Thursday, December 23, 2010

* TAHNIAH mrs boss *

Unit Perolehan & Tender, Jabatan Pentadbiran

Kelulusan sudah diperolehi...berlaku sedikit perubahan dalam perlantikan Tender Commitee. Semoga selepas ini saya tidak lagi menghadapi kesukaran untuk menjemput ahli2 ke mesyuarat tender. hmm. Juga proses tender akan di laksanakan juga di Pejabat di Utara Malaysia... alasannya mahu lebih dekat dengan pihak yang banyak dalam urusan kerja2 tender. Dan juga mahu mengurangkan tempoh masa yang perlu dilalui untuk kerja2 melibatkan tender. owh..saya mungkin tidak layak mahu memberi banyak komen, kerna belum sampai setahun saya menguruskan kerja2 ini. Namun saya tetap berbangga kerna dalam tempoh tersebut, volume tender adalah yang terbanyak. Dari A-Z semuanya memerlukan tulang empat kerat ini... hmm. Selepas ini volume bakal berkurang, dan saya mungkin bisa membahagikan masa untuk membaik pulih prosesnya. Banyak yang perlu diperbaiki sejajar dengan tuntutan semasa. Bila sudah melibatkan diri dalam proses ini, barulah saya bisa mengeluarkan pendapat.

Saya berpendapat organisasi ini memerlukan sebuah jabatan untuk pengurusan tender yang lebih teratur dan sistematik. Bukannya satu unit yang mana hanya ONE WOMEN show untuk membuat semua tugas sekretariat... dari jualan dokumen, mesyuarat2 tender, photocopy dokumen dan lain2. Saya bukan mahu merungut, namun yang pasti tenaga kerja perlu di tambah... proses perlu di baik pulih. Saya bisa menerima perubahan seperti mana yang di tanda 'Setuju' di dalam borang survey. Risikonya unit kami bakal berpisah atau bersatu membentuk sebuah jabatan yang lebih mantap. InshaAllah.

btw... congratulations to mrs Niza..our dear unit leader yang menerima kenaikan gred. Semoga rezeki mrs boss akan berterusan dan terus memberi khidmat dengan cemerlang.

3 comments:

  1. Salam Cyana,

    akak dari dulu try to find out.Apa keje Cyana? heee. Blur betul akak ni

    ReplyDelete
  2. salam Kak Yan.. kena saya jaga tender di HQ Bernas.. tp beras import tu tk guna tender yer.. hehe

    ReplyDelete
  3. hang bila nak naik pangkat? hehhe...leh belanja aku..

    ReplyDelete