Wednesday, November 30, 2011

* back HOME *

Assalaam alaykom... selamat mendarat di bilik tidur yang dirindui. Alhamdullillah. Perjalanan petang tadi bersama Five Star Bus ditemani hujan, maka mr driver yang kurang mesra alam hanya berhenti seketika untuk ke bilik air. So trip kali nie tiada teh peng sedap Simpang Pulai.. ahaks. Harga barangan naik, begitu juga tambang tiket bas....haih! Jika dahulu Penang-Bandar Utama RM45 seorang dan diberi sebotol air mineral dan roti planta Gardenia, kini hanya sebotol air mineral yang bersaiz lebih kecil. Tidak naik harga tiket tetapi ganjaran lain yang ditarik. hmm. Tetapi yang lebih geram lagi keadaan di Terminal Bas Sungai Nibong...kurang pasti kenapa dan mengapa. Yang pasti setelah bertemu dan bertanya penjual tiket bas, mereka maklumkan pihak pengurusan berbeza, maka banyak perubahan yang berlaku.


Contohnya, kedai mamak 'bajet' yang menjual minuman dan makanan telah ditukarkan dengan kedai roti. Harga masuk ke bilik air adalah RM0.30 {agak mahal untuk kos di Penang ya}. Harga makanan di cafe' usah dicerita kerna semakin hari cafe' semakin tiada pelanggan. Bas yang masuk ke terminal dikenakan bayaran seperti membayar parking. Laluan masuk ke terminal untuk menurunkan penumpang ditutup. haih!!!! Hari hujan, penumpang terpaksa berjalan kaki di bawah hujan sejauh 50 meter. Mahu parking sama juga keadaannya, sekali masuk rm2, sedangkan tujuannya hanya untuk menurunkan penumpang. Itu yang membuatkan tahap kesabaran tiada lagi kerna mereka hanya mahu memperbaharui dan menambahbaik mungkin pengurusan tetapi sebenarnya menyusahkan orang lain. Baik naik kapal terbang... bayar mahal tetapi masuk ke ladies PERCUMA dan selesa bukan? Pengangutan bas adalah untuk golongan bajet, maka sila fikirkan kembali semua kemudahan yang ditawarkan kepada penumpang.


gambo dipetik dari dalam bas... menunjukkan anggaran jarak perjalanan dari terminal dengan pagar luar


Pihak Pengurusan yang kurang bijak. MAAF!!!


Redakan kemarahan dengan sesi makan.. hiks!

owh.. layan makan di Penang! nyum nyum! Koleksi ayam dan yu yu!!!


Nasi ayam penyet dan lele penyet. Nyummy!!! Untung MAMA ada pembantu dari tanah Jawa, dapat makan sambal Jawa.. thanks sis Ana yang pandai masak dan sis Sue yang rajin buat air nyaman. Lurve you all.

6 comments:

  1. alahhhh tetiba teringat Line Clear. sedapnyaa..

    ReplyDelete
  2. Tiada yang murah sekarang ni (walaupun hanya secebisan senyuman).... :(

    ReplyDelete
  3. Wahh..cantiknye gambar hujan tu... Suka la tengok

    ReplyDelete
  4. Kak Yan... sy pula teringin nak ke masjid yg akak singgah tu..

    ReplyDelete
  5. Kakcik... betul2. senyum pun ada harga kan? hehe

    ReplyDelete
  6. Kak Ain... kebetulan masa hujan, amik dr dalam bas.

    ReplyDelete