Friday, December 10, 2010

* the CHALLENGE *

mrs Cyana by mr Mentor

Assalaam alaykom… seperti masih lagi dalam mimpi, sudah masuk ke tahun baru. Saya sentiasa berdoa agar terus diberi kekuatan olehNYA untuk menempuh hari2 mendatang dengan senyuman. Kerna senyum itu sedekah..senyum bisa menghiburkan hati yang lara. Hmm..Saya sentiasa berdoa agar diri ini bias hijrah ke arah kebaikan yang bisa memberi manfaat kepada yang lain.

Cabaran yang mendatang tak pasti bagaimana arusnya. Yang pasti saya harus tabah dan cekal untuk menempuhinya. Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Biar selalu bersangka baik agar diri kita sentiasa tersemai dengan aura positif. Saya percaya, jika saya positif… ianya bisa menenangkan jiwa. Saya menjauhkan diri dengan sikap pendendam atau marah yang berpanjangan. Walau seburuk mana orang memperlakukan kita… biarlah ! Kita harus memberi yang terbaik..kerna kebaikan itu pasti akan dibalas oleh orang lain. InshaAllah. Impaknya amat besar.. Berbuat baik dengan orang, anda mungkin akan diingati selamanya..Percayalah !

Salah satu cabaran dalam diri sejajar dengan perkembangan semasa, saya harus bersedia menjadi seorang yang multitaskin’..InshaAllah ! Perlukah begitu ? ermm.. kerna di masa muda atau waktu kemuncak inilah anda harus mencuba sedaya mampu. Bagus untuk mengutip pengalaman..bagus untuk membina keyakinan diri.. bagus untuk menambah ilmu pengetahuan. Kerna kejayaan akan muncul setelah kegagalan. Dan dengan pengalaman pahit yang dilalui.. ianya membuat seseorang itu lebih tabah dari sebelumnya. Hmm.

Well well.. cabaran saya untuk menghasilkan gambar yang terbaik. Masih ingat bila mana gmbar2 dikritik hebat dari pelbagai segi.. namakan sahaja. Dari segi settin’, komposisi, exposure, RO3 semuanya saya bermula dengan ZERO! Dalam konteks saya TIDAK KREATIF, TIADA langsung basic photography, graphic, designin' atau apa2 berkaitan dengan multimedia. Saya hanya familiar dengan logic kerna saya mempunyai latar belakang computer science. Hmm. Namun apa yang saya lakukan hanya berlandaskan hobi. Hobi menangkap gambo dan hobi bergmbo. Ahaks. Maka untuk menghasilkan gambo2 yang memuaskan mata client adalah sesuatu yang sukar. Kerna selera mata setiap orang adalah berbeza. Dan insan yang tabah dan bersabar dengan mentee, sentiasa menjadi mentor adalah hubby Moose. Owh.. jika mahu tanya tentang teknikal lebih baik merujuk kepada beliau yang rajin mencari maklumat. Tidak seperti wifeynya yang hanya mahu mengambil gmbo. Hehe.

Alhamdullillah setelah hampir dua tahun bersama mr Niko, barulah dapat merasai chemistry. Sumber saya melalui pengamatan contoh2 gmbo dalam mencari identity sendiri. Gembira lagi pabila mr Mentor kini banyak juga memilih hasil kerja saya. Masih segar lagi tahun lepas hanya sekeping gambo yang terpilih untuk dijadikan teaser. Huhu. Kini mungkin bisa tersenyum bangga… Kami masih bersama sebagai pasangan penembak tegar. mr Mentor seorang yang tegas.. tiada pilih kasih bila bekerja. Jika salah tetap akan ditegur.. maka hati perlu kental!!! {muka harus senyum jek} YA!!! Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki.. masih banyak yang perlu dipelajari. Semoga saya akan terus berusaha menghasilkan yang terbaik dan bisa membuat mereka2 tersenyum melihat hasil kerja saya yang tidak seberapa ini. InshaAllah.

Owh.. gtg!! Mahu packin’ untuk trip tiga hari berjalan sambil bekerja. Make du’a for OUR journey. to mr Mentor...thank you so much. I LURVE YOU!

No comments:

Post a Comment