Thursday, November 11, 2010

* the ROAD WALK @ Penang *

Yeay!.. kembali bersiaran dari Q'Bistro Bandar Sri Permaisuri pula. ahaks. Kepala dah berat, badan dah gatal kerna sejak pagi masih belum lagi pulang bersiram. Pulang dari kerja, saya terus meneman hubby Moose berjumpa brother Piziey. {fikir mau datin' berdua tadi.. hehe}

Lucky me, hubby Moose membawa bersamanya mr C... sekurang-kurangnya aktiviti malam terluang selain godaan makanan. well well...surfin' sambil layan chocolate blended!! nyum nyum! So while hubby Moose sedang sibuk menaik turunkan ilmu AfterEffect, wifey juga sibuk update blog seperti biasa. Terkadang saya terfikir... masa terluang lebih banyak bersama mr C berbanding mr hubby Moose. oppssss!!! {off-record ya}

okay...masih mood jalan2 di Penang. Kali ini singgah pula ke ROAD WALK atau JALAN KAKI.. hahaha. Road Walk terletak di Jalan Stadium iaitu di belakang Stadium Negeri Pulau Pinang. Actually Road Walk yang telah bertapak sejak tahun 80-an adalah tempat peniaga menjual barang2 terpakai ataupun barang2 yang dijumpai ataupun barangan curi. MAAF ya! perkataan curi itu mungkin sedikit kasar, dijelaskan tentang barangan curi itu yang mana dahulu banyak penagih dadah yang mencuri dan menjual kepada peniaga di sini untuk wang. Maka tidak hairan jika kasut hanya dicuri sebelah..kerna konsepnya asal barang dapat dijual. Sekiranya terdapat kasut atau barangan yang hilang, maka Penangian akan ke Road Walk... mungkin akan dijumpai barangan tersebut disana. hmm.

Lama juga tidak berkunjung ke sana. Kesempatan minggu lalu membawa hubby Moose untuk mengenali keunikan bandar George Town yang terkenal juga dengan street lifestyle. okay mari layan gmbo yer...

keychain oh keychain... kalo jual keychain koleksi saya mungkin laris juga

koleksi kasut

koleksi barangan tembaga

candid!!! sila abaikan wanita bertudung ungu itu.. hahaha.
well... first tyme ever saya berjalan ke George Town dengan berbaju tidur, seluar bunga2.. hahaha. {memang belum mandi...buruk sangat!}. Asalnya mahu shoot sunrise jek..so after subuh terus keluar rumah mengejar sunrise ditepi laut, namun hampa. Akhirnya terlajak pula ke breakfast di Transfer Road dan bersiar2 di Road Walk.

piring hitam msih dijual.. antik!

madu lebah asli dijual..lebah juga ada disitu.. pergh!

nice piece!

Penyanyi jalanan turut mencari rezeki. Sebenarnya saya lebih menyukai orang2 sebegini. Walaupun menjadi penyanyi jalanan, beliau tetap berusaha mencari rezeki yang halal tanpa meminta2 dari meja ke meja atau sekadar duduk di tar menadah tangan.

Memang rakyat Malaysia pemurah tetapi jika dalam satu jam di gerai makan, dua tiga kali peminta sedekah datang menadah tangan...saya kurang selesa sebenarnya. Maaf jika terkadang saya tidak menghulur ya. hmm. Pengalaman di Road Walk pabila melihat pen2, pin baju, hanger juga turut dijual.. erm..barang tersebut dalam kategori mahu dibuang, tetapi mereka menjualnya. Terasa betapa susahnya mereka mencari rezeki sedangkan kita hanya membuang2 sahaja. Seperti mahu pula mengumpul semua barangan yang tidak diperlukan lagi dan memberi kepada mereka, sekurangnya orang lain bisa mendapat manfaat dari barang tersebut. hmm.

p/s: Suasana disini dipenuhi insan2 dua alam. Nau'zubillah.

3 comments:

  1. kenanga.. you kena pergi situ dan lihat. banyak ala2 boy george yg popular di zaman 80-an.

    ReplyDelete
  2. hai,saya ambil sedikit gambar road walk letak di blog boleh yaa..kredit utk awak

    http://farrahwahida.blogspot.com/

    ReplyDelete