Wednesday, October 12, 2011

* Workaholic's Family *

Assalaam alaykom... sekali lagi Oktober bulan yang menguji fizikal dan mental. Jika tahun lalu sibuk dengan pengaturan program, tahun ini sibuk dengan penyediaan dokumentasi. Petang semalam, terdengar soalan mrs HR semasa sesi temuduga mencari warga kerja baru di bawah Unit Tender... soalnya "Adakah anda seorang workaholic atau family type?". Yang pasti saya bukan jenis yang membawa masalah keluarga ke tempat kerja. Sila asingkan masalah anda! Di pejabat bukan tempat kita menyelesaikan masalah berkaitan keluarga. Bayangkan jika di pejabat kita sibuk selesaikan hal keluarga, anda sebenarnya sedang membuang masa orang lain. Kerna itu cuti tahunan diberikan.... Sila ambil cuti!!! Jangan kerna anda, orang lain pula terpaksa menanggung tugasan atau disalahkan dek kerna tugasan belum siap! Kes begitu saya sendiri akan marah bila mana melibatkan KPI saya. erm.. teringat juga ada yang pernah menasihati saya agar kurangkan kerja. Katanya lagi mungkin jika saya kurang bekerja, dapatlah tumpukan masa bersama keluarga. hmm.

YES!! I'm Workaholic! I'm Planner!!! I have GOAL!! Sungguhpun tidak berjaya seperti rakan2 lain yang berjawatan besar, tetapi saya gembira dengan pencapaian diri. I'm happy now walaupun berada dalam keluarga kecil yang masih berdua. Tetapi saya percaya rezeki, ketentuan baik dan buruk dari ALLAH swt. Hanya ALLAH swt tahu apa yang terbaik untuk kami berdua. hubby Moose juga seorang workaholic!! He is a person obsessively addicted to work. Beliau lebih lagi detail kerjanya dari saya. ALLAH swt telah jodohkan kami yang mana seorang teliti dalam hasil kerja multimedia manakala seorang lagi lebih teliti dalam kerja dokumentasi. A good combination... I guess! Seorang happy go lucky... seorang lagi down-to-earth. hmm..

Terkadang diri dalam tekanan bila melihat orang pulang tepat waktunya. Saya juga mahu selalu pulang on-time tetapi saya akan pastikan kerja disiapkan walaupun terpaksa membuatnya di rumah. Maka saya TIADA masa untuk diri sambil baring melayan drama tv. Maaf jika lantang bunyinya. Mahu seribu daya bukan? Terkadang terfikir adakah saya tidak cukup efisien untuk bekerja setakat waktunya. Bila ditimbang tara...untuk berjaya itu perlunya pengorbanan masa dan tenaga. Jika saya hanya bekerja mengikut kadar biasa mungkin saya tidak bisa menyiapkan beberapa tugasan dalam satu masa mengikut timeline yang diberikan. Tetapi agak ralat bila bekerja dengan mereka2 yang tidak tahu menghargai masa orang lain, mereka2 yang hanya tahu mengambil kesempatan dalam mencipta nama, mereka2 yang suka mengambil kesempatan ke atas orang lain dan mereka2 yang menyusahkan orang lain dek kerna mereka mencuri masa bekerja atau SELFISH!!! grr!

lurve my lil' stuff...
bila dikelilingi barangan kacak, ianya bisa menjana semangat untuk bekerja dalam gembira

meeting again!!!
Mesyuarat tanpa susulan tindakan adalah membuang masa bukan? hmm


Saya juga bangun dari kegagalan! Saya keluar merangkak sendirian mencari NUR! Saya terpaksa melakukan sesuatu untuk membuat keluarga berbangga. Apa yang diminta hanyalah menuntut ILMU! Dengan ilmu pengetahuan yang ada, ia bisa merubah hidup seseorang. Dari kehidupan susah ke senang.. dari tidak dihiraukan sehingga dihormati.. Betapa pentingnya Ilmu itu seperti mahu dikongsi bersama semua. Alhamdullillah genap lima tahun saya berhijab setelah mendapat suntikan ilmu akhirat jua... Syukur ALLAH swt masih menyayangi hambanya dengan memberi hidayah NUR kepada saya.

Syukur saya ditemukan dengan hubby Moose dan dikurniakan dengan keluarga yang tidak dapat digambarkan dengan kata2 betapa budi dan jasa mereka hanya ALLAH swt dapat membalasnya. Ameen.

4 comments:

  1. assalamualaikum...cie..dulu dil ni pun kategori macam cie,tapi kini sejak berkahwin,dil kena ikut suami..merasalah bermalas-malasan gak..klo dulu,24 jam pun x ckp..tapi..walaupepun..jaga kesihatan n smoga kamu dikurniakan cahayamata....(dil teringin sgt nk jumpa cie ni.)

    ReplyDelete
  2. Salam Dil, banyak juga yg sy jumpa lepas kawen then bila ada anak.. mmg tugas harian kita akan berubah. Maybe kalau sy ada anak... mungkin akan ke family type sket. hehe.

    saya teringin nak ke mesir... kalo dapat jumpa dil disana lagi menarik kan? :)

    ReplyDelete
  3. hahaha... part meeting tanpa ada sebarang tindakan susulan itu mmg dah trademark kompeni kot... another trademark kompeni kita adalah lebih byk borak kosong and jamu juadah makan minum drp membincangkan hal2 yg sepatutnya.. hmm..patut la kita ni makin sihat ...

    ReplyDelete
  4. marvic.. 110% agreed!!! pernah isu susu kurang manis pun mau jadik bahan borak dalam meeting.. aiyooo...!!!

    ReplyDelete