Monday, November 22, 2010

* cerita TREN *

Assalaam alaykom...cuti sekolah penggal terakhir sudah bermula. Bezanya pagi mungkin jalan lebih selesa, mungkin kerna kekurangan kereta yang bersesak. erm.. untuk hari pertama pagi tadi walaupun keluar rumah agak lewat pabila jarum menghampiri angka 7, namun masih sempat sampai ofis walaupun 2 minit lewat. oppss!!

Cuti sekolah pastinya membuat ibu bapa yang lebih sibuk untuk merangka cuti dan merancang aktiviti terbaik untuk anak2 dari membuang masa di rumah. Pelbagai juga program motivasi yang dianjurkan..mungkin mereka boleh mengisi masa lapang menyertainya.. tapi biarlah program yang bakal disertai kelak mendatangkan hasil. owh..berbalik ke cerita berkaitan tajuk iaitu hari2 bersama tren.. erm.. saya memilih untuk menaiki LRT dari Kelana Jaya menuju ke stesen KLCC sebelum walkaton selama 15 minit untuk sampai ke ofis. Mula terfikir dengan menaiki tren sekurangnya dapat senaman, dapat kurangkan berat badan yang semakin sihat mengembang nie.. namun jangkaan tak semestinya tepat. ahaks.

Lately terasa sakit2 di sendi lutut kiri. Setelah diteliti beberapa kebarangkalian, mungkin kerna tekanan di kaki yang berjalan dengan kadar yang laju, mungkin kerna kebelakangan ini juga banyak bermain bowlin'...mungkin tekniknya salah dan memberi tekanan kepada lutut juga, erm mungkin juga kerna kadang terpaksa berdiri untuk setengah jam di dalam tren, mungkin kerna banyak minum ais yang kurang baik untuk kesihatan sendi.. opppss! or mungkin kerna penambahan berat badan mendadak yang tak lagi mampu menampung berat berlebihan. hmm. {rasa seperti faktor terakhir yang paling tepat kott.. ahaks}

dan memandangkan hari ini pulang agak lewat.. maka terpaksa juga berdiri seperti biasa. Dan kesannya amatlah terasa penat dan tak terdaya rasanya mahu mendaki tangga. huhu.

stesen KLCC yang sentiasa penuh dengan penumpang

full house...so berdiri la jawabnya

dapat pula berdiri di kepala tren...so layan gmbo dgn mr BB

melalui terowong

stesen Masjid Jamek

after terowong, keluar melihat dunia.. hehe.

menuju ke stesen KL Sentral yang dikelilingi bangunan2 yang sedang dalam pembinaan

tengok tu banyaknya kereta

mr BB juga bisa bikin effect tau.. hiks.

yea... bila setiap hari bersama tren... best jugak layan shoot tren nie..

perjalanan lebih nyaman tanpa jem

sudah hampir ke stesen Kelana Jaya.
lihat kereta2 di bawah tu...yang itu additional carpark untuk option ketiga. Bayaran tetap sama iaitu RM3 sekali masuk

stesen Kelana Jaya di petang hari

beginilah keadaan di stesen KJ setiap hari. Jika pagi2 semua penumpangnya berdisiplin beratur panjang.. so tak perlu berebut seperti menaiki komuter. Sebab itu, saya lebih suka menaiki LRT berbanding komuter. Senyum walaupun kepenatan sebenarnya setiap hari perlu punctual keluar lebih awal.. jika lewat jek 5 minit bley lewat ke ofis setengah jam. hehe.

p/s: Hanyut dan Cinta Sempurna masuk final Muzik2.. hiks.

No comments:

Post a Comment