Assalaam alaykom, masih bersiaran dari Kuala Selangor iaitu sekitar majlis double weddin' of the year of 2010. Dengan semangat jitu dan kerjasama dari pelbagai pihak, sesebuah majlis akan dilihat sempurna tanpa sebarang cacat cela. Percayalah.. setiap kali majlis berlangsung, pastinya akan ada sesuatu perkara atau kejadian yang baru tercipta. Maka melalui pengalaman dan analisis kebarangkalian, inshaAllah sesuatu perkara yang berlaku bisa ditangani. hmm. Begitu juga dengan halnya dengan majlis ini.. erm bagi menguruskan majlis sebesar ini..ianya melibatkan kerjasama dari pelbagai pihak untuk berganding tangan dan bahu.
Alhamdullillah, keluarga kami mendapat sepenuh sokongan padu dan jitu dari penduduk di Kuala Selangor atau lebih mesra kami gelarkan 'rakyat Kuala Selangor'. Pertama sekali mengapa majlis ini diadakan di Kuala Selangor? kerna AYAH mahu raikan bersama rakyatnya. Sepanjang memikul tanggungjawab di sana, ini adalah majlis perkahwinan kali yang ketiga. Jika yang kedua kali diadakan di Shah Alam...kali ini rakyat AYAH bersuara untuk mereka sama2 terlibat secara langsung, mungkin ada juga rakyat yang tidak dapat bersama jika dibuat di Shah Alam kerna kekangan destinasi yang jauh. Dan yang pasti tak mungkin juga jika kami mahu menyediakan budget caterin' yang besar untuk menjamu lebih kurang 5000 orang tetamu dalam sesuatu masa. hmm. Niat IBU mahu mengadakan kenduri di bulan Syawwal,maka sekaligus AYAH mengadakan Jamuan Eid Mubarak untuk rakyat di Kuala Selangor.
ALLAH swt telah mengatur dan memudahkan urusan keluarga kami. mashaALLAH!!! ALLAH swt membuka hati rakyat AYAH untuk membantu kami menjayakan majlis ini. Dengan serba sedikit persediaan rapi yang diaturkan, majlis ini bisa disempurna dengan meriah walau dalam serba kesederhanaan. Semuanya dari souvenir, makanan, perhiasan dewan dilakukan secara 'merewang' atau bergotong-royong oleh rakyat Kuala Selangor. Cerita disebalik persiapan majlis akan menyusul kemudian... entry ini berkisarkan cerita di belakang tabir pada hari majlis Sabtu yang lalu. Bezanya jika dua tahun yang lalu, saya adalah salah satu pasangan yang diraikan, tahun ini saya dan hubby Moose memegang portfolio multimedia. Setiap ahli The Wayfarers telah diberikan tugasan tertentu... dan sempat juga saya membantu brother Syah untuk merangka aturcara majlis.
Sedikit mengenai persiapan multimedia yang disediakan oleh 1stVerse iaitu seperti backdrop screen, video clips majlis akad nikah pengantin, membuat taggin' VIP table, design signage, banner dan buntin', menyediakan perkhidmatan Multi Camera Production (MCP) dengan bantuan dari ProMedia and of course photography. Yang pasti kami telah dapat menjimat sedikit wang kerna bidang multimedia biasanya cajnya agak tinggi kerna hasil kerja melibatkan kerahan idea dan tenaga. Bayangkan ada yang akan caj perkhidmatan photography dan videography sehingga mencecah belasan ribu. erm.. kami bisa berjimat kerna kedua2 bidang ini adalah kepakaran yang mana design, shootin' and editin' dilakukan sendiri oleh hubby Moose. {erm.. bertuahnya saya dikurniakan hubby Moose yang mempunyai kepakaran di otak kiri.. hehe}

















{sila abaikan mata lebam...sebab dua malam beliau tidak tidur.. huuhu}

Dengan izinNYA semua berjalan lancar... YA ALLAH! Kau berkatilah majlis ini, berikan ganjaran yang setimpal bagi mereka2 yang membantu kami dengan sepenuh keikhlasan dan penuh kasih sayang terhadap AYAH dan IBU kami secara amnya. Hanya engkau ya ALLAH bisa membalas jasa rakyat2 Kuala Selangor yang memberi keluarga kami layanan yang baik dan tidak pernah jemu membantu dalam apa jua keadaan sekalipun. Hanya engkau ya ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang bisa memberi mereka yang terbaik. Ameen.
No comments:
Post a Comment