Friday, October 14, 2011

* browny's Cyana *

mrs Cyana in brown again!!!
{hasil dari kamera filem yang menarik!!!}

Assalaam alaykom... terasa tahun nie seperti tahun coklat sahaja. Lucky me tak mengidam makan coklat, hanya banyak berbaju coklat. hehe. Benar saya seorang yang 'setia pada sesuatu'...Jarang menukar citarasa, jarang benar saya akan mencuba sesuatu yang baru terutamanya bila berbicara bab anak tekak. ahaks! Sampaikan rakan2 juga bisa menjawab soalan 'apa minuman kegemaran saya?' ' teh ais', 'apa yang saya suka buat?' 'ambil gambo dalam lif'.... jawapan itu benar2 melucukan sehingga susah pula mahu berhenti ketawa. Tambah lagi rakan2 kata 'Cyana suka ketawa, belum cakap ketawa dulu'... eh? benarkah? ermmmm... let me think! Rasanya benar 80% kerna jika saya mahu menceritakan sesuatu perkara lucu...saya akan ketawa dulu. hahahaha. Mungkin norma ketawa itu lebih banyak dari norma duka. ahaks! Tetapi rasanya juga jika anda melihat wajah serius saya, mungkin anda tidak akan sama sekali menegur... riaknya seiras singa betina. hiks.

Sama seperti berfesyen, kalau rasa baju itu menarik maka haruslah berulang kali baju mengenakan baju yang sama. Tetapi tahap cerewet saya kategorinya bisa pening juga jika dilayan. hubby Moose mungkin lebih cerewet lagi.. oppss!!! hubby Moose suka wifey berfesyen sederhana... kontra dengan wifey yang suka sedikit suntikan minimal vogue. ahaks!

Begitu juga bila menjelang hari lahir... tiga bulan lepas lagi sudah berangan hadiah, sudah mencongak, sudah menyatakan wish list. {hubby kata no MORE shoes... tapi Clarks boleh kan?}. Hanya perlu tunggu masanya sahaja untuk menerima hadiah tanpa kotak mungkin. hiks! Bak kata hubby Moose perangai wifey seperti kanak2 kandos bersuara itik serati yang entah bila saya sendiri akan berubah.. huhu!!! Itu adalah cabaran buat insan terchenta yang merupakan anak ketiga dari tujuh beradik {kurang manja.. hmm} melayan wifey anak kedua dari dua beradik...eh, realitinya mrs Cyana adalah anak bongsu yang manja! hiks.

No comments:

Post a Comment