Saturday, October 22, 2011

* SOLEHAH on-AIR *

Assalaam alaykom...semalam selepas pulang dari kerja berkesempatan menyaksikan Siaran Langsung Program Solehah yang ditayangkan di TV AlHijrah setiap hari Jumaat malam. Kebetulan petang harinya hujan, maka perjalanan dari Menara HLA ke Pusat Islam Kuala Lumpur mengambil masa hampir 2 jam walaupun jarak dekat.. huhu. Sampai sahaja, sudah masuk peserta kedua yang sedang menjawab soalan. Bagusnya program ini mencungkil bakat2 baru dalam pencarian wanita solehah. Setiap peserta diuji dengan soalan dan jawapan2 yang diberikan sangat bagus dalam perkongsian ilmiah. Antara soalan yang menarik minat saya adalah tentang fesyen hijab yang menjadi trend terkini, peminta sedekah sihat tubuh badan yang semakin berleluasa di negara ini dan kes perebutan jenazah.

Actually my sister in law, sista Iman adalah salah seorang pengacara Solehah yang berganding bahu dengan sista Irma. Semuanya cantik belaka dengan busana dari Sri Munawwarah.

the bunting in purple theme

suami soleh :)

permandangan di dalam dewan ketika rakaman sedang dijalankan

sista Diana, IBU, sista Azlin and sista Iman

sista Iman dengan peminat...cantik busananya

IBU, sista Iman and me

Semoga saya tergolong dalam wanita solehah... InshaAllah.

Bangga pabila melihat semua peserta menjawab soalan dengan bernas dan memberi jawapan dengan baik serta padat. Bukan senang untuk berdiri di atas pentas dan berbicara secara live. hmm. Selamat berjaya kepada kalian semua...semoga kalian menjadi tunggak wanita solehah yang menjadi contoh kepada muslimah semua. Ameen.

No comments:

Post a Comment