Friday, December 3, 2010

* Jom BERCUTI *

Assalaam alaykom sisters and brothers...pejam celik tak sedar masa pantas berlalu meninggalkan kita. Beberapa hari lagi kita bakal menyambut tahun baru Hijrah, dan mengikut kalender Gregorian sudah masuk ke bulan terakhir iaitu December. Bagi pelajar2 sekolah sudah tentunya gembira... bulan bercuti panjang. Dan bagi para ibubapa, sudah pasti sibuk juga merancang cuti2 bersama keluarga.

owh.. saya tidak berkecuali, sibuk dengan kerja kawen. Maka saya telah merancang percutian di bulan berikutnya. Sesekali terapi diri setelah penat bekerja. Yang bakal dijangkakan hubby Moose pasti akan sibuk shootin' and editin'. Wifeynya sibuk shootin' and plannin'.. ehehe. Bukan mahu merancang untuk menambah ahlinya... kerna itu diserahkan kepada Yang Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk keluarga kecil saya. Yang pasti saya sedang di fasa merancang proses kerja yang melibatkan tender. opppsss!!!!

okay... sambil melayan lunch set sambil membaca artikel2 di Nur, yang merupakan majalah Must Buy item kalo terdapat resepi yang enak didalamnya.. hehehe. owh..sudah tentu saya akan membelek ruangan fesyen pertamanya. Artikel keluaran terbaru tentang "Jom Bercuti". Benar cuti, terapi rehatkan stres selain dapat menyamankan mata dan meluaskan pengetahuan dan pengalaman.

owh beberapa tips percutian yang bisa dikongsi bersama:-
  • Rancang awal perjalanan dan destinasi yang mahu dituju.
  • Destinasi mengikut bajet dan kemampuan ya.
  • Elakkan dari pergi pada cuti umum atau cuti sekolah.
  • Kaji selidik adat dan budaya tempat yang mahu dikunjungi.
  • Google tempat2 menarik berhampiran destinasi tersebut.
  • Senaraikan barangan yang hanya perlu dibawa.
  • Tinggalkan gadget2 anda...---pesanan untuk hubby Moose agar meninggalkan mrs Mac ya!!
  • Jangan lupa doakan perjalanan anda... dan sebelum bertolak kerjakan solat musafir. InshaAllah perjalanan akan lebih tenang dan selamat.

ermm.. tak sabar rasanya mahu bercuti bersama INSAN TERCHENTA. Walaupun kami bakal melalui hari2 yang agak sibuk.. namun percayalah hati pasti berbunga membayangkan ganjaran yang bakal diterima. SMILE!!!


2 comments:

  1. Tak sabar nak ke Phuket, Feb. Then Langkawi end Feb till March. The nplan2 semalam, mcm nak p Bandung Jan..heee

    ReplyDelete
  2. wahhh!!! full house jadual Kak Yan berjalan2 sambil shoppin' la tu ek.. hehe. Tkpe2. bulan nie akak kerja lebih masa... then recover tenaga masa bercuti nanti. hehe

    ReplyDelete