Friday, July 29, 2011

* hubby Moose @ Najjah *

Assalaam alaykom... quick update! Akhirnya terjumpa juga gambo hubby Moose & sista Iman ketika mereka mendapat jemputan ke Pelancaran Butik Najjah milik selebriti sista Farah Adeeba dan sista Awin. Majlis tersebut diadakan pada 19 Jun 2011 di Royal Bintang Hotel, The Curve. Kebetulan petang itu saya terpaksa ke Perak atas urusan kerja. huhu. {nanges!!!} Actually saya adalah salah seorang peminat sista Farah Adeeba... tetapi masih lagi belum berpeluang bertentang mata... meanwhile hubby Moose pula yang sudah beberapa kali berjumpa beliau. Lucky hubby Moose!!! Saya pula hanya mengirim doa, tidak pun menanti setiap pagi Ahad menonton Nasi Lemak Kopi O hanya untuk mendengar celoteh sista Farah Adeeba. owh... I really really love her style. hiks.

Butik Najjah adalah butik perkongsian bersama dua sahabat karib yang popular dengan pakaian muslimah. owh.. pastinya saya peminat setia. Dapat juga mempunyai koleksi hijab.. nak beli dress macam tak mampu jek.. hehe. okay sedikit gambo semasa di Najjah Grand Launch & 2011 Collection. Credit to NajjahBoutique's FB collection.

sista Iman & hubby Moose
{hubby Moose bercerita hanya dia seorang lelaki dalam majlis tu.. hehe}

sista Farah & sista Awin

sista in WHITE!!

Congratulations!!!!
Semoga Butik Najjah berjaya menyemarakkan fesyen moden kepada muslimah yang mahu bergaya dan menjaga aurat sebaiknya dan bisa memartabatkan fesyen muslimah di mata dunia.

Thursday, July 28, 2011

* the UNIQUE of KUCHING *

Assalaam alaykom... Ramadhan bakal menggamit dan kita akan meninggalkan Sya'ban. I always get excited for Ramadhan..Semoga ketibaan bulan mulia Ramadhan akan memberi penuh pengisian dalam jiwa umat Islam khususnya. Sekejap benar masa berlalu, dari bulan ke bulan dan berganti tahun. Terasa baru semalam menjejak kaki ke Bumi Kenyalang... Alhamdullillah! walaupun ketika itu saya rasa itu adalah yang pertama dan terakhir, rupanya percaturan silap sama sekali. Keunikan negerinya dan kedamaian suasananya membuatkan saya jatuh cinta. Rezeki, Alhamdullillah. Tidak keberatan jika Bumi Kenyalang kini terpahat pada tangga kedua selepas Pulau Mutiara. hehe.

Sebelum meninggalkan Julai 2011, proudly present koleksi mr photog a.k.a hubby Moose yang merakamkan gambar2 yang menarik tertarik ini. owh, jangan tersalah yer... mrs Cyana belum sampai sekreatif pemilik mrs Niko. Jika tempoh hari saya memaparkan the BEST of Kuching , kali ini adalah rentetan cerita keunikan bumi Kuching. errm... itu belum termasuk dengan daerah2 lain.. pasti lagi menarik kerna Sarawak terkenal dengan keunikan etniknya. hmm. Hajat dihati mrs Cyana mahu menjelajah ke bahagian pendalaman pula... InshaAllah.

btw ini adalah di antara koleksi terbaik mr Moose!!! Awesome!!!

the view of sungai berhampiran Borneo Highland

Bumi Kenyalang juga terkenal dengan kraftangannya... antaranya tikar Sarawak

tabung dengan ukiran yang unik

tembikar Sarawak

the BAKO!!!!
MashaALLAH!!! beautiful scenery... sejuk mata memandang

captured! the famous Santubong & Sejinjang

persembahan kebudayaan dari pelbagai negara yang berkumpul semasa Rainforest Festival

the flare!!!
we all di rumah panjang Iban

the Melanau house

the Bidayuh house

sunset @ Santubong... my favourite piece

Indah sungguh ciptaan alam ALLAH swt... speechless!!!

big thanks to hubby Moose yang tanpa jemu merakam memori indah, yang tanpa jemu melayan wifey Cyana yang asyik minta pose berdua.... else memang takkan ada gambo bersama, kerna hubby Moose lebih gemar merakam alam sekitarnya. Namun hasilnya tidak pernah mengecewakan {terasa mahu kembali lagi ke Bumi Kenyalang ASAP.. hehe}. Superb! Lovely memory!!! Thank you CYGku!

* Go go HARIMAU!!!! *

Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia!!! Walau terpaksa akur dengan pasukan Singapura yang menang dalam kempen kelayakan Piala Dunia. Walaupun kalah, pasukan kita tetap memberikan persembahan terbaik {mungkin ada sedikit kekurangan di barisan pertahanan}, tetapi lebih menarik lagi sokongan padu rakyat Malaysia yang mana seramai 85 ribu penonton telah membanjiri Stadium Negara Bukit Jalil...Sesuatu sejarah sukan baru tercipta! erm.. itu belum di kira dengan penonton di kedai2 mapley dan rumah. Sokongan yang luar biasa itu memberikan semangat kepada pasukan Malaysia yang dipimpin Dato' K.Rajagopal. Kita juga bisa berbangga kini ramai yang menyarung jersi kuning Harimau.

Majulah SUKAN untuk negara!!!! Go go HARIMAU!!!!

owh... mood bola kerna esok adalah hari perasmian pasukan futsal BERNAS dan perasmian jersi yang akan disarung oleh semua pemain futsal BERNAS yang dipilih dari seluruh Malaysia. Semoga pasukan futsal BERNAS mencipta kejayaan pada kejohanan yang bakal menjelang.

Wednesday, July 27, 2011

* POSE with mr N7 *

candid by mr fishutter

Salaam sisters...sesekali bersiaran secara langsung dari ofis menghabiskan masa rehat. Penat belum reda, berkejar ke Openin' Tender... dan perlu siapkan semua dokumentasi ASAP agar dapat jalani program yang bakal berlangsung hujung minggu nie dengan tenang tanpa terfikir kerja2 tertunggak. Sebelum memulakan tugas rasmi kembali, sempat juga meluangkan beberapa minit di sini... agar malam hari nanti saya bisa tidur dengan lena. Bak kata hubby Moose, "Cie balik jek tidor".. grrrr!!! Cie kata "Penatla CYG." Serius jam 12 malam mata sudah tidak bisa dibuka. Actually penatnya setiap pagi dan petang menghadap jem. Keluar rumah jam 6.30 pagi, pulang hanya menjelang malam hari. haih...tekanannya lebih di atas jalan raya. Di ofis pula jarang rasanya dapat duduk dengan aman sambil mengklik mana2 laman. Workstation dan bilik tender yang jaraknya sebanyak 25 langkah, penat juga jika asyik ke hulu ke hilir. {tapi tak kurus2 pun.. hihihihi}

Bila berbicara tentang candid... rasanya candid moment by hubby Moose lebih menarik. Dan bila sesekali saya dicandid, i like it!... kerna dari gambo candid, ianya bisa menerangkan detik ketika itu. owh.. merujuk gambo mrs Cyana di atas, i love moment and the colors. Ceritanya mrs photog sedang merakamkan gambo menggunakan jari yang salah tetapi masih tetap bisa memetik punat camera. hehe. Suka lagi bila details gambo boleh dihuraikan dengan jelas. Saya baru sedar yang sesekali saya menggunakan 'jari hantu' untuk menekan punat mr N7. {eh... ye ke? tak perasan pulak?hehe}. Dan bila yang menegur, barulah saya mengkajinya. Bagus juga teguran dari orang lain... kerna kita tidak bisa menilai diri sendiri. hmm. erm.. rasanya kalo mr N7 ditambah dengan battery grip mungkin lebih kacak kan CYG? ahaks! okay...back to work!!!! ta-ta.

* miss my OLD frens *

Assalaam alaykom... dalam sedar dan tidak Ramadhan bakal menjelang. Hati kini duka bercampur gembira kerna mahu menyambut bulan yang mulia. Kerna apa berduka? Itu kerna saya sendiri yang leka dalam membuang masa begitu sahaja...rupanya Ramadhan sudah menggamit kembali. hmm. Sejenak memikirkan kata2 seorang sahabat

"susah utk meneka.....
mungkin kah menutupi wajah disebalik duka..atau..
mengisi kekosongan yang belum tiba..."

Apa yang bisa saya ungkapkan adalah benar ada ketikanya saya menyembunyikan duka. Duka dan sedih pabila mengenangkan 'tiada progress' diri yang bisa dibanggakan. Benar orang kata, bersyukur dengan apa yag ada. YA!! Saya bersyukur mempunyai keluarga yang penyayang...ditemani insan terchenta yang sangat memahami...dan mempunyai sahabat yang setia. Tetapi kadang saya terfikir sejauh mana saya menghargai mereka? Sahabat2 masih segar bugar di minda tetapi saya sendiri mempunyai masalah komunikasi untuk kembali berinteraksi bersama. Statistik menunjukkan hanya sahabat2 yang memahami kekurangan inilah yang bisa berdiri teguh disamping saya. Mungkin kerna saya dibesarkan dalam keluarga kecil yang lebih senang berdiam. hmm

Saya akui kelemahan yang ketara juga adalah saya tidak pandai bertanya khabar mereka, agak pasif dalam perhubungan. Pelik bukan? Sedangkan saya seorang yang bercakap tanpa noktah. hmm. Tersentuh juga sebentar tadi ketika ditegur seorang sahabat lama yang masih mengingati diri kerdil ini. Katanya saya sudah berubah, lain dari yang beliau kenal semasa di bangku sekolah... owh.. yang pasti berubah penampilan.. Itu yang pasti dan sememangnya berbeza. Ketika di zaman sekolah dulu 'ranggi' katanya lagi. ahaks. Dan faktanya benar, jika mahu mencari saya.. carilah insan2 yang rapat di bahu kanan dan kiri. hiks. Mungkin saya jarang berceloteh di FB kerna lebih senang berbicara di blog selagi idea masih ada. hehe.

candid by hubby Moose
{erk.. yang nie kategori muka masam ker serius ker? masa nie sedang tekun belajar}

mrs photog kena candid!
Agaknya wajah dikala bekerja serius begini yer? hehe

Jarang melihat gambo mrs Cyana berwajah garang seperti singa.. So bila sesekali di candid menarik juga, dapat melihat wajah sendiri ketika 'serius' bekerja. Namun lebih enak bila memandang wajah yang manis tersenyum. Chill Babe'!

To my dear frens... Keep in touch! really really miss our childhood!!!


Saturday, July 23, 2011

* Kelas Asas Fotografi | KBM *

Date: 23rd July 2011
Location: Taman Jaya, Petaling Jaya

Assalaam alaykom sisters & brothers... Syukur kepadaNYA, kelas Asas Fotografi & Komposisi yang dianjurkan oleh Biro Rekreasi, KBM HQ telah selesai dengan jayanya. Seawal jam 9am semua peserta sudah menunggu cik puan penyelaras program a.k.a mrs Cyana yang tiba lewat 15 minit.. tettttt!!!! Maaf ya, ada kesulitan teknikal sedikit. Seperti dirancang, pagi sabtu yang lalu saya ke pasar untuk mengambil nasi lemak yang telah di pesan lebih awal untuk bekalan sarapan peserta. Rupanya makcik nasi lemak terlupa pula nak sediakan membungkusnya. huhu. pity me!!! wut to do? terpaksalah saya menunggunya. hmm. Lucky me, peserta2 semuanya understandin'. hehe.

Anyway ini adalah program pertama bagi Biro Rekreasi bagi Sesi 2011/2013. Seramai 14 orang peserta yang menyertai kelas asas ini. Rasanya mungkin boleh dapat ramai lagi peserta, tetapi ada juga yang outstation pada saat2 akhir dan ada juga yang last minute terpaksa menarik diri. Nevermind, mungkin boleh join lagi di lain masa... tetapi kelas yang kecil bagus juga.... peserta lebih fokus dan mudah untuk kendalikan praktikal. btw BIG THANKS to mr Kifly Chino yang menjadi tenaga pengajar, mr Moose and mr Zimy Joe yang bertindak sebagai fasilitator. You guys are Cool!!! Kelas sempoi dan santai.. yang penting semua peserta happy!!!

sesi pengenalan dengan mengenali apa itu 'fotografi?'

peserta santai duduk di atas lantai.. hehe

ada yang LIVE update terus ke FB

masing2 dengan camera

wide angle from mr BTS..
thanks to mr Kifly Chino yang banyak berkongsi ilmu

air untuk bekalan ketika haus

mr Ameer Wahdi a.k.a AJK Biro Rekreasi

mr Nurifin with G12 yang superb!

mr Aizad... canonian yang tegar! hiks

what is Aperture?

what is komposisi?

mrs Cyana as assistant

the note

husband and wife in the rows... hehe

practical tyme

peserta di suruh shoot botol air untuk menentukan focus point

eh eh... rasanya more than 14 pax jek nie.. {lagi ramai lagi meriah}

matahari menyinari pagi

model diminta melompat untuk sesi shutter shoot.. hiks. {model ker? hehehe}

lil' Kisya Marissa...model cilik yang berbakat

mrs Sal Rahmat, antara peserta yang menjadi model

mrs Sal dengan daun2

kaedah shoot menggunakan reflector

another model

lil' Damia juga turut jadi model.. cute!

sortin' tyme! peserta memilih gambo terbaik untuk dinilai

the best pic won by mr Jauhari a.k.a team kuning, dengan gambo joran. hehe

second by mr Aizad... pic family

third mrs Sal dengan model pose... btw semuanya menunjukkan hasil yang mantap, cuma perlu lebih kreatif untuk menentukan gambo terbaik. :)

credit to barisan yang menjayakan kelas Asas Fotografi & Komposisi
from left mr Kifly Chino, mr Zimy Joe, mr Moose and mr Ameer... AJK Biro Rekreasi yang banyak membantu dalam menjayakan program pertama Biro Rekreasi untuk penggal ini

Smile for camera!!!! thanks to ALL yang menghadirkan diri dan menjayakan kelas Asas Fotografi & Komposisi. Semoga ilmu yang diperolehi dapat sama2 kita praktikkan dan manfaatkan bersama di masa yang akan datang. InshaALLAH.