Thursday, November 4, 2010

* English is PATTERN *

Assalaam alaykom... erm.. bila tengok kertas A4 dilipat 3 bahagian, diberi marker pen... haruslah nama ditulis untuk diletakkan di hadapan tuan empunya nama. As mentioned, I've attended Business Writin' Skills for two days. Benar bak kata encik pengajar yang mahu dianggap sebagai 'learnin' partner' iaitu manakan bisa datang course dua hari anda akan mahir mengarang dengan jayanya dalam bahasa antarabangsa iaitu English. YES!!! I agreed!! Bayangkan jika 30 tahun saya masih di tahap average, mana bisa dengan 2 hari terus ke tahap expert. Magic la kan? hehe.

Katanya...Englis is a PATTERN!!! English akan mengalir dalam sistem badan kita jika kita mempraktikkannya. Kita tak perlu menghafal setiap perkataan.. hmm. Samalah seperti kita yang dari kecil bercakap dalam Bahasa Malaysia...haruslah di tahap mahir walaupun sebenarnya 'accent' kita berbeza. Jika saya, sudah pasti berloghrat utara kerna seluruh keluarga dibesarkan disana... contoh terdekat, hubby Moose yang dibesarkan di beberapa negeri. Beliau bisa bertutur dalam 'accent' kelantan, nogri sembilan, penang, KL dan British English, kerna masa kecil menetap disana bergaul dengan pelbagai bangsa. Bezanya saya hanya mempunyai kelebihan memahami Hokkien dan sedikit mandarin kerna jika ke Penang... Hokkien adalah bahasa pasar kami jua.

Pesanan dari our 'learnin' partner' adalah READ! READ! and READ! Banyakkan membaca dan dari situ bakal terbuka minda juga bisa membuat kita familiar dengan pattern. erm... saya akui kurang membaca artikel English..kerna itu bila ditanya apakah kelemahan? Jawabnya saya kurang arif tentang 'grammar' dan 'sentences'. Bagaimana mahu mengatasinya? silalah MEMBACA wahai mrs Cyana.. hiks. Dan masa yang paling mujarab adalah membaca sebelum tidur.. {membaca blog sebelum tidur kira bley diterima kah sebagai membaca? hehe}

Ilmu dunia amat luas.. itu belum diambilkira ilmu alam atau sebagainya. hmm. Berbalik kepada elemen penting iaitu asasnya adalah 'Listening'. Banyakkan mendengar, dari situ anda bisa mahir 'Speaking' pula..{sekurang2nya dengarlah lagu2 English yer.. hehe}. Elemen yang lain iaitu 'Reading' kerna secara tak langsung akan mahir 'Writing'. Apa2 pun back to basic..jangan segan bertanya, jangan malu mencuba. Salah sekali bukan bererti salah selamanya. Maka kesimpulannya adalah rajin2 membaca untuk menambah ilmu pengetahuan. Pesannya juga, banyak yang bisa diperolehi di laman web... tetapi kita patut tahu laman mana yang bisa menambah ilmu sekurang2nya general knowledge. Takde la melopong tanpa jawapan jika ada yang bertanya. hehe.

btw...jika ada rakan2 yang mahu mengasah skills English anda sama ada writin' or speakin', bolehlah maklumkan kepada saya. Boleh dapatkan bantuan IBU {my mother i law yang anda bisa bertemu beliau aktif di FB juga} untuk mengajar kita bersama. hiks!

No comments:

Post a Comment