Friday, December 31, 2010

* thanks CAYANGku *

mrs Cyana with her lurvely MAN

Salaam again.. sememangnya saya amat rindu! Rindu untuk berceloteh, rindu untuk beraktiviti bersama keluarga, rindu untuk menghias diri, rindu untuk memotivasikan diri, rindu untuk makan mengikut selera tekak, rindu untuk kembali slim.. oppss!! Syukur saya masih tegar menghadapi hari2 yang penuh mencabar. Mencabar minda, stamina, fizikal dan emosi. Masa pantas berlalu.. terasa masih banyak yang belum dapat disempurnakan. Senarai semak impian masih panjang, terkadang takut juga jika impian sekadar angan2. hmm.. Setiap hari pergi kerja seawal pagi pulang hanya bila matahari terbenam. erm.. Terasa lebih banyak masa dihabiskan di atas jalan berbanding meluangkan masa bersama insan terchenta. grrr!!!

Berbagai2 perkara berlaku secara sedar atau tidak sedar. Apa yang bisa disimpulkan tahun ini masa saya lebih tertumpu kepada kerja. Mana yang lebih penting? Kerja? Keluarga atau Kerjaya? erm.. untuk mendapatkan kerjaya yang stabil, kerja yang dilaksanakan haruslah jujur. Tetapi jika asyik dengan kerja, bagaimana pula tanggungjawab terhadap keluarga? hmm. Mungkin terkadang saya masih tidak bisa mengasingkan hal2 tersebut. Atau mungkin saya tergolong dalam individu yang mementingkan kerja berbanding keluarga. YA benar!! Komitmen itu penting! Penat terbalas bila ada yang memberi pujian setelah penat bekerja. owh.. tak banyak yang bisa diceritakan selain hal kerja. Alhamdullillah, saya ditemani insan terchenta yang memahami kerja wifeynya. Tanpa beliau mungkin saya tidak setabah ini. Melalui hari2 yang sibuk seperti lipas kudung hanya untuk menyempurnakan tugasan.

Sampai ke satu masa, mungkin saya perlu belajar berkata "NO!" hmm.. Namun berkata TIDAK dengan wajah tersenyum. BTW thanks to my lurvely hubby Moose yang sentiasa menyokong saya tidak kira dimana landasannya. LURVE YA'. HAPPY NEW YEAR everybody!

2 comments:

  1. Salam Cyana,

    nak dapat hubby yg benar2 memahami memang susah. So, bila kita dah dapat hargai lah.. ALHAMDULLILAH hubby akak org nya memahami perangai akak, hobby akak, dan segalanya. Terima dia seadanya seperti dia menerima kita seadanya..

    wahhh..mood apa ni nasihat??? takkk tips je..

    happy new year

    ReplyDelete
  2. Salam kak Yan,

    thanks for your tips. Sangat berguna untuk isteri2 muda yang baru setahun jagung berumahtangga nie. hehe :)

    Happy New Year Kak yan & family

    ReplyDelete