Tuesday, October 25, 2011

* Away! *

Take a REST!!!! Free AIR! FREE Air!!!

COMING SOOOO SOON!!!!

Away from work! Esok cuti sempena diwali... hubby Moose mengajak wifey luangkan masa untuk rekreasi. Tetapi di saat ini saya mahu saja berdiam. Kerna minda sedang berputar tentang kerja! haih!!! Petang tadi masuk sahaja kereta terus menarik nafas lega... Lega dari memikirkan tentang kerja. Teringat pula kata2 sahabat pena ketika menegur saya sewaktu membuat tempahan bilik mesyuarat. "Kau ada meeting ker?" "yup. biasala meeting tender" "haa bila ko nak tender resign?" --- dalam hati "i wish if i could!!!" Saya sayangkan pekerjaan saya tetapi terkadang tekanan yang datang benar menguji ketabahan. "YA ALLAH!!! Kau berilah hambamu ini kekuatan, jauhkan dari niat begitu". Saya perlu sentiasa tersenyum walaupun dimarahi dek kerna kesalahan orang lain. Saya perlu menanggung akibat dek kerna orang lain yang tidak menjalankan tugas mereka. Mungkin saya agak 'outspoken' kerna saya lebih suka berfikiran terbuka dan menerima teguran. Tetapi saya agak hairan bila orang sibuk mahukan pangkat tetapi bekerja tidak setaraf pangkat mereka. Cubalah anda bertanggungjawab sekurangnya fikirkan kerja itu rezeki kita.

Seperti orang yang sibuk memperjuangkan akidah orang lain walhal akidah sendiri tidak terpelihara.hmm. Bila berbicara bab akidah, bukan saya rujukannya. Cuma saya hanya mahu memberi pandangan tentang HIMPUN yang objektifnya samar dan hanya kelihatan dipergunakan sesetangah pihak untuk menimbulkan provokasi. Tujuannya mahu menegakkan akidah orang ISLAM... tiada kaitan dengan akidah orang MELAYU. Kerna bukan 100% bangsa MELAYU itu ISLAM.Kita dibesarkan di negara yang BEBAS! Sila bebaskan minda anda. Adalah lebih molek jika kita perangi isu akidah dari akar umbinya... kerna Melayu yang dilahirkan ISLAM tidak mengambil endah isu akidah mereka..sayu lagi hati pabila melihat mu'alaf yang menjaga akidah mereka. Dan pabila mereka murtad, bagi saya itu bukan salah orang lain. Tepuk dada tanya kata hati. Muslimin lain hanya dapat membantu secara luaran... tetapi jiwa raga itu milik INSAN yang sepatutnya memilih menuju jalan yang diredhaiNYA. Benar bila berbicara isu murtad, sensitif bunyinya. Tetapi itu REALITI!!! Memetik kata2 seorang pembaca "Apa yang penting, betulkan solat kerna solat itu tiang agama!" hmm. walahu'alam.

6 comments:

  1. Betul tu Cyana, pegangan agama sesetengah saudara baru adalah lebih kukuh dari mereka yang dilahirkan dengan 'label' Melayu dan Islam! :(

    ReplyDelete
  2. kakcik, agree with u. bukan nk jatuhkan bangsa sndiri. tp sesetgh pihak tu terlebih sgt nk perjuangan melayu atas kepentingan sndr. hmm

    ReplyDelete
  3. sapa la sahabat pena ko yang tanya bila ko nak tender resign tu...hehehe...

    neway, sabar je la..selagi kita mampu jalankan amanah, selagi tu kita kat landasan yang betul...

    aku pun sabar je la bila kempen 'mangkuk' tu dah mcm 80% kat aku nih...

    ReplyDelete
  4. phat lee.. rasanya ko tahu sapakah org itu? hehe. pity u kena tanggung hal ehwal org yg berfikiran sebesar 'mangkuk'. opps!

    ReplyDelete
  5. kesian dgn korg yg keje keras untuk program 'mangkuk' ...ye la..org yg punya idea tu pon pikiran dia sebesar mangkuk tu jer kot... harap2 'mangkuk' dia bakal menjadi lebih besar and infinity saiznya..

    ReplyDelete
  6. Marvic... agree with you. nasib ak tak terlibat dalam program tu. hehe

    ReplyDelete