Monday, October 2, 2023

* It's ME emceeing the Wedding Again!*

 Assalam alaykom... Hello OCTOBER! 

Quick holla from ME yang lama menyepi di blog tetapi saya aktif dengan koleksi gambar di Instagram, mungkin kerna di IG lebih pantas untuk upload dan berceloteh. hiks. 

Anyway... sebelum ke cerita yang lebih heavy mari saya kongsikan kisah pencarian baju. ahaks! 

Wanita dan fesyen amatlah akrab. Pabila masuk sahaja ke bulan September, saya seakan tidak cukup nafas. Tiga events berlangsung dalam minggu yang sama... satu program sukan dan dua lagi majlis perkahwinan. Ditambah dengan sesi rehearsal dan persiapan program sukan... fuuhhhh!!! seakan tiada masa untuk minum kopi. Bayangkan hari ini berceloteh sukan esoknya perlu mood romantika.. hiks. 

Hujung waktu barulah saya sibuk mahu mencari baju majlis.. dek kerna mulanya pabila tahu akan tema 'light purple' hajat di hati mahu memakai baju sedia ada. Namun kecewa kerna baju sedia ada semuanya sudah mengecil (baju salah kann?.. ahaks). Maka saya senaraikan beberapa butik yang disurvey secara online. Akhirnya saya ke Butik Icahfa kerna di situ sudah pasti ada koleksi tradisional atau moden. owh.. sekali lagi kecewa walau pelbagai koleksi namun terbatas untuk badan gempal seperti saya. oppss! 

Pertama kali saya mencuba lebih dari dua baju.. dan ber-message seluruh kampung untuk tanyakan pendapat (#justkidding). hubby Moose juga saya tanya namun dek kerna kesibukan kerja pasti tidak mendapat jawapan yang diidamkan oleh si pemakai. Soalan pula yang ditanya... hahaha. 

Mungkin kerna tahap nervous di paras tinggi, maka serba tak kena jadinya.. hehe. Almaklum sudah lama saya tidak mengacara di majlis perkahwinan. Biasanya saya menjadi Floor Manager (maka baju hitam sudah yang kurang glamour.. hehehe). Permintaan dari ex-Boss mrs Zuraida, membuatkan saya yakin boleh! 

Akhirnya saya memilih baju fesyen yang sedikit luar dari zon selasa... tetapi berwarna hitam. ahaks! Sudah pasti warna ungu agak 'limited size' namun saya memilih untuk kelihatan lebih fesyen, mix & match dengan tudung sedia ada dan saya berminat dengan kuntuman bunga pada baju tersebut. SMILE! (tetapi risau juga jika hubby Moose tidak menggemarinya... maka saya sudah ready with Plan B).

Lovely candid by hubby Moose

saya memilih kebaya tradisional untuk majlis akad nikah

tudung biru ini pilihan hubby Moose... maka saya terus menyarung dengan gembira. 

sesi memilih ton warna mengikut tema majlis

test and pose!

Pertama sekali saya test baju tradisional... this is ME tetapi dikatanya simple

sedikit perincian tangan namun saya kurang gemar warna pink

another purple... tetapi jenis fabrik tidak sesuai dengan saya

baju paling selesa namun kelihatan sedikit casual dan simple

akhirnya menemui baju tangan kepok-kepok... tetapi saya meminati bunga pada dada

sesi test baju

welfie bersama mrs Uteh yang setia menjadi saleswomen GengPS


Pulang dengan senyuman dan ketika ini berharap baju hitam kepok dapat dipakai dengan penuh yakin dan jayanya. Alhamdullillah, Butik Icahfa tidak mengecewakan pencarian last minute saya yang ketika kejadian pembelian hari khamis, mahu dipakai pada hari sabtu. 

Saya kira berjaya memperagakan baju kepok-kepok walau sebenarnya hanya menukar pakaian di Ladies selepas majlis akad nikah dan bersedia dengan persalinan kedua bagi majlis resepsi (mengalahkan Tuan Rumah.. ahaks!). Gigih untuk memberi yang terbaik kepada Tuan Puan Rumah... kerna emcee adalah Center of Attraction yang menjadi sebahagian dari majlis. Secara tidak langsung, saya turut ditawarkan 'job emcee' oleh Hall Owner untuk mengendalikan majlis di dewan tersebut, Alhamdullillah. 

Terima kasih kepadaNYA atas peluang dan bisa mengendalikan majlis dengan senyuman.