Assalaam alaykom sisters.... bersiaran esklusif dari papan keyboard ofis di waktu lunch. hehe. Lucky kalo tidak keluar lunch, bisa layan blog bergmbo. Tetapi masanya adalah terhad untuk SATU jam sahaja. Memandangkan hari nie agak free.. sempat juga berceloteh di sini. hehe. {CYG.. nnt kita gi dinner sama2 yer}
Semalam terbaca entry sister yang mahu berhijrah ke jalan yang dituntut Islam. Alhamdullillah. Hijrahnya untuk berhijab walaupun tidak secara mendadak namun harus diberi sokongan dan dorongan. YA Benar!!! Saya dahulu pernah menyimpan angan2 untuk berhijab selepas berkahwin. Syukur..ALLAH swt telah membuka pintu hati saya lebih awal. Untuk berhijab mungkin tidak susah kerna saya hanya perlu membeli tudung dan menyediakan pakaian baru selari dengan tuntutan agama. Tetapi prosesnya mengambil masa... iaitu merangkumi masa untuk mendekatkan diri dengan Islam. YA Benar! ISLAM is the way of life!!! Islam itu suci, bersih, indah, mudah jika dipraktikkan. hmm.
Bagi saya untuk mendekatkan diri dengan ALLAH swt ianya harus datang dari hati sendiri bukan dengan paksaan, lebih membuat kita sendiri memahaminya. Alhamdullillah dengan berkat doa, saya berhijrah keluar dari zaman gelap. Hati menjadi lebih tenang... maruah diri lebih terjaga dan terjamin. Saya akui untuk berhijab pada mulanya mengalami kesukaran dan bermacam persoalan yang sentiasa bermain di benak. Kuatkan diri sisters!!! Teguhkan pendirian anda...Jangan malu atau segan untuk melakukan kebaikan. Pintu hati akan sentiasa terbuka untuk mendekatkan diri denganNYA. InshaAllah.
Yang sering berlegar kedengaran.... "MashaAllah lainnya Cyana sekarang", erm mungkin "Tak panas ke Cyana tudung?","Berapa lapis baju Cyana?" owh.. berlapis2 macam kuih lapis tu kerna minat pada fesyen.. tapi anda harus praktikal dan bijak memilih apa yang sesuai dengan diri anda. Jangan jadi mangsa fesyen! Dan jangan juga berhijab tetapi terlepas pandang syarat2 utama seperti menutup aurat secara amnya. owh.. Saya prihatin! Saya kaji faktor2 itu kerna saya berhijab atas niat tuntutan Islam bukannya disuruh oleh sesiapa. owh..maaf jika sedikit sinis... yang penting saya mahu sampaikan berhijab biar pada paksi yang benar.
Pengalaman pertama..saya bukan sahaja berhijab, malah mengenakan stokin tangan dan kaki. Ada yang bertanya dan mungkin ada yang pernah ketawakan saya. Actually saya belajar untuk menutup aurat yang dahulu sudah terdedah lama.. hmm. Walaupun pada mulanya kekok..kini terasa janggal pula jika saya tidak mengenakan stokin kaki. Perkara wajib setiap hari keluar dari rumah saya akan menyarungkan stokin... Untungnya kerna tak sakit kaki jika berkasut baru, jika solat saya tak perlu lagi susah payah mencari kain yang labuh untuk menutup kaki dan jika ke bowlin'.. bley terus main tak perlu lagi membeli stokin yang baru. hiks.
To my dear sister... teruskan niat murni anda untuk berhijab. Percayalah mula2 mungkin berasa rimas dan panas..namun ianya bisa diatasi dengan kuasa ALLAH swt. Buat sahabat2 yang mungkin terasa dengan perubahan saya... mohon maaf!!! Saya masih seperti dahulu cuma ada batas2 yang perlu dijaga demi mendapat keredhaan Illahi. InshaAllah! Yang penting, spiritual anda ya sister untuk berubah haruslah kuat dan ingatlah ALLAH swt sentiasa bersama2 umatnya.
Salam Cyana,
ReplyDeleteALHAMDULLILAH Cyana lebih awal diberi hidayah. AKak mula bila dah anak pertama. Kalau sebelumnya pakai atas dasar 'diwajibkan' oleh Maktab or sekolah. Langsung tak bukak tudung lepas baca mastika cerita benar seorang perempuan yang menunaikan haji tapi dia pengsan. Takut sangat masa tu. Now, ALHAMDULLILAH
Salam Kak Yan.. Syukur kita mendpt hidayah. Kini baru tahu nikmat berhijab... Ramai juga kenalan berhijab selepas berkahwin.. doakan mereka2 mendapat hidayah sebagaimana kita juga. InshaAllah.
ReplyDeleteSALAM,
ReplyDeleteSYUKUR ALHAMDULILLAH DENGAN HIJRAH. LF TURUT GEMBIRA. TERUSKAN DENGAN USAHA2 HIJRAH YANG LAIN. YANG PENTING IKHLAS DAN KERANA ALLAH SWT
tahniah syana..... lom bersua muka lg ni..
ReplyDeleteSalam Dato' LF...
ReplyDeleteSemoga KITA sentiasa dilindungi ALLAH swt. InshaAllah.
kak delima... lama jek tk nmpk akak juga. hehe
ReplyDeleteSemoga kita sentiasa berada di jalan yang diredho Ilahi walaupun sesekali kita sendiri menggelincirkan diri.....
ReplyDeleteKakcik...sentiasa doakan kebaikan untuk kita semua. ALLAH MAHA MENDENGAR.
ReplyDelete