Sunday, May 18, 2014

* a lil' make up tips *

Assalaam alaykom sisters... mari berkongsi tips solekan yang tidak keterlaluan seperti terlalu tebal atau dalam erti kata lain solekan yang tidak bercanggah syariat Islam. Solekan tebal biasanya hanya sesuai jika digunakan bagi persembahan pentas kerna itu pelakon teater atau penyanyi. Selain itu solekan separa tebal digunakan ketika majlis perkahwinan kerna mahu solekan tahan berjam lamanya ataupun solekan ke majlis makan malam. Pada biasa atau bagi wanita bekerjaya seperti saya untuk ke pejabat solekan nipis diperlukan dengan mengenakan perkara asas iaitu bedak (compact powder), gincu (lipstick) dan pembayang mata (eyeliner). Pemakaiannya haruslah tidak keterlaluan sepertimana jika memakai parfum juga tidak boleh terlalu kuat kerna akan menarik minat orang sekeliling memandang kita. btw... sila baca isi kandungan barangan tersebut agar tidak memudaratkan si pemakainya. 

Dimudahkan erti, solekan ringkas ke pejabat diharuskan selagi tidak bercanggah syariat Islam dengan niat membawa diri agar kelihatan kemas dan 'presentable' serta bukannya mahu menggoda. Kebetulan pejabat berhampiran dengan shopping mall, maka terdapat banyak kedai solekan. So masa lunch selitan pergi ke kedai solekan. Just pick and choose. owh.. saya bukanlah seorang yang pandai bersolek... hanya mengenakan basic make up. Anyway just wanna share sesi make over bersama mrs Ika yang kononnya mencari bahan solekan jenama baru di pasaran. Make up and women stuff! Jika berbicara dengan kaum lelaki pasti mereka akan dilanda pening kepala. Chill ya!

 selfie during lunch hour

 pick the colours!

 mrs Ika sedang make over


after her make over... rakan lunch!

 mrs Cyana, mrs Ika and miss Zaty

and mrs Cyana in pose! hiks!


okay.. just wanna share my daily make up look
setiap hari mengenakan compact powder, lipstick dan eyeliner
{wajah pagi hari sebelum comot!.. hehe}


this is me and my lift selfie style! 
Keep Smilin' sisters!!

No comments:

Post a Comment