Assalaam alaykom...masih bersiaran dari Kuala Selangor. Terasa lama juga tidak menjejak kaki ke sana. hmm. Kesempatan minggu lalu berkunjung ke Kuala Selangor.. ditambah pula kedatangan MAMA, ABAH bersama brother Joe's family dari Penang. Maka tak mahu lepaskan peluang untuk membawa mereka makan angin di Kuala Selangor yang terkenal dengan sejarah dan banyak juga tempat2 menarik. So last Sunday sempat melawat Bukit Malawati yang terletak di atas, iaitu mercu tanda di Kuala Selangor.
Bukit Malawati boleh dinaiki dengan kereta, motor, berjalan kaki atau kereta berwarna yang disediakan pada hujung minggu. Jika berkunjung pada hari Sabtu atau Ahad, pengunjung perlu menaiki kereta khas yang disediakan. btw, banyak juga tempat2 menarik di atas Bukit Malawati, cuma masa agak terhad.. hanya sempat melawat geng2 monyet yang sangat jinak, mendiami bukit itu.
owh.. we all bermalam di rumah sewa di Rumah MDKS. Simple dan kemas rumah tu.





































Alhamdullillah we had a great day!! Awesome monkeys yang menghiburkan hari kami. Percutian yang ringkas namun sangat berharga dengan kehadiran keluarga disisi. :)
No comments:
Post a Comment