Wednesday, June 4, 2014

* Hello June! *

Be nice to ME!


Assalaam alaykom... Hello June!!! Melangkah ke bulan ke enam yang mana bulan ini juga bakal memberi kenangan kepada saya kerna ianya bulan terakhir mata memandang Menara Berkembar KLCC, bulan terakhir lunch-shoppin' at Pavillion, bulan terakhir menaiki tren sebagai rutin ke ofis dan bulan terakhir mengharungi kesesakan kotaraya. ohhh... saya akan merindui semua itu. Tanpa sedar 4 tahun telah melalui rutin sebegitu, tanpa sedar saya sudah bisa membiasakan diri dengan rutin itu. Bayangkan jika esoknya saya tidak lagi menaiki tren, tidak lagi melihat warna-warni fesyen? erk... pasti bosan bukan. erm... mungkin untuk kembali membiasakan diri bekerja dengan jarak berhampiran kediaman itu pasti membuah senyuman dan bagaimana pula jika suatu hari bertukar lagi ke destinasi yang lebih jauh? Pasti akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri. hmm. 

Anyway... walau apapun terjadi saya harus cekal menghadapinya dengan senyuman walau pasti dalam hati tiada siapa yang menduga bagaimana peratusan kegembiraannya. Benar kata lebih baik kita berada dalam kesusahan kerna apabila kita diberi kesenangan ianya membuah senyuman. Tetapi jika kita diberi kesenangan kemudian ditimpa kesusahan, entah bagaimana pula mahu terus tersenyum. Apa jua yang berlaku terhadap perubahan semasa, saya akur dan redha. Syukur kerna saya diberi kegembiraan dalam kesusahan. Semoga apa yang berlaku ada hikmahnya dan semoga terus diberi yang terbaik olehNYA. Semoga hari saya terus ceria seperti setiap hari melihat warna-warni pelangi walau penghujungnya ditimpa  hujan. Good Night! 

No comments:

Post a Comment