Assalaam alaykom sisters... kembali berbicara tentang fesyen menjelang bulan bonus. Tiga hari yang lalu diumumkan pemberian bonus syarikat kepada pekerja non-executive, untuk level executive, pre-payment akan diberikan. Tujuannya meringankan beban ibu bapa yang mahu membeli kelengkapan sekolah anak2. owh..dengan itu tanpa perlu menolak terima sahaja pre-payment tersebut kerna saya juga perlu membeli pakaian baru ataupun almari baru? hahaha. Seperti biasa barang yang mudah dibeli adalah kasut!!! yey.. kasut! kasut! kasut! Kenapa ya wanita perlu banyak kasut? Kasut bersukan, kasut ke shoppin' mall, kasut ke pejabat, kasut naik tren, kasut santai, kasut ke dinner, kasut outstation... eh eh! outstation juga memerlukan kasut bukan? Seperti mana bila outstation kita perlu membawa baju yang tidak renyuk dan hijab syria yang tidak perlu digosok. hehe.
okay... Memandangkan saya kerap juga bertugas di luar kawasan dan sesekali bertugas ketika program rasmi, maka saya memerlukan kasut yang selesa dipakai ketika berdiri untuk jangka masa yang lama... yang penting tidak sakit kaki {alasan untuk beli kasut baru juga perlu kukuh... baru dapat approval kan? hiks}
percubaan pertama ketika bulan Ramadhan yang lalu. {terus jatuh centa!}
sesi survey berlangsung setiap kali ke mana2 shoppin' mall. Actually untuk membeli kasut yang berharga melebihi RM100, beberapa tempat akan di survey
contohnya untuk membeli kasut sebegini, saya menjengah ke Tangs di Pavillion, Subang Parade, SACC Mall dan Sunshine Square... {betapa bersabarnya banyak tempat yang di survey}
bak kata Kantan, kali pertama survey, kali kedua check stock, kali ketiga baru beli.. hehe.
Selesa memakainya ya Cyana? Kakcik nak cari sepasang la... :)
ReplyDeletekakcik... beli jgn tk beli..abg bob kan dapat bonus hujung bulan nie.. hehe
ReplyDelete