Monday, May 26, 2014

* I know that I'm your Secret Admirer *


Satu persatu hilang ertinya. Berdikit-dikit menyesak dada.
Mahu kau lari dan bersembunyi. Tapi mana kau harus pergi?

Sayu tak terjelas fikiran, Rebah tak tersambutkan.
Kau tahu namun tak kau aku-kan. 

Apa kau cari yang sebetul-betulnya. 
Lama mana begini bertelanjang jiwanya.
Apa kau nanti sesungguh-sungguhnya.
 Malam siang berganti, Jawabnya tetap sama.

Kau tahu... 
Kau sayu... 
Kau rindu... sama Tuhan!

~~ Tahu. Fynn Jamal


Assalaam alaykom... sejujurnya pertama kali mendengar lagu ini dan menghayati bait katanya, tak tersedar air mata mengalir ke pipi. Entah kenapa entah bagaimana ianya terjadi. Mungkin benar bak kata jika kamu jujur dalam meluah rasa pasti hati mudah akan tersentuh. Ini kali kedua saya mencatatkan bait lagu 'Fynn Jamal' a.k.a Kokpin nama popularnya di akaun Instagram Fynn Jamal. Ceritanya saya terdengar lagu Arjuna Beta yang di upload oleh seorang follower, terus saya mencari penyanyinya. Lagu Arjuna Beta dicipta untuk anaknya dan anda harus ketahui perjalanan kisah sebenar anaknya dan pasti akan menitis airmata. owh.. rupanya Fynn Jamal terkenal dengan lagu 150 Juta. so cute!  

Dan apabila terdengar namanya lantas saya search dan pasti orangnya adalah wanita mencoret puisi jalanan sekitar Akar dan Layar Tanchap yang biasanya diadakan di kawasan Shah Alam yang mana menempatkan artis-artis jalanan berpuisi, menyanyi dan sebagainya. Pertama kali melihat Fynn Jamal menyampaikan puisi sangat memukau jiwa. Kemudian apabila bertemu kembali di laman maya, saya terus mengikuti kisahnya sebagaimana jika anda mengikuti kisah saya. hmm. 

ohh... selain meminati puisinya, tidak lain tidak bukan Fynn Jamal juga peminat pakaian berwarna hitam. hehe. Mungkin saya hanyalah 'silent reader' atau 'secret admirer' atau 'passive follower' kerna tidak pernah memberi komen atau sebarang kata namun saya sentiasa berdoa agar beliau terus cekal mencari rezeki dan tabah merantau di negara orang. Sungguh teruja melihat bakat kamu kerna saya sendiri tidak mampu mengubah lagu atau bermain alat muzik, hanya bisa menyanyikan semula lagu kamu dalam nada separa sumbang. ahaks! Tetapi percayalah saya bisa membawa lagu anda sebaik nada agar tidak rosak iramanya {okay... itu part berangan!} 

well... I'm just your Secret Admirer and I miss talkin' to you. Bisakah? 

No comments:

Post a Comment