Friday, December 3, 2010

* schedule DEC 2010 to JAN 2011 *

Assalaam alaykom sisters & brothers & OUR future clients... maaf jika selepas ini saya akan menyepi dari bloggin'... melihat kepada jadual bulanan yang agak padat, namun saya akan cuba sedaya upaya untuk terus kekal aktif sekiranya mempunyai kelapangan nanti. InshaAllah.

Alhamdullillah... setakat ini hanya beberapa kerja2 editin' video yang masih pending. {erm..mungkin mood mr editor nak edit video makin berkurang kot. hehe} Kerja2 yang melibatkan photo semuanya sudah disiapkan.. kerna jadual hujung tahun akan lebih padat pabila setiap minggu kami bakal turun ke lokasi dan dalam masa yang sama mr editor cum mr photographer perlu menyiapkan album mengikut permintaan clients. Yang utamanya kualiti kerja perlu dijaga.. agar client berpuas hati setelah mengupah 1stVerse merakamkan potret mereka. hmm..

semasa penghantaran album mrs Asma' tempoh hari...ditemani sepupunya kerna mr Qayyim berada di Terengganu atas tuntutan kerja. Gembira dan puas rasanya pabila melihat wajah2 mereka tersenyum melihat hasilnya. Kebiasaannya album bisa disiapkan selepas 3 minggu dari tarikh majlis. 3 minggu termasuklah tempoh masa 2 minggu untuk sortin', editin' dan 1 minggu untuk proses pembikinan album. Tetapi tertakluk kepada musim kawen juga.. pabila musim kawen menjelang, kerja2 menjadi bertambah dan proses printin' juga akan mengikut FIFO.

Normally proses diawal sebelum bookin', kami akan bertemu dengan bakal2 pengantin untuk preview jenis2 album dan pakej yang ditawarkan. Jika pilih pakej, maka photographernya juga akan dapat DUA orang iaitu mr Moose and mrs Cyana. {owh KAMI tak dapat dipisahkan.. hehe}

erm..masa bertemu dengan bakal pengantin... miss Aisyah & mr Hafidz

serius jek muka.. hehehe. puan marketin' sedang menerangkan pakej2 1stVerse

preview sample dan bila sudah berpuas hati, barulah lock date untuk menempah perkhidmatan 1stVerse

okay menjelang musim kawen...jadual saya juga akan turut dipenuhi dengan undangan ke masjlis2 menembak sambil makan.. opppss!! {alamak!! uniform dah tak muat disarung.. huhu}.

DECEMBER 2010!

5th Dec:
Private Preweddin' Outdoor Session in Penang.
* Official Photographer : brother Joe
* 2nd Photographer : hubbby Moose
* Assistant : Cyana

10th & 11th Dec:
Majlis Akad Nikah & Majlis Resepsi Aisyah in Batang Kali.

* Official Photographer: 1stVerse

17th Dec:
Majlis Akad Nikah Asiah at Masjid Sultan Salehuddin Shah Alam. (morning session)
* Official Photographer: 1stVerse

Majlis Resepsi Asiah at Seksyen 24 Shah Alam. (night session)
* Official Photographer: 1stVerse

25th Dec:
Majlis Bertandang Aisyah & Hafidz in Marang Terengganu
* Official Photographer: 1stVerse

JANUARY 2011!


1st Jan:
Majlis Akad Nikah & Resepsi Khadijah in Bangi
* Official Photographer: 1stVerse

14th & 15th Jan:
Majlis Akad Nikah & Resepsi Farah in Kajang
* Official Photographer: 1stVerse
* 1stVerse will be prepared the bride's weddin' slideshow

21st to to 25th Jan:
* Off to Honeymoon.... InshaAllah!


Semoga yang dirancang akan ditempuhi dengan kecekalan minda dan hati yang tenang. Kerja2 ini bakal menguji keupayaan fizikal dan mental. Demi kepercayaan yang telah diberi serta didorong dengan minat... InshaAllah semuanya bakal dilalui dengan wajah keriangan kerna hari2 saya akan ditemani Insan Terchenta. hmm.

6 comments:

  1. nyiok, kita punya plan amacam?...jgn nk buat LUPAIN!....phoprina dah bising..

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULLILAH rezeki melimpah. Selamat honey bunny ye..

    ReplyDelete
  3. SALAM,
    TENGOK ADA JADUAL, NAMPAK ADA SATU KAT BANGI. SEKSYEN BERAPA TU? UCAPAN SELAMAT MAJU JAYA

    ReplyDelete
  4. kenanga.. plan proceed as planned. booking la apa yg ptt. hehe

    ReplyDelete
  5. Kak Yan.. syukur rezeki kita di hujung2 tahun. hehe

    ReplyDelete
  6. salam Dato' LF,
    jadual tu di bandar baru bangi. kalo2 bertembung nanti, tegur2 ler.. :)

    ReplyDelete