Saturday, October 15, 2011

* LIFESTYLE *

Assalaam alaykom... malam berganti siang, genap dua tahun mrs Cyana berceloteh dan mencatat bermacam perjalanan aktiviti dan segala rasa. Mungkin bila suatu ketika saya berhenti dari berkata2, kisah2 ini menjadi kenangan yang berharga. Mungkin jika suatu hari saya dijemputNYA, mungkin disini pengubat rindu buat semua. hmm. Pernah sekali saya mahu berhenti menulis, tetapi kembali kepada paksi niat... benar saya kurang berkomunikasi secara langsung dengan orang. Pelik bukan? Walaupun diluar nampak seorang peramah, tetapi sedikit masalah yang saya hadapi adalah saya kurang pandai mengekalkan momentum perhubungan. Hanya sahabat2 yang benar rapat dengan saya tahu bagaimana mencari saya walaupun saya jarang hubungi mereka. Bayangkan MAMA dan ABAH juga jarang berhubung...walaupun tugas anak hanya mendail nombor telefon bertanya khabar... entah kenapa jarang benar saya bertindak sedemikian. Yang pasti saya tahu perlu pulang ke Penang menjenguk mereka setiap bulan. Dan bila mendapat tahu keluarga juga terus membaca di sini, itu adalah pembakar saya untuk terus menulis atau terusan bercerita tentang aktiviti harian. hmm.

Sempena tahun kedua, esklusif mrs Cyana bawakan cerita kehidupan dari bandaraya Pulau Mutiara... hasil nukilan mr Moose yang merupakan idola dan sifu photographer saya sendiri. Bukan kerna saya isteri mahu memuji beliau setingginya, namun harus saya akui kreativiti dan hasil karyanya sesuatu yang TERBAIK. Semangat beliau untuk terus merakam sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya... mungkin anda hanya melihat 10 koleksinya. Tetapi saya melihat 100 koleksi sebelum dipilih yang 10 itu. Hanya kesabaran, kerajinan dan sedikit sentuhan idea kreatif yang diperlukan untuk berdiri setandingnya. Mungkin tempat saya masih rendah seperti mana bila sama berdiri, ketinggian saya hanya di bawah paras bahunya. ahaks!!!

Penang's lifestyle... hasil karya hubby Moose setelah seharian berTT di George Town

the flare

the MAN


Penang terkenal dengan senireka bangunan lama

awesome moment!!!

masih ada yang berbasikal di tengah bandaraya

hubungan antara manusia dan fauna

beca2 yang menarik... hasil mata pencarian penarik beca

the reflection

hubby Moose's art work

Kapitan Keling... awesome piece!!

subhanallah... lovely moment.. insan kerdil di rumah ALLAH!

owh... masa untuk berchenta!!!!
{erm.. ada burung ketiga? pemerhati mungkin... hiks}

HAPPY 2nd ANNIVERSARY to CYANAMOOSE's blog!
tyme to go... make lil' du'a for OUR lil' journey!!!


No comments:

Post a Comment