Tuesday, November 23, 2010

* Good Luck! *

mrs Moose di tepian pantai Pearl of Island

Assalaam alaykom... buat adik2 yang sedang menduduki SPM amnya. Peperiksaan yang agak penting dalam sejarah anak2 di sekolah Malaysia, kerna dengan keputusannya nanti bakal mengorak langkah ke menara gading bak kata pepatah Melayu. Dari pra-sekolah sehingga ke tingkatan lima...semua ilmu yang ada bakal diuji untuk menentukan hala tuju bidang yang mahu di dalami. Minat tak kurang pentingnya. Jika berpaksi pada ILMU tanpa MINAT mungkin kurang mujarab juga. hmm.

owh.. cuti sekolah juga telah bermula namun mungkin kepada adik2 yang masih di kolej, universiti atau dimana sahaja pusat ilmu.. cuti semesternya tidak semestinya sama. Mahu berkongsi sedikit pengalaman saya bersama adik2 yang masih bergelar 'Pelajar' secara amnya. Saya berasal dari keluarga yang sederhana, dibesarkan dalam keluarga yang bukan mempunyai latar belakang akademik yang hebat. Tiada bantuan semasa zaman sekolah.. jika tidak tahu sesuatu subjek, hanya pada guru rujukannya. Untung anda jika dilahirkan dalam keluarga cendikiawan. Namun saya dikurniakan sedikit kepintaran Alhamdullillah. Satu hari terdetik dihati jika saya tidak mengubah nasib diri siapa lagi yang akan mengubahnya? hmm. Jika saya tidak belajar...saya tidak pernah dimarahi. Tetapi bila waktu menerima 'report card' , ABAH akan merujuk prestasi anaknya di buku azimat itu.

Akui kita manusia sentiasa leka... Bila berada di tempat selesa kita mungkin alpa. hmm. Saya abaikan masa..membiarkan masa berlalu begitu sahaja sehinggalah dua minggu terakhir menjelang peperiksaan SPM, barulah diri sedar bahawa saya belum bersedia untuk peperiksaan tersebut. Kerna selama belajar, saya leka! malas! sambil lewa! dan tidak terbayang masa depan yang gemilang. Maka sesal kemudian tidak berguna. Keputusannya hanya membuat bibir tersenyum sinis sahaja. Namun itu bukanlah penghujungnya... saya kembali bangun dari lena. hmm..

Berkata pada diri "Aku harus membalas balik jasa ABAH & MAMA!". Ibubapa mereka sebenarnya tidak mengharapkan wang ringgit sebaliknya mereka mengimpikan kejayaan anak2. Percayalah! Dengan itu, saya mula sedar betapa pentingnya menimba ILMU dan belajar dan terus belajar. Walaupun banyak yang ketinggalan namun tidak mungkin kita akan ketinggalan selamanya. hmm.

Alhamdullillah dengan berkat doa keluarga dan sahabat2.. akhirnya saya berjaya menghadiahkan SENYUMAN kepada keluarga. Betapa bangganya mereka menyebut "Itu anak kami." MashaAllah... masih terbayang detik wajah2 kegembiraan mereka.

Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Teruskan usaha dan jangan sekali mudah berputusa asa. Kepada adik2 yang sedang menduduki peperiksaan... buatlah yang terbaik demi masa depan anda, keluarga, masyarakat dan negara. All the best and Good Luck!

4 comments:

  1. Betul tu Cyana.. kegagalan bukan untuk digenggam selamanya. Selagi kita tidak jemu untuk bangkit, peluang untuk berjaya sentiasa ada... :)

    ReplyDelete
  2. .gagal memenangi tempat pertama dlm boling pon bukan selamanya...kan nyiok?

    ReplyDelete
  3. salam kakcik... Betul tu, kita kena kuat utk bangkit. pengorbanan ibubapa demi masa depan anak2 tu lebih besar.

    ReplyDelete
  4. kenanga...

    moh kita repeat then akak nk sediakan buku rekod berapa kali kekalahan u nnt. ahaks

    ReplyDelete