Friday, October 8, 2010

* my WISH list *

Assalaam alaykom sisters... erm.. wanita lazimnya dikaitkan dengan aktiviti shoppin'. Jika disurvey pastinya 60% daripada golongan wanita yang akan menulis hobinya shoppin'. owh.. beli ikan pun shoppin' jugak kan? sebab mahu pilih ikan2 yang segar bugar, mata masih merah, isi masih kental.. hehe. Saya juga jika ditanya hobi adalah window shoppin'! kalo window.. tengok cermin jek la kottt.. ahaks. owh... hobi saya dalam erti kata lain, gemar door-to-door shoppin'. Mahu sahaja saya singgah semua kedai2 yang ada.. hehe. Biasanya jika mahu membeli sesuatu barangan, saya pasti akan survey di beberapa tempat terleby dahulu. Then pabila masa mahu membeli... bak kata hubby Moose macam keretapi jek.. sebab banyak sangat menyinggah walhal sudah tahu kedai mana yang mahu dituju.. ahaks!!

Kerna habit itu juga... lazimnya saya lebih gemar door-to-door sendirian... even tak beli, saya akan sentiasa akan berlegar untuk melihat barang tersebut. hehe. {habitkan? hehe} owh.. kenapa perlu survey harga barangan? sekurangnya anda tahu harga mana yang terendah dan bersesuaian dengan keperluan. hmm.

btw... merujuk kepada tajuk tertera {ala2 ayat skema memo.. hiks.} tahun nie banyak pula waitin' list yang menanti. Jika tahun lalu, buntu buntu buntu!!! but not this year!!!! nampaknya mood shoppin' kini kembali. {erm..coz ari2 lalu KLCC kot.. hiks.} Bak kata nak menghiburkan hati sendiri, tak dapat beli, dapat berangan di blog pun sudah memadai.. hehe.

owh.. mari mulakan dengan list pertama, mr Niko masih setia dan baik kondisinya. erm.. bukan mahu teman baru mr Niko, yang diidamkan "the gray National Geographic bag" yang bisa memuatkan mr Niko jika berjalan2 makan angin.. hehe. well.. yang ini memang yang disebut2. "I want a new pairs of Timberland shoes!!!". Alasannya kasut lama sudah mula lusuh... kasut ini bisa dipakai untuk pelbagai aktiviti.. erm..tak semestinya this Women's Pinkham Mary Jane, tetapi haruslah Timber+Land. {agak2 dapat ker kasut baru yer? hehe}A new purse maybe? Kerna selepas the yellow Elle yang besar gedabak itu, the black Salvatore Ferragamo tu tak bisa memuatkan banyak kad2, resit2 or even my BB. oppss!! Sooo masih lagi survey untuk mendapatkan yang baru...erm..maybe Guess, Guy Laroche, Esprit or UCB. Yang penting, harga yang sedang2 tetapi bisa dikembungkan.. hahahaha.
Next???? one of my favourite scent. Dahulunya terlalu sangat minat baunya sehinggakan jika main bowling, nick name saya letakkan Issey, mengambil dari bauan Issey Miyake. hmm.. i just love it!! sweet smell!!!

or the Deep Red by Hugo Boss. Bauan yang lebih romantik dan sesuai untuk ke dinner? {maksud lain disembur pada waktu malam.. hiks.} eh..jika dapat Gucci Rush pun menarik juga. hmm.

Last but not least.. the frame!!!!! eh? betul ker nak frame? oppps!!! I want black frame yang besar yang boleh di paparkan koleksi gambo yang banyak. Actually..entry nie dedicated untuk insan terchenta di dalam frame tu.. ahaks! Almaklumlah dapat wifey yang suka berangan bak dikayangan... Alangkah indah jika dapat memiliki sesuatu yang dimahukan.hiks!!

Back to reality!!!! tiba2 negeri PULAU PINANG terchenta popular kembali dengan isu $$$$ yang digemburkan di kaca TV. erm..seingat saya dahulu Penang pernah juga popular secara tiba2 kerna isu sungai airnya berwarna hitam. Tetapi terasa dua tahun kebelakangan ini, lebih banyak isu yang mungkin sengaja di heboh2kan. Terkini dikatakan wang haram disalurkan kepada warga emas dan warisnya. owh!!! penuh juga di TV setiap siaran ada cerita warga emas mengadakan pemulangan wang sumbangan tersebut. Mari berfikir sejenak secara rasional... dari mana datangnya sumber wang tersebut sudah terang di jelaskan. benarkah warga emas yang mengadakan sidang media, siap dengan bunting pulak tu?? advance sungguh!!! Then ada tabung pula... get ready depan camera ramai2 masukkan wang tersebut tetapi amountnya RM50 bukan RM100? owh.. warga emas Bayan Baru turut serta berdemonstrasi..grrrr!!!! Kerajaan negeri pula menyatakan wang yang kononnya dikembalikan sebenarnya masih belum diterima.. hmm. Siapa sebenarnya dalang disebalik cerita? mahu cerita lanjut..sila baca artikel AYAH "Wang Yang Disatukan" yang mungkin bisa menjelaskan isu ini.

ohhhh NOOO!!!! tersasar dari tajuk tertera pula!!! Well... i'm so excited!!! mana la tahu tengah2 hubby Moose penat memikir apa yang mahu dihadiahkan kepada wifeynya... pilih sahaja dari list tertera... lebih mudah bukan CYG? ahaks!

2 comments:

  1. Salam Cyana,

    selalu org kata implied but not stated kan.. n u guna pakai implied and stated lah..heee..Gud luck

    ReplyDelete
  2. salam kak yan... semoga doa termakbul.. ameen!

    ReplyDelete