, Kedah.
17.   Pertandingan Nasyid BERNAS 2013, PCB Resort, Kelantan.
18.   Festival Nasyid BERNAS Peringkat Kebangsaan 2015, Hotel Grand Alora Alor Setar Kedah.
19.   Program Hari Wanita BERNAS 2013, Harvard Suasana Hotel, Bedong Gurun Kedah.
20.   Program Hari Wanita BERNAS 2014, KUIS Bangi.
21.   Hari Wanita BERNAS 2016, Intekma Resort & Convention Shah Alam.
22.   Kejohanan Boling BERNAS Piala Presiden KBM 2013, Melaka International Bowling Center, Ayer Keroh Melaka.
23.   Rice Warrior Challenge & 4KM Glenmarie Morning Walk, Glenmarie Shah Alam Selangor.
24.   Rice Warrior Challenge 2018 & 2.5KM Morning Fun Walk, Darulaman Park, Jitra Kedah.
25.   Bernas Got Talent 2018. 

okay jom layan antara gambo yang sempat dikumpul bagi tujuan posting kenangan ini. 

Program pertama Boling KBM HQ sebagai emcee dan pemain, Ketika ini saya mendapat tempat ketiga dan bermulanya profesion saya sebagai Bowler. ahaks. 

Team partner saya Mr Serituah yang mana kami sama-sama bertugas sebagai AJK KBM HQ dan seterusnya membantu saya sebagai Setiausaha Kerja di KBM Pusat. Big thanks to Abam Ariff yang banyak memberi tunjuk ajar dan membantu saya sepanjang perkhidmatan kita dalam KBM. Beliau bukan sahaja membantu di lokasi malah akan menjaga anak-anak saya ketika bermesyuarat di lokasi. hiks. Terima kasih juga kepada his wifey Mrs Shida yang pernah menjaga lil' Emir ketika AGM di Pulau Pinang. 


AJK Kerja Treasure Hunt di Cherating, antara program yang mencatat sejarah kerna KBM perlu menyewa lori untuk membawa hadiah-hadiah ke Cherating. 


Ketika ini saya juga bertugas sebagai co-emcee lucky draw


Pertama kali menjadi Perwakilan dan bertugas sebagai emcee di AGM KBM di Kuala Perlis berganding bahu bersama emcee dari Koperasi Bernas

  emcee untuk program treasure hunt dari KBB Paya Keladi ke Kuala Perlis


menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran di Alor Setar Kedah


Program Bowling pada tahun 2013 yang mencatat sejarah dalam diari saya sebagai program koordinator, emcee dan pemain. Paling bermakna saya memenangi johan wanita pada program bowling yang julung kali diadakan oleh KBM. Program ini pastinya menjadi kenangan terindah memandangkan 80% daripada perancangan dan sentuhan hasil program adalah dari idea saya. Alhamdullillah. 

 emcee di AGM di Melaka

pengurus pentas dan emcee di Pertandingan Nasyid di Kelantan

 program Nasyid kali pertama anjuran KBM


program koordinator untuk program Hari Wanita Bernas


emcee dengan tema purple

emcee dengan tema pink dan ketika ini 7 bulan mengandungkan lil' Emir


emcee di program Nasyid di Kedah

 emcee pelepasan kereta untuk program treasure hunt di Selangor

 program Treasure Hunt di Pulau Pangkor
  
 emcee di program futsal di Pulau Langkawi


program Hari Wanita Bernas pada tahun 2016 yang ketika ini saya tidak tahu sedang hamilkan lil' Eijaz yang baru berusia sebulan dalam kandungan. owh.. pasti outfit ini juga menjadi pilihan kerna 'All Black'. hehe


program koordinator program Rice Warrior Challenge Bernas tahun 2017


AGM KBM di Pulau Pinang


emcee di Bernas Got Talent 

program koordinator program Rice Warrior Challenge 2.0 pada tahun 2018. Ketika ini saya disahkan hamil bayi ketiga yang sedang berusia 12 minggu. Alhamdullillah saya diberi kekuatan dan tenaga untuk mengendalikan program dengan baik.

emcee di program futsal Bernas yang dianjurkan pada hari yang sama dengan  Rice Warrior Challenge 

and deeply thanks to miss Shima as General Treasury yang banyak membantu sejak tahun 2016 dalam menjayakan kesemua program KBM Pusat. Kami dahulu bergandingan juga ketika bertugas di peringkat KBM HQ. Senang bekerja dengan beliau walaupun kekadang suara nyaringnya bisa di dengar dari jarak 3 meter.. ahaks. 

 hari terakhir bertugas sebagai emcee di AGM KBM tahun 2019

Bergambar kenangan dengan Pengarah Urusan Bernas, Presiden dan bakal Presiden KBM untuk sesi 2019-2021  

 Bergambar kenangan dengan AJK KBM Pusat sesi 2017-2019


hari terakhir bertugas sebagai Setiausaha Agung di AGM KBM

Bergambar kenangan dengan AJK Kerja AGM tahun 2019 yang membantu menjayakan dan melancarkan perjalanan mesyuarat. 

Surat rasmi peletakan jawatan telah dihantar kepada Presiden KBM dan Alhamdullillah beliau dapat menerima dengan baik. dan sedikit ulasan bertulis melalui email yang mahu saya kongsikan bersama:

"Salam Pn Sharna,

On behalf of the Kelab Bernas Malaysia, we would like to thank you for your endless effort and contribution to KBM during your tenure as the Setiausaha Agung of KBM. You have set the standard high for anyone to equal. We wish you all the best and kami doakan agar Pn Sharna selamat melahirkan anak yang ke3. Tahniah."

Syukran jazilan kepada semua sahabat yang banyak memberi sokongan dan bekerjasama sepanjang perkhidmatan saya dengan KBM. Sayu hati meninggalkan KBM dan tipu jika saya katakan hati tidak sedih. Walaupun saya perlu akur dengan keputusan yang sukar tetapi demi kebaikan bersama, saya melepaskan jawatan ini dengan hati terbuka. Semoga KBM akan terus bergerak maju dan semoga catatan mengenai KBM tidak akan berhenti di sini sahaja. 

Jazakallahu Khairan. Ameen.


Monday, March 18, 2019

* Must read...Between Izin && Reda*

lovely sunset 
(gambar hiasan)

Assalaam alaykom... saya tertarik dengan ceramah yang disampaikan oleh YBhg Prof Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang dikongsi di Youtube di bawah tajuk "Kerajaan Telah Melakukan Kemungkaran Membenarkan Arak dan Rumah Ibadat Lain Dibina... Nanti Dulu_Dr Maza". 


Saya tertarik dengan intipati yang ringkas namun padat dengan pengisian. Pemikiran Islan yang matang dengan ilmu amatlah diperlukan untuk perkembangan Islam serta dapat memberi pencerahan dalam memahami kebebasan asasi dan demokrasi di negara tercinta, Malaysia.  

Antara Izin & Redha.. apa kaitannya dan apa pula signifikasi dengan perjalanan harian kehidupan kita. Beliau mengupas topik Izin & Redha dengan ringkas disamping memberi beberapa contoh yang dekat dengan kehidupan. Bak kata kita tidak semestinya memberi izin tetapi terpaksa redha untuk memberi keizinan terhadap sesuatu perkara. Apatah lagi kita yang hidup di negara Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum perlu untuk menghormati antara satu sama lain agar kita hidup dalam harmoni dan sejahtera. Tajuk yang digambarkan oleh Dr. Maza adalah apabila kita berada di konteks sebagai seorang pemimpin misalnya perlu juga mengizinkan sesuatu perkara yang tidak kita redhai demi menjaga kesaksamaan dan kesejahteraan negara. 

Apabila saya juga berada dalam kelompok keluarga salah seorang Pemimpin Negara, pastinya saya lebih perlu bersikap lebih terbuka untuk menyantuni semua jenis bangsa selain memahami adat dan budaya mereka seperti mana mereka menghormati budaya Islam sebagai agama rasmi negara. Walau pun saya dibesarkan dalam keluarga 'Melayu' sederhana namun ketika di sekolah menengah saya berpeluang bercampur gaul dengan pelbagai bangsa dan lebih berlapang dada untuk menerima rakan-rakan yang bukan seagama. Indahnya lagi sehingga kini kami masih berhubung dan akan sentiasa menyampaikan ucapan salam apabila perayaan agama masing-masing. Alhamdullillah. 

Saya sarankan agar anda yang membaca juga perlu lebih terbuka dan menerima perubahan semasa dan berilah masa serta peluang kepada pimpinan negara yang baru untuk membaik-pulih disamping memajukan negara. Di dalam sesebuah organisasi misalnya saya percaya untuk membetulkan sesuatu yang telah sebati dengan pelakuan atau praktis yang telah bertahun lamanya pasti mengambil sedikit masa. Namun percayalah kita harus akur dan berfikir untuk perkara yang lebih positif dan baik demi kebaikan sejagat. InshaAllah. 

Tuesday, December 18, 2018

* October's Birthday Celebration *

Assalam alaykom.... hampir dua bulan berlalu meninggalkan Oktober dan sedang beberapa hari sahaja lagi bakal menjengah tahun baru Masihi 2019. Semoga coretan ini menjadi kenangan dan rujukan pada masa hadapan. Bulan Oktober tahun ini terlalu indah dengan sambutan bulan kelahiran bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang. Cerita ini saya rangkulkan sambutan bersama secara ringkas dan pasti selepas ini bakal menyusul pula cerita program Rice Warrior Challenge yang baru sahaja berlalu. Selepas tamat program, saya seperti biasa akan kembali ke paksi perancangan jadual program untuk tahun depan tahun 2019. InshaAllah saya akan cuba mencari ruang untuk mencoret cerita di blog kesayangan. 

Cerita bulan Oktober dimulakan dengan tema dedaun hijau atau tema monstera yang mana saya telah memilih tema dua bulan lebih awal sebelum masuk ke Oktober. Memandangkan saya seorang yang agak cerewet, suka akan details dan tidak gemar 'last minute planning' maka seawal Ogos saya mula survey tema dan lokasi untuk diadakan sambutan birthday bersama rakan karib a.k.a GengPS.  Behind the Scenes of GengPS Birthday Celebration akan menyusul seterusnya. So entry ini saya hanya berkongsi gambar sambutan birthday sepanjang Oktober. Apa yang pasti, apabila memasuki Oktober saya memastikan setiap hari Isnin memakai pakaian berwarna hitam iaitu warna kegemaran dengan #blackisbeautiful . 

Pre-birthday celebration diadakan lebih awal iaitu pada 12 Oktober 2018 tetapi ketika ini sedih juga kerna miss Tender a.k.a Tiz tidak dapat turut bersama atas masalah kesihatan. Maka GengPS tidak cukup anggota namun Tiz tetap bersama kami melalui Group WhatsApp dan telah berjaya menghantar sekeping gambarnya walau pun kurang sihat. Thank you GengPS yang telah sama-sama tahun ini meraikan sambutan birthday setiap rakan dengan tema tersendiri. Syarat kami tahun ini Birthday Girl yang akan menentukan tema dan lokasi maka saya telah memilih All Black with Monstera dan lokasi The Third Letter Cafe sesuai dengan mood birthday girl yang mahu suasana alam semulajadi. 

Birthday Girl Cyana

 GengPS in All Black

 menu pilihan

 cake and deco by Cyana

 my lunch! owh cincin juga perlu ikut tema hitam


simple table decoration

 bergambar sebelum menikmati hidangan

 GengPS in action 

 free style

 aksesori Monstera menjadi penyeri

 lovely!

 pose dengan cake

 little gift for Birthday Girl

 pose di luar cafe sebelum pulang


happy me!


pose bersama Tijue yang look a-like style

 Birthday Girl yang sangat gembira dengan All Black

 then.. saya hantar belon dan kek ke taska. Look at my Boov happy dapat kek 

 my EAQ bergaya dengan baju melayu di pagi hari 


welfie tyme!


 EAQ juga in All Black

 on 16 October 2018!!! surprise cake from my mrs Boss

 another birthday cake and simple deco by me


sesi potong kek

 happy me! Alhamdullillah! 


love it!

 GengPS in candid

 GengPS sama-sama hadir meraikan birthday celebration di NRPD

 rakan-rakan HQ NRPD 

 sesi menghantar kek kepada rakan-rakan

 surprise gift from hubby Moose

 my favourite chocolate. syukran hubby Moose 

 birthday dinner with my lil' batmans

 simple cake

my lil' familia 

 LOVE!

 lil' Eijaz and Umy's headband

 perjalanan pulang ke Penang

 short vacation with family

 oh nooo!! my lil' Boov dah pandai selfie

 smiley Emir... happy dapat pakai baju bunga

 lil' Eijaz yang sudah bisa berjalan

 ABAH dan MAMA

 view from the room


excited lil' Eijaz dapat masuk dalam air


hurry up Umy!!!! (Umy nak pose dulu.. hehe)


lil' Eijaz yang suka makan kek

 October's family birthday cake

 trio birthday cake for Abah, Abang and Adik


 yummy!

lil' Emir and cousins

 good night!

Beautiful October!


All praises to the ALLAH SWT. All thanks to Him, the Most Merciful, Most Loving, the Creator of all beings, the Ultimate Giver. Alhamdullillah.