Location: Shah Alam, Selangor
Assalaam alaykom... akhirnya berkesempatan mengupload gmbo2 di majlis yang dihadiri semalam. Cabarannya adalah menahan kesabaran internet line yang agak lembab... huhu. {yer sabo2 jek laaa....}. Majlis Akad Nikah mrs Asiah dan mr Solihin yang diadakan di sebelah pagi di Masjid Negeri Shah Alam, diikuti majlis resepsi yang ringkas di kediaman pengantin perempuan di malam hari yang diberkati dengan hujan renyai2 namun tetap meriah dengan kehadiran saudara mara dan kenalan. Menarik lagi persiapan kenduri dilakukan secara gotong royong oleh penduduk Seksyen 24. Memang best tengok penanggah yang semuanya memakai uniform...cukup jek masa kerja pasti siap on tyme. hehe.
Tidak banyak yang bisa saya cerita mengenai pengantin iaitu seorang guru, anak keempat dari sembilan beradik. Ini kerna kami hanya sekali bertemu minum pagi bersama, berkenalan sedikit menanyakan tentang kerjaya perguruannya, persiapan majlis dan bagaimana beliau bisa menemui profile saya iaitu melalui blog ini. Alhamdullillah... beberapa sisters yang saya temui hanya mengenali saya melalui CyanaMoose's blog. owh.. tapi jangan terkejut ya... jika bertemu sewaktu bekerja, saya mungkin tak banyak berkata2. {fokus pada kerja katakan...ahaks} erm.. kadang terfikir kelebihan seorang photographer wanita adalah berada di samping pengantin perempuan kerna kebanyakan mereka berhijab, maka cabaran saya untuk shoot gmbo dengan syarat aurat mereka terpelihara... kerna mr editornya adalah seorang lelaki... maka saya lebih senang tidak langsung mengambil gmbo2 yang mendedahkan aurat misalnya. {mudah juga semasa proses sortin'.. hehe}
And big thanks to hubby Moose yang turut serta menemani wifeynya. Asalnya tugasan ini bersendirian.. tapi jika insan terchenta disisi.. saya pasti tersenyum riang. ahaks!!!.

{rindunya Ramdhan.. hmm}
































{alamak over expose pulak.. huhu}









{sorry yer..malam hari settin' mata agak kabur.. gmbo semua terover bright pulak.. hiks}


Barakallahu laka wa baraka 'alaik, wa jama'a bainakuma fi khair


No comments:
Post a Comment