Wednesday, November 10, 2010

* Dr Dzulkefly Ahmad vs Zulkifli Nordin *


Dr Dzulkefly Ahmad vs Zulkifli Nordin? SIAPA PILIHAN ANDA?


Pilihan saya Dr Dzulkefly Ahmad!!! Saya pasti memilih AYAH as our REAL HERO yang senantiasa rasional dan lantang dalam memberi hujah mahupun isu akhlak, agama, sains, ekonomi dan apa sahaja yang mungkin tak bisa saya huraikan disini.

YA!!! ISU PANAS di Dewan Parlimen hari ini sehingga menyebabkan AYAH diarah keluar dewan. Namun seperti biasa yang akan menghiasi lensa media perdana terutamanya di TV untuk siaran waktu perdana semestinya MP katak lompat yang tiada pendirian, tiada segan bila berbicara dengan minda yang cetek, yang hanya mungkin berperwatakan warak dan alim kononnya bila 'kopiah' sentiasa di kepala. {erm..lebih baik tidak berkopiah yer tuan!}

Tentunya berkenaan isu "Budak dirotan di Kuching kerna membawa sosej babi ke sekolah".
Beberapa artikel penuh juga bley dibaca di DrDzulkefly's blog, Malaysiakini dan Harakah Daily.

well..terpanggil juga untuk saya memberi komen disini. Wahai saudara muslimku... jangan cepat melatah bila sahaja anda mendengar perkataan BABI yer. {kata 1Malaysia... eik? tuan kopiah melenting lebih pula.. hmm}. JANGAN cepat menuding jari, lancang kata2 jika anda tidak tahu kebenarannya. Pastikah anda Basil Anak Baginda iaitu anak kepada Noor Azman Abdullah@Baginda itu beragama Islam? Walhal makanan itu sendiri dibekalkan oleh ibunya.

"Namun, menurut Dzulkefly, isu yang dibangkitkan bukan berhubung indentiti agama pelajar berkenaan tetapi tindakan pihak sekolah yang menghukum budak lelaki itu dengan merotannya."

Memang BABI itu haram... tapi sebagai rakyat yang duduk dalam masyarakat majmuk, kita tak bisa menghalang orang makan BABI ya. Pastinya sama seperti orang yang minum arak.. haram juga bukan? Tapi yang memenuhi kelab2 malam siapa ya? orang MELAYU yang beragama ISLAM yang secara terang-terangan minum arak. Tapi mungkin "BABI" lebih gerun bunyinya dari "ARAK"? hmm. enough!! yang lain fikir sedalamnya.

AYAH bukanlah seorang yang panas baran, malah setiap kata-katanya sangat bermakna. Jauh panggang dari api jika mahu dibandingkan dengan watak tuan kopiah... kerna apa yang anda bicara mencerminkan SIAPA anda!

dan ini Petikan dari sidang media AYAH di luar dewan...

"Apa yang memanaskan saya apabila saya disuruh saya duduk, dalam masa sama Kulim Bandar Baharu (Zulkifli) terus menerus menyerang PAS, serang Islam dan serang saya," katanya ketika ditemui sewaktu keluar pintu dewan.

Pada sidang media selepas itu, Dzulkefly mendakwa ahli parlimen Kulim Bandar Baharu sengaja menggunakan ruang perbahasan untuk mencetuskan pertentangan.

"Dalam semangat toleransi beragama, Kulim Bandar Baharu membuat satu penyataan yang menunjukkan orang Islam ekstrem.

"Kalau benar mahu bahas isu ini, bukan di sini, tapi Kulim Bandar Baharu terus mengatakan bahawa inilah PAS, yang menghalalkan orang Islam makan babi.

"Inilah cara paling jahat yang sebenarnya mengkhianati agama atas kononnya untuk memperjuangkan agama," katanya kesal.

dan salah satu komen yang menarik minat saya..

"Zulkifli Nordin is a devil in disguise.He is such a disappointment and he likes fanning religious issues and to be seen like a real Islamist. On the other hand he’s a hypocrite, a”munafik” who wears a kopiah and easily bought to betray the voters who voted him. Zulkifli, don’t waste the tax payers’ money.You should discuss the country’s economy,catastrophe,rakyat’s poverty instead of fighting for a non-cause issue….let the idiotic education minister solve the issue. You are not voted and paid as MP to raise an issue which is not affecting the nation’s security or economy. The speaker who hails from the state of “eating pork” issue should be booted……what a shame .!!"


enough said! Setiap orang berbeza pandangannya. hmm.
okay..saya redakan kemarahan dengan gmbo AYAH bersama brother Maher Zain.


2 comments: