Sunday, May 4, 2014

* Cyana && ISSEY!!! *

Assalaam alaykom... sambil bersantai di hujung minggu sambil menonton TV sambil tangan menaip apa kata minda. Pabila masuk ke bulan Mei rasanya sedang menghitung hari untuk bekerja di Bandaraya Kuala Lumpur. Last friday sebelum pulang sempat bertemu dengan mr Boss yang mana terbaru terdapat lagi perubahan kedudukan staf yang akan berpindah ke lokasi baru yang mana ketika entry ini ditulis, saya sendiri belum pasti di mana akan ditempatkan. Apa yang pasti team Perolehan juga akan berpecah ke dua lokasi baru. huhu. Maka selepas ini, kami perlu mengatur semula kaedah kerja tetapi kini yang pasti pening mahu mengemas barangan kerna 80% ada dokumen berfail dan 20% adalah dokumen tender yang perlu disimpan sekurang-kurangnya sehingga usia lima tahun. Apapun tunggu keputusan yang akan diumumkan oleh mr Boss kelak. Semoga semuanya berjalan lancar dan dapat kami meningkatkan kembali mood bekerja. hmm. 

Back to the story title... dan berlari sekejap dari kerunsingan cerita kerja, lebih baik bercerita tentang parfum kegemaran mrs Cyana iaitu L'eau D'Issey by Issey Miyake. owh.. saya memakai parfum sejak dari tingkatan empat iaitu Red Jeans dari Gianni Versace tetapi setelah bertemu L'eau D'Issey, saya telah jatuh cinta dengan harumannya. And knowing me yang setia pada yang satu maka bila ditanya parfum kegemaran pastinya L'eau D'Issey untuk wangian harian. 

Cerita tentang L'eau D'Issey pastinya kerna namanya yang unik iaitu pengeluar dari negara matahari terbit Jepun. Pertama kali memandang bentuk botolnya yang unik dan simple pastinya mata saya terus merenungnya. Lucunya sehingga kini saya hanya setia dengan L'eau D'Issey yang mana keluaran seterusnya tidak menarik pula minat saya untuk menukar wangian baru. Dan tidak hairan jika saya menggunakan nama 'Issey' jika bermain bowling. wink! wink! 

L'eau D'Issey in pose di malam hari... 
so botol kosong boleh pulang ke kampung
{sila abaikan vapo itu ya!}

mrs Issey in yellowish smile! 
Sedar atau tidak sudah 17 tahun berdamping dengan L'eau D'Issey.

Love me too ISSEY! 


1 comment:

  1. salam
    jalan² baca etri..
    err..bacaan wanita je kot
    hehehe

    ReplyDelete