Saturday, October 1, 2011

* HAP-PY *

Assalaam alaykom... mulakan cerita dengan centerpiece yang comel. hehe. Rentetan cerita entry 'Ner..Vous'... alhamdullillah, program sudah selesai dengan jayanya. Actually saya diberi tugasan sebagai pengacara majlis Malam Anugerah SGA & 5S BERNAS 2011. Acara tahunan ini sudah masuk tahun kedua yang mana menyaksikan pasukan dari seluruh KBB membentangkan hasil kreativiti mereka dalam meningkatkan produktiviti syarikat. Malam sebelum majlis seperti biasa mencari pakaian yang sesuai. Kononnya mahu memakai baju kurung moden, tetapi sebenarnya koleksi baju kurung semuanya agak sendat.. oppss!!! Jam sepuluh malam mulai berdebar dek kerna kes cari baju belum temui yang bersesuaian dengan jiwa. Hampir 6 pasang yang dicuba semuanya tidak menepati mata insan terchenta. huhu. Finally, bila sudah buntu, saya terus mencapai Abaya. ahaks! Lebih mudah kerna hanya perlu mencari matchin' hijab.

Keesokan harinya bertolak lebih awal ke ofis untuk proses suntingan dan pencetakan skrip. Dengan harapan, skrip sebagai panduan tetapi belum lagi sempat dibaca kerna saya perlu terus bergegas ke Park Royal untuk kursus 'the Fraud' hari kedua. Minta izin mr trainer untuk ponteng separuh hari bagi menghadirkan diri ke Hotel Istana iaitu tempat program.... mahu dapatkan 'feel' walhal sebenarnya tengah gementar.

then bila baca sms insan terchenta "gud luck! mucab tau cie boleh..jangan sleng leby2 tau.. nanti bunyi poyo. Ini majlis besar. huhu. All the best cayangku." wifey tersenyum lagi. my dear hubby Moose bukan sahaja pengkritik fesyen, beliau pengkritik utama. Almaklumlah beliau mempunyai pengetahuan dalam bidang seni suara...semua jenis ton suara bisa dilontarkannya. Sebutan harus jelas, saya pula mempunyai masalah 'mumbling'. huhu. Katanya lagi suara saya adalah dalam kategori soprano.. eh.. soprano ker melody? enough!!! fokus! fokus. hiks.

Selesai sahaja konvesyen, terus terasa jantung berdegup dengan lebih laju.. huhu. Akhirnya sempat juga 'sound check' sebelum majlis bermula. Masa rehearsal, kata mr soundman... mrs Cyana perlu dekat dengan mic kerna suara yang halus... {auww!!! halus ker? ahaks!} Lagi-lagi saya gementar kerna belum run-through skrip, hanya sempat praktis 'salutation' yang bagi saya penting bila menyebut nama2 VVIP, haruslah disebut jelas.. hmm.. Masa rehearsal main2 lagi salah sebut.. huhu!!! okay!!! back to work.. mode equal to serius. hahaha... layan gambar dulu ya... hiks.

lovely flowers

file untuk peserta konvesyen

the bunting

mr designer and mr photographer
{eh macam twin}

suasana ketika konvesyen berlangsung

rehat sebentar di bilik tetamu...
argh!!! tak tenang sebenarnya selagi belum habis tugas. hiks.

owh... rehatkan minda di ladies Hotel Istana yang superb!

mrs Cyana in green... ready untuk bertugas

the skrip

the VVIP table

my place!!! tempat mrs emcee bertugas...
sesekali diterangi spotlight, terus cerah muka saya. ahaks!

Syukur tugas dikendalikan dengan sempurna. Terasa seperti mahu sahaja insan terchenta menjadi saksi bagaimana wifey begitu gembira bila menutupkan majlis dengan gemilangnya. Benar setiap mata tepat memandang ke arah saya yang mungkin tersenyum di sebalik kegetaran. Alhamdullillah, mendapat maklum balas yang baik dan agar saya terus diberi kekuatan untuk terus memberikan yang terbaik. InshaAllah.

2 comments:

  1. congrats.. lepas ni terus jadi emcee berdaftar dgn BERNAS la.. pastu ko turunkan ilmu kat aku gak.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Marvic...

    untuk cik tourist guide.. anythg for u! ahaks.

    ReplyDelete