Assalaam alaykom... perjalanan dari utara menuju ke Kuala Lumpur pagi Khamis yang lalu lancar dan tak banyak kenderaan seperti malam sebelumnya. Mungkin masih ramai warga Ibukota yang terus bercuti sampai ke hujung minggu. Saya dan hubby Moose bertolak jam 2am dari Penang... gara2 bertemu dengan pengasas GAP, mr Rul Amin {alamak!! lupa pula mau snap gmbonya}
btw... sempat juga mr driver a.k.a mr photog shoot beberapa gmbo sepanjang perjalanan. Seperti biasa jika memandu di malam hari, mrs Cyana akan tidur. ahaks! {pity hubby Moose bertemankan lagu Maher Zain saja} Sedar2 rupanya hubby Moose berhenti di R&R Tapah sekali lagi untuk lelapkan mata. Seawal subuh baru kami bertolak... haaa dah pagi baru mrs driver ambil alih memandu.. vroom vroommm!
dari R&R Tapah di pagi hari
kabus menutupi jalan
wahhh!!! macam kat Genting Highland pula..
kalo naik ke Cameron Highland pun best gak nie.. ahaks!
sampai di Bernam Jaya.. jalan masih lengang
lovely scenery
berhenti di R&R Sg Buluh untuk bersiram
matahari terus meninggi... kenderaan pun makin banyak
okay... masa untuk pergi kerja!!!
Alhamdullillah... dipermudahkan perjalanan kami. Dapat juga mengutip pengalaman 'stuck in the jem' dan tidur di R&R. Menarik juga sesekali bak insan2 berchenta pula..datin' dalam kereta. ahaks. Buat sahabat2 yang masih bercuti.. Happy Holidays! Berhati2 di jalan raya . Memandu dengan cermat, ingatlah orang2 tersayang. SMILE!!!
No comments:
Post a Comment