Tuesday, December 7, 2010

* Pinang Peranakan Mansion *

Assalaam alaykom...Salah satu keunikan di Malaysia terdapatnya "Baba Nyonya" atau "Peranakan" yang terkenal dengan keunikan budaya yang diwarisi dari Cina dan mempunyai unsur2 pengaruh kebudayaan Melayu. Golongan Baba mula menapak di Negeri2 Selat Tanah Melayu khususnya negeri Melaka. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat popular di kalangan remaja.

Peranakan di Pulau Pinang mungkin tidak sepopular negeri Melaka.. namun tinggalan warisan seorang Baba bernama Hai Kee Chan, menjadikan kediamannya kini sebuah muzium yang menempatkan warisan sejarah kedatangan Peranakan di Penang. Berkunjung di mansion tersebut, anda dapat melihat keunikan senibina dan ukiran yang terdapat di mansion tersebut. Lengkap dengan hiasan barangan Peranakan yang unik dan kaya dengan adat. Kebanyakan barangan seperti pinggan mangkuk mempunyai unsur2 Cina, pakaian pula mempunyai unsur Melayu dan British, hias atur pula memiliki unsur2 Feng Shui. Di mansion ini lengkap dengan ruang beriadah berkonsep kuno Cina, Melayu dan British. Sebuah tokong Cina juga terdapat di dalam mansion tersebut, menandakan pemiliknya adalah beragama Buddha.

Untuk peminat2 sejarah, jangan lupa berkunjung ke Pinang Peranakan Mansion yang terletak di Church Street. owh.. saya sebenarnya penggemar sejarah, sekurang-kurangnya dapat mengetahui asal usul bangsa Malaysia. Menariknya di Penang, anda dapat mendekati pelbagai bangsa yang kebanyakannya lahir dari perkahwinan campur. okay..kepada sesiapa yang mahu berkunjung ke sini, bley layari website Pinang Peranakan Mansion. well well...sedikit shots yang sempat dirakam.. jom layan.

di perkarangan luar mansion.. kelihatan potrait besar pemilik mansion

di verandah... pastinya terdapat tembikar berisi air

"Sia" Peranakan yang kaya dengan ukiran

cawan dengan ukiran unsur Cina

salah sebuah kamera lama... oldskool sangat!!!

deco di main bedroom

radio antik...erm... mansion nie juga dipenuhi cermin

pemain piring hitam dan golf set..erm.. pengaruh British

katil dihiasi cadar merah... "ang ang".. tapi dress tu fesyen Bristish

my sista in law in tempat rehat di atas perkarangan rumah.
dipercayai tempat rehat ini digunakan untuk duduk bersembang sambil menghisap rokok

koleksi spec

"Sia" lagi...cantik

hiasan ukiran di dinding rumah

di satu bahagian sudut ruang tamu yang berkonsepkan British.. mempunyai sofa dan piano

kesemua pintunya mempunyai ukiran dan di dinding dihiasi lukisan atau potrait keluarga

my best piece... i guess!
di perkarangan luar mansion.. terdapat pondok telefon lama dan beca yang merupakan pengangkutan utama darat suatu ketika dulu.

Sejarah banyak meninggalkan kesan kepada sesebuah negara secara amnya. Tidak rugi jika kita mendekati sejarah negara agar kecintaan terhadap negara akan lebih mendalam. Bersyukur kita dilahirkan di zaman yang serba maju dan semakin hari mengejar perkara2 yang semakin canggih sejajar perkembangan teknologi. hmm. Terkadang hati rasa mahu kembali ke zaman sebelumnya..hehe.


2 comments:

  1. Salam Cyana,

    sukanya akak tgk N3 ni. Akak suka dengan cawan dia lah.. Radio cam tu akak ada satu kat umah ni. Akak pun suka collect antique. Tapi bukan fanatic lah...Nanti nak p sana lah.. sure best kan..

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Yan..

    Kalo akak ke mansion tu, mmg akan suka sume brg2 dalam tu. cawan antik mcm tu sekarang dah kembali dijual. tp mesti tk sama mcm yg dulu punya kan? dekat armcorp mall flea market akak pernah perhi tak?

    ReplyDelete