Friday, November 19, 2010

* Selamat Hari LELAKI specially buat Tok BABA *

Alhamdullillah... dikala entry ini ditulis Tok BABA sudah dibenarkan pulang ke rumah setelah 3 hari berada di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur kerana menjalani pembedahan di sebelah mata kiri dan mata kanan pula dilaser. hmm. Tok BABA ditahan sehari sebelum eidul adha..petang Selasa yang lalu. Yang sayu, sebaik keluar dari bilik pembedahan, Tok BABA menelefon hubby Moose atas bantuan cik misi untuk menanyakan keadaan Tok MAMI yang berada di rumah. hmm.

Pagi eid selepas solat, AYAH dan keluarga membawa Tok MAMI bersama beraya di hospital. Sebak juga bila memandang gmbo koleksi Ayah Ngah.. Tok MAMI dan Tok BABA berpegangan tangan, seorang di atas katil seorang di kerusi roda. hmm. SubhanaALLAH! Alangkah sucinya cinta mereka.. mekar! dan terus mekar!

Semalam selepas menghantar saya ke opis, hubby Moose sempat melawat Tok BABA. Alhamdullillah sudah dibenarkan pulang dan pastinya Tok BABA insan paling gembira bisa kembali bersama Tok MAMI.

di wad Pusrawi

Tok BABA masih lagi tersenyum melayan berita2 terkini di internet

with brother Umar

masa untuk sarapan

hubby Moose in candid!

advance tu.. sempat melayan iPhone4 lagi

tyme to go home

Ayah Ngah menyemak bil bayaran.. hehe

gembira hati Tok BABA mahu pulang

eik? ada yang sakit ker? hehe

brother Umar mahu merasa tidur di hospital ditemani cik misi.. hiks

well done.. let's go!

mendengar taklimat cik misi sebelum pulang

terima kasih kepada doktor dan cik misi yang menjaga Tok BABA sepanjang beliau di Pusrawi.


owh.. mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI LELAKI kepada semua lelaki2 yang berada di sekeliling saya dan dimana jua anda berada. Special dedicated LURVE to hubby Moose, ABAH, AYAH, brother Joe, Tok BABA, Tok Kurus, brother in laws, cousins, jejaka GGO... brother Zizo, brother Nik, brother Didi and brother Adi, sahabat2 lelaki jauh dan dekat. ANDA tahu SIAPA anda! {nak tulis kalo mau panjang senarainya kerna kawan lelaki saya melebihi carta senarai kawan wanita.. ahaks!}

2 comments: