Saturday, December 31, 2011

* dream *

the fly by hubby Moose

Assalaam alaykom... entry penutup tahun masihi 2011 sebelum menjengah ke tahun masihi 2012. Pastinya banyak cerita gembira dari duka, Alhamdullillah.. mungkin kerna saya lebih gemar cepat2 meninggalkan segala luka, maka lebih banyak cerita yang bisa menghiburkan hati dikhabarkan berbanding yang meninggalkan pahit hitam. hmm. Banyak juga yang berlaku dan banyak juga cabarannya. Jika tahun sebelumnya tercungap dengan kisah kerjaya, tahun ini masih juga sama. Hinggakan hubby Moose insan terchenta sendiri menyatakan saya hilang fokus bila mana mahu membuat semuanya. hmm. Tiba2 my dear sista in law pula berkata rindu mahu melihat gambar honeymoon saya. owh... yang pasti saya belum dapat pergi honeymoon bersama dalam suasana romantika. hehe.

Seperti karangan jika ada pembuka pasti ada penutup.. atau jika dalam subjek bahasa Melayu lebih popular dengan rumusan yang mana ketika dulu tersangat susahnya mahu memerah otak membuat rumusan. Seketika saya diingatkan brother Joe yang mana satu masa dahulu saya pernah mengarang cerita novel. owh.. baru teringat kisahnya berkenaan seorang gadis kacukan yang jatuh cinta dengan seorang skater boy. ahaks! Rupanya dari zaman sekolah saya suka mengarang, cuma ianya sekadar mengisi masa lapang. Terkadang ada yang menegur cerita saya di blog yang mana disini lebih banyak idea yang diluah berbanding di luar sana. Mungkin agak pelik jika rakan2 jarang berjumpa saya sewaktu gatherin' diluar.. hmm. Itu mungkin kerna saya jarang membuat janji dek kerna masa adalah terhad. Sedayanya masa lapang mahu dihabiskan dengan insan terchenta.

Berbalik kepada cerita blog, sedar atau tidak bakal menjangkau ke tahun yang baru. {owh benar saya kurang aktif di Facebook. hehe} Kadang waktu saya tersenyum hairan pabila mendapati pembacanya dari seluruh pelusuk dunia. {thank you to all silent readers}. Dari Israel juga ada pembacanya? pelik bukan? Jika dari negara lain, mungkin mereka klik suka2, namun kadar purata pembacanya sepanjang tahun hampir sama. hmm. Dan saya juga mungkin seperti mereka bertindak sebagai silent reader dan sesekali hanya komen pada kenalan yang sama sahaja. Yang lain hanya singgah membaca dan tersenyum melihat perkembangan rakan bloggers.

Bako by hubby Moose

Cerita menarik sepanjang tahun 2011 adalah ketika berjalan2 melawat tempat orang. Sebenarnya lebih gemar melihat budaya dan cara hidup mereka. Yang pasti hajat mahu ke Bako telah terlaksana. Alhamdullillah. Tahun 2011 juga banyak membawa saya terbang ke sana ke sini atas tuntutan kerja. Sampaikan ada rakan2 yang nakal menyatakan "owh kerap sangat meninggalkan suami terchenta" huhu. Benar! hubby Moose banyak ditinggalkan sendirian ataupun kami terpaksa terpisah dek kerna tugasan di tempat berlainan. Saya juga sudah tidak banyak dapat shootin' bersama hubby Moose. Manakala hubby Moose kini sudah beralih ke arah shootin' event berbanding shootin' majlis kawen. Hasilnya pasti di koleksi album FBnya.

Superb!!! Awesome collections CYGku! Cabarannya adalah pabila berdamping dengan insan seni yang hebat, anda juga mahu setanding dengannya. Dan kadang terasa semakin hari semakin ketinggalan skills kerna jarang juga berdamping bersama mr D7. owh.. tahun ini menyaksikan pertukaran mr Blackie kepada mr Bla-soo, pertukaran gadget iaitu mr Niko kepada mr D7, semuanya hasil dari titik peluh hubby Moose yang tidak pernah mahu membiarkan wifeynya ketinggalan dari mengikuti arus perkembangan teknologi.

owh... pasti gembira bila bercuti ke Beijing tempoh hari. Saya sangat berharap suatu hari saya bersama insan terchenta dapat melancong bersama berdua. hehe. Masih segar lagi pabila hubby Moose bersusah payah menelefon wifey yang berjauhan. Dalam diam, risaunya hubby Moose tidak diduga... dan kerna itu setiap kali berjauhan, pasti panjang berjela pesanannya mengalahkan wifey yang bercakap tanpa henti. hehe. owh jika ditanya azam dan impian pasti berbaris senarainya. Namun apa yang pasti impian mahu menimang cahayamata kerna sudah bosan sebenarnya bila selalu ditanya bila mahu menimang cahaya mata. Masih belum rezeki memiliki anak sendiri. Dan sehingga kini kami juga masih belum sedaya berusaha ke arah itu mungkin kerna masing2 sibuk dengan kerjaya sampaikan terleka sebentar yang kami harus mempunyai warisan. hmm.

Selain itu, saya sangat berharap ABAH & MAMA dapat melihat sendiri anak mereka beraksi sebagai pengacara majlis. Bayangkan sampai kini mereka hanya mendengar cerita dan sesekali hanya mengetahui perkembangan anak melalui blog. hmm. Saya mahu mereka berasa bangga seperti mana ketika nama anak mereka diumumkan sebagai pelajar terbaik. Tidak tergambar dengan kata2 bagaimana perasaan mereka ketika itu. Dan hanya itu yang mampu saya balas kepada mereka kerna mereka tidak pernah mengharap pengorbanan mereka dibalas dengan wang ringgit. Semoga ganjaran yang selayaknya diberikan kepada para ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan dan memberikan yang terbaik untuk anak2 mereka. Hanya ALLAH swt yang dapat membalas jasa ibu bapa kita. Ameen.

lurvely man... just right behind me

Syukur kepada ALLAH swt saya ditemani insan terchenta yang sentiasa menyokong dan memberi semangat ketika saya berduka. Banyak pahit manis bersama... hanya doa yang mengiringi kami berdua agar bahagia selamanya. InshaAllah. Dan satu perkara yang mungkin berat untuk saya pertimbangkan bila mana insan terchenta meminta saya berehat dari bekerja. hmm. Benar saya terlalu leka bekerja sampai ada ketika mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Mungkin jika tidak bekerja sepenuh masa, saya akan berkecimpung dalam bidang perniagaan. Realitinya saya berasal dari keluarga ahli perniagaan yang mampu menyara hidup keluarga walaupun tidak semewah mana. hmm. Semoga Yang Maha Esa bisa memberi petunjuk apa yang terbaik untuk hambanya yang kerdil ini.


Selamat Menyambut Tahun Baru 2012. Semoga hari esok akan lebih baik dari sebelumnya.

* Proton Club | Bowling Tournament *

Date: 31st December 2011
Location: Cosmic Bowl Midvalley Kuala Lumpur

Assalaam alaykom, penutup program tahunan 2011 adalah menyertai Pertandingan Bowling Proton Club Malaysia yang dianjurkan oleh Kelab Proton. Sebanyak 30 pasukan dari pelbagai organisasi dan terbuka yang menyertai pertandingan ini. thanks to mrs Ruzinah yang menguruskan penyertaan pasukan dari Kelab BERNAS Malaysia HQ.

mrs Cyana sampai on the dot! Maklumlah hari cuti... matapun agak berat mahu buka. Hajat mahu pergi training pun hanya tinggal angan2. Lucky me tidak cramp sewaktu membaling, maklumlah agak lama tidak turun membaling. hehe. Dan kerna masa on the dot, terus sahaja keluar rumah mencapai camera yang tiada baterinya. grrr!!! Penat bahu jek bawa camera. hiks! mr BTorch juga kekurangan bateri, maka hasilnya beberapa keping gambo sahaja... cukup sekadar kenangan!

pasukan wanita dari BERNAS antara yang hadir

Presiden Proton Club menyampaikan ucapan dan hadiah diakhir pertandigan

my team mendapat nombor sembilan!!!
gandingan bersama mr Serituah, mrs Ruzinah dan mrs Cyana

smile for camera!

piala yang diterima beserta topi Proton sebagai cenderahati

pose kenangan sebelum beredar pulang

Alhamdullillah, bak kata mrs Ruzinah menang kerna bertuah... or mungkin satu kumpulan dengan mr Serituah? ahaks! Walau apapun tahniah kepada semua peserta yang menyertai pertandingan ini. Tahniah juga kepada pihak penganjur yang kali pertama menganjurkan pertandingan terbuka sebegini. Gembira hati penutup program tahunan membawa pulang piala kenangan. InshaAllah bertemu lagi pada tahun Masihi 2012 yang mendatang.

* three days with lil' Rayqal *

Assalaam alaykom big brothers and sisters... benar kata harum bayi amat sedap hidung menciumnya. Tiga hari pulang ke kampung halaman tiga hari juga sempat bersama lil' Rayqal yang hobinya tidur. hehe. Cuma kali nie bila pulang, lil' Rayqal sudah pandai membuka mata dan mula kenal wajah. Bak kata lil' Aiman keke {keke adalah Abang dalam bahasa Cina}, lil' Rayqal kecil lagi belum kenal aunty Cyana. lil' Aiman keke pula asyik berkepit dengan uncle Chab. hehe

seronoknya tidur...zzzz

seiras wajah daddy Joe...
maybe akan berubah wajah bila semakin membesar

pose for aunty Cyana and uncle Chab

sebelum pulang... dapat lagi berjumpa lil' Rayqal. okay, nanti jumpa lagi ya!!! muahs!

Sekarang sedang menunggu anak saudara yang keenam sebelah keluarga hubby Moose. Semoga sista Yusra selamat bersalin nanti. InshaAllah.

Wednesday, December 28, 2011

* BTS Treasure Hunt *

Assalam alaykom... i'm back!!! i'm back!!! Actually sedang menunggu gambo2 dari mr OP. Tetapi mr OP pula sedang bercuti, kad CF juga bersamanya, pinjamkan untuk beliau copy gambo. tetapi belum dapat semula...maka semua gambo ada bersama mr OP. grr!!!!! Next week baru masuk kerja katanya, so pending semua cerita or berita. Lucky me ada sedikit gambo dari mr BTorch. Sooo.. dari cerita basi better update entry by entry.. ahaks!! so sebelum cerita program, mari layan cerita behind the scenes treasure hunt...

Tahun ini, treasure hunt bermula dari KBB Paya Keladi dan berakhir di KBB Kuala Perlis. owh.. KBB itu adalah singkatan Kilang Beras Bernas! maka semua peserta akan dibawa menjelajah KBB di bahagian negeri utara. Actually kepingin juga menjadi peserta, tetapi memandangkan geng2 semuanya sibuk, maka mrs Cyana seperti biasa menjadi urus peserta a.k.a urusetia. hiks!

perjalanan menuju ke tempat program... tol Sungai Dua, satu2 tol masuk menuju ke negeri sebelah utara

lamanya tidak melalui tol nie, dulu zaman study di Sungai Petani... setiap hari akan melalui tol Sungai Dua nie

di kiri dan kanan sawah padi atau bendang bak kata orang utara

perjalanan lancar.. alhamdulillah!
owh.. teruja dapat kad tol yang canggih seperti kad touch & go.

signboard menuju ke KBB Paya Keladi. Rajin sungguh staff Paya Keladi, siap dengan penunjuk arah lagi... maka tidak sesat!! Petang hari Jumaat diadakan pendaftaran nombor kereta, taklimat program dan juga pemeriksaan kereta. Lucky mr Blasoo bukan peserta, kerna ketika itu lampu belakang tidak bernyala dan juga roadtax tamat tempoh belum ditukar yang baru. opps!

the next morning... standby untuk pelepasan kereta pada tepat jam 8 pagi

kehadiran ADUN Pinang Tunggal menaiki motorsikal menggamatkan suasana pelepasan... hehe

bacaan doa oleh Imam masjid Paya Keladi... berbaju biru itu adalah brother Abdullah a.k.a abang Lah... orang kuat Paya Keladi. hiks.

pelepasan semua kenderaan oleh YB Roslan Saidin, ADUN Pinang Tunggal. Menarik perhiasan kawasan pelepasan, siap dengan belon berwarna-warni

Kak Nora's car yang banyak berjasa membawa saya ke hulur ke hilir. hehe. Selepas selesai pelepasan terus ke KBB Kuala Perlis untuk menguruskan hadiah.

antara hadiah2 cabutan bertuah... wow!! besarnya!

barangan elektronik untuk 10 kenderaan terbaik

hampers untuk cabutan bertuah

okay....sebuah lori juga digunakan untuk mengangkut hadiah2 ke tempat program

erk.. belangkas???? nyum nyum

Restoran Ocean View milik Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis... tempat berlangsungnya majlis makan malam

selesai mengatur hadiah, barulah ke hotel untuk makan!!!

teh ais for mrs Cyana

koay teow goreng yang sedap. Selepas makan terus pulang ke Hotel Sri Malaysia yang berdekatan untuk berehat

tyme to work!!! mrs Cyana sudah bersedia untuk kembali bertugas di waktu majlis makan malam. off to work!!! sudah tiada lagi gambo...

owh.. sedikit gambo yang diambil dari blog Kakcik Seroja dan Abang Lah's FB

lokasi majlis makan malam

semua tetamu disambut dengan percikan bunga api

mrs Cyana in candid!!! waktu petang hari taklimat... macam gengster kecik jek. ahaks!

candid lagi... di pagi hari pelepasan

sebelum meneruskan perjalanan ke Perlis, semua urusetia bergambo kenangan di tempat pelepasan KBB Paya Keladi.

dan sedikit komen membina dipetik dari blog Kakcik Seroja...

"Acara makan malam dan penyampaian hadiah ini telah diacarakan dengan jayanya oleh blogger Pn.Cyanamoose dengan lancar, petah dan riang ria. Walaubagaimanapun, aku terlepas pula untuk merakamkan gelagat dan telatah beliau mengacara. Ops! sesiapa yang berminat untuk mengambil beliau sebagai pengacara majlis, bolehlah cuba-cuba bertanya di blognya. Suami beliau pula adalah seorang jurugambar yang hebat. Jadi mereka adalah padanan yang lengkap untuk sesuatu majlis yang memerlukan pengacara dan juga jurugambar terlatih. InsyaAllah."

Ungkapan yang bisa membuatkan saya kembali tersenyum sampai ke telinga walaupun penatnya tidak terungkap dengan kata2. Bertuah saya mempunyai suami seorang jurugambar antara yang terhebat karyanya. Jika hubby Moose yang datang bersama pastinya wifey tersenyum girang kerna gambarnya pasti beribu lemon. hiks! Terima kasih juga kepada Kakcik Seroja dan Abang Bob yang banyak membantu mengembangkan kerjaya saya di syarikt terchenta.

Monday, December 26, 2011

* the LAST meeting *

Assalaam alaykom... gembira rasanya menjelang hari penutup sesi mesyuarat tender bagi tahun 2011. Ramalannya hari terakhir itu adalah hari sibuk kerna keesokan harinya mrs tender perlu menghadiri program di negeri utara dan disambung pula dengan cuti penghujung tahun. Alhamdullillah semuanya berjalan lancar dengan kerjasama semua AJK tender yang komited pabila dipanggil bermesyuarat.

Memandangkan hari terakhir terdapat dua sesi mesyuarat diadakan serentak, maka seharian mrs tender berkubu di dalam bilik mesyuarat. Seronoknya bila semakin hari semakin banyak yang dapat dipelajari. Bukan sahaja belajar tentang pengurusan tender, tetapi perlu tahu juga setiap minuman kegemaran AJK. ahaks! Banyak juga senario yang melucukan namun banyak juga cabaran bila mana sebagai Sekretariat, ketelusan pemprosesan perlu dipastikan adil-seadilnya dengan mengadakan tender terbuka dan bukannya tender pilih kasih. hiks

sesi terakhir adalah technical dan central meeting. owh.. mrs tender juga bakal merindui opening meeting kerna selepas ini tugasan opening akan diuruskan oleh miss tender.

sebelum AJK masuk, mrs tender pose dulu.. ahaks! mrs tender perlu menyiapkan laporan kehadiran AJK yang menghadiri tender sepanjang tahun bagi tujuan mengiktiraf komitmen mereka. siang cuti sambil melayan makanan di Joe Cafe'... malam seperti biasa menyiapkan kerja. so... NO pesta!! get back to work!!!

* my hometown *

Assalaam alaykom... syukur kerna program telah selesai seperti dirancang. Gembira hati melihat peserta semuanya ceria dan sportin'. Ceritanya bakal dikongsi kelak dek kerna kad CHF mr 300s masih berada bersama Official Photographer. btw... Semalam sempat juga berjalan2 dengan hubby Moose di bandar Perlis. thanks to my dear hubby Moose yang sanggup memandu di lewat malam merentasi bumi utara semata-mata mahu bersama wifeynya. Walaupun beliau tidak dapat bersama ketika mrs Cyana berceloteh di atas pentas, namun keberadaannya di Perlis bisa membuat hati wifey terhibur. Big smile!!!

masa untuk merehatkan mata seketika

WELCOME to my HOMETOWN!!!

Selamat Datang ke Pulau Pinang.. Pulau Mutiara yang sentiasa indah di hati saya. hiks. Apa yang menarik di Pulau Pinang adalah makanannya!!!! nyum nyum! Banyak tempat pelancongan untuk dikunjungi, pantai yang bersih untuk mandi manda dan tempat tinggalan sejarah bagi penggemar warisan lama. owh.. musim cuti sekolah ada juga Pesta Pulau Pinang untuk dikunjungi. hmm.

okay.. mahu sambung layan capati! laksa? adush... kepingin laksa pula. ahaks!

Saturday, December 24, 2011

* the Message *

  • "Alhamdulillah..our mission to send a Memorandum to the Egyptian Embassy was successful...of course the number of policemen were twice as compared to ours..heheh..6 of us were invited in and we were served tea too..discussion was good..took signatures and photographs with the deputy High commissioner...message was delivered loud and clear...Allahu Akbar. Thank you friends for your support..thank you police officers for your concern..thank you fellow reporters for your reports.."-IBU AZLIN HEZRI


All pics courtesy by Zaleha's FB collection

Gabungan pertubuhan wanita, Solidariti Wanita Prihatin petang tadi telah menyerahkan satu memorandum yang mengandungi empat tuntutan ke pejabat Kedutaan Mesir dan telah diterima oleh brother Yasser Hashem. Penyerahan memorandum yang membantah kebiadaban tentera Mesir terhadap wanita di bumi Ambia telah disertai Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Yang Berhormat Dr Siti Mariah Mahmud, AJK International Muslim Women Union (IMWU), Malaysia Yang Berbahagia Azlin Hezri....OUR dear IBU, wakil Empower Maria Chin Abdullah, Koordinator Solidariti Wanita Muda Malaysia (SWiMM), wakil Persatuan Mawaddah Malaysia (PMM) dan wakil Ameerah.

Laporan akhbar tentang Pertubuhan Wanita bantah kebiadaban tentera Mesir!!! Tahniah buat IBU dan sahabat2 yang peka, prihatin, bertindak dengan pantas dan tegas demi menuntut keadilan dunia. Sentiasa mendoakan perjuangan semua hamba ALLAH swt menentang penindasan.

Semoga ALLAH swt melindungi insan2 yang lemah dan semoga mereka2 yang kejam itu akan dibalas dengan balasan setimpal dengan perbuatan keji mereka. Allahu'akbar!!!


* moose's family @ North *

Seberang Jaya by hubby Moose

Assalaam alaykom... offline mode!!! off to North untuk menjayakan program Treasure Hunt yang akan bermula dari Paya Keladi ke Kuala Perlis. Kemudian akan terus menyambung cuti2 di utara. Seronok bukan jika bekerja sendiri seperti hubby Moose, beliau tidak perlu mohon cuti dan bisa cuti pada bila2 masa. Wifey pula sedang dalam mode gementar untuk bertugas di pentas esok... kerna harus bertutur dengan jelas sambil terus menjaga tatasusila. hubby Moose pula akan terus ke Penang untuk urusan kerja kawen. Cabarannya, wifey perlu tabah bertugas tanpa ditemani insan terchenta... dan hanya doa yang mengiringi saya. Semoga ALLAH swt memudahkan urusan keluarga kecil kami dan melancarkan perjalanan semua urusan. Ameen.

will be back with more story.. InshaAllah.