Location: Shah Alam, Selangor
Assalaam alaykom... akhirnya berkesempatan mengupload gmbo2 di majlis yang dihadiri semalam. Cabarannya adalah menahan kesabaran internet line yang agak lembab... huhu. {yer sabo2 jek laaa....}. Majlis Akad Nikah mrs Asiah dan mr Solihin yang diadakan di sebelah pagi di Masjid Negeri Shah Alam, diikuti majlis resepsi yang ringkas di kediaman pengantin perempuan di malam hari yang diberkati dengan hujan renyai2 namun tetap meriah dengan kehadiran saudara mara dan kenalan. Menarik lagi persiapan kenduri dilakukan secara gotong royong oleh penduduk Seksyen 24. Memang best tengok penanggah yang semuanya memakai uniform...cukup jek masa kerja pasti siap on tyme. hehe.
Tidak banyak yang bisa saya cerita mengenai pengantin iaitu seorang guru, anak keempat dari sembilan beradik. Ini kerna kami hanya sekali bertemu minum pagi bersama, berkenalan sedikit menanyakan tentang kerjaya perguruannya, persiapan majlis dan bagaimana beliau bisa menemui profile saya iaitu melalui blog ini. Alhamdullillah... beberapa sisters yang saya temui hanya mengenali saya melalui CyanaMoose's blog. owh.. tapi jangan terkejut ya... jika bertemu sewaktu bekerja, saya mungkin tak banyak berkata2. {fokus pada kerja katakan...ahaks} erm.. kadang terfikir kelebihan seorang photographer wanita adalah berada di samping pengantin perempuan kerna kebanyakan mereka berhijab, maka cabaran saya untuk shoot gmbo dengan syarat aurat mereka terpelihara... kerna mr editornya adalah seorang lelaki... maka saya lebih senang tidak langsung mengambil gmbo2 yang mendedahkan aurat misalnya. {mudah juga semasa proses sortin'.. hehe}
And big thanks to hubby Moose yang turut serta menemani wifeynya. Asalnya tugasan ini bersendirian.. tapi jika insan terchenta disisi.. saya pasti tersenyum riang. ahaks!!!.
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam
{rindunya Ramdhan.. hmm}
ketibaan rombongan pengantin lelaki
pengantin lelaki bersama sabahat
mr groom
hantaran buat pengantin perempuan
mahar and the ring
pengantin perempuan yang baru tiba
the bride
sementara menunggu kedatangan tok imam
cik videographer
cik photographer
erm.. masing2 sibuk dengan handphone kan? hehe
mrs Asiah yang sabar menanti untuk diijab kabulkan
mr Solihin in candid
sesi khutbah nikah
khutbah nikah disampaikan sendiri oleh abang sulung mrs Asiah
Alhamdullillah selamat diijab kabul
kini memikul tanggungjawab sebagai seorang suami
sesi penyerahan mahar
menyarung cincin perkahwinan
mencium tangan suami tercinta
pose pengantin baru
mrs Asiah' family
mr Solihin's family
di kediaman pengantin perempuan, di penuhi anak2 buah yang comel2
the gift
the butterfly..suka sangat!
bunga buat penanggah
hantaran buat pihak lelaki
fondant cake
the ring
{alamak over expose pulak.. huhu}
make up session
inai menghiasi jemari
pengantin sedang bersiap
final touch oleh mak andam yang comel
the close up
pose bersama mak andam dan pengapit
makan beradab
{sorry yer..malam hari settin' mata agak kabur.. gmbo semua terover bright pulak.. hiks}
pose bersama sahabat2
mabruk to mrs Asiah & mr Solihin
Barakallahu laka wa baraka 'alaik, wa jama'a bainakuma fi khair
pengantin turut sibuk melayan tetamu yang datang
majlis menutup tirai jam hampir jam 12 malam. Para penanggah tangkas mengemas kerusi meja dan mengagihkan makanan buat petugas2 yang bertungkus lumus memastikan semuanya berjalan lancar. Alhamdullillah... majlis dirahmati dengan hujan berkat namun semuanya selesai dengan hati yang gembira. Buat mrs Asiah, semoga menjadi isteri yang solehah, selamat menjalani kehidupan berumah tangga dan bahgia hendaknya sehingga ke akhir hayat. InshaAllah.
No comments:
Post a Comment