Tuesday, July 20, 2010

* S | L = S or L OR S&L =SL*

Assalaam alaykom sisters & brothers.. melihat akan tajuk pasti akan tertanya2 apakah maksud disebaliknya.. hmm. cuba teka? Walaubagaimanapun tajuk mempunyai kaitan dengan gmbo ya!! itu yang pasti.. hahaha. Kerna "S" adalah "Sharna" dan "L" adalah "Liza".. ahaks! masih merujuk kepada individu yang sama yang suka berceloteh tanpa titik noktah pabila bercerita. Itu belum ditambahkan lagi dengan sound effect penyedap cerita. hehe.

Nothing much! cuma sesekali saya agak janggal jika seseorang memanggil "Liza"..{confirm saya akan ignore anda}. erm..seingat saya hanya seorang yang pernah memanggil menggunakan nama "Liza" iaitu my ex Senior Manager, mr Lee semasa berkhidmat di IPSoftcom dahulu. erm..saya kira kerna lidahnya lebih mudah menyebut "Liza" memandangkan Mandarin dan English lingua pertuturannya.

YA!!! nama tetap nama. Walau apapun panggilan ianya akan merujuk kepada pemilik nama. hmm. Mungkin dahulu saya merasa sedikit unik nama "Sharna" disebabkan huruf "R" ditengahnya... namun jika tersalah sebut, saya pernah juga disangkakan berketurunan India. Lucky me to have "Liza" yang menunjukkan sedikit kemelayuan.. ahaks! okay..signaturenya pastinya "SL" sahaja. hmm.

Baru ini teringat telatah lil' Aiman, my cutie nephew dalam sebutan lograt budak tiga tahun...

Aunty: what's your name?
lil' Aiman: Putra Aiman Rizalman { wahhh!!!! sudah bisa menyebut namanya sendiri}
Aunty: daddy's name?
lil' Aiman: Johari
Aunty: umi's name?
lil' Aiman: Shariffah Norliza
Aunty: uncle 'sname?
lil' Aiman: Uncle Chab
Aunty: aunty's name?
lil' Aiman: aunty Nana
Aunty: erm..aunty's name Sharna Liza
lil' Aiman: NO!!!! Aunty Nana.

itu adalah lumrah konflik budak tiga tahun yang tahu "Liza" adalah milik ibunya. hehe. Sama seperti tuan empunya nama... jika dalam seribu, 998 menyebut "Sharna"..pastinya saya sendiri akan melupai bahwa "Liza" adalah sebahagian dari saya. hehe. Jika ditanya pula bagaimana "Sharna" bertukar menjadi "Cyana"? kerna itu nama yang telah dikomersialkan. hiks!!!

Iklan sebentar---> pemilik nama "Sharna Liza" yang gemar bergmbo.. btw, masa nie test shoot. maka sila abaikan individu disekelilingnya. hehe.

erm.. Jika dahulu, saya tidak menghargainya "SL", kini ianya adalah sebahagian fakta yang tak bisa dilupuskan. hmm. Kini saya mampu tersenyum sekurangnya..kerna jika dikaitkan dengan teori programmin'... "S|L" yang dibaca "S OR L" membuatkan anda perlu memilih salah satu darinya... tetapi jika "S&L" adalah "SL", gabungan kedua huruf tersebut yang membentuk SAYA! chill babe! dengar cerita silamnya, nama "Sharna" diambil dari pengaruh pelakon hindustan di zaman 70-an, atau mungkin ketika itu, ABAH memang bley agak yang anaknya juga bakal mewarisi darah datuk yang memang berasal dari India.. yang pasti golap warnanya.. ahaks!!!

dear GGOs...sila jawab TAG!! GGOs masing2 perlu bercerita tentang asal usul nama ya.. daaa... sayang GGOs!

5 comments:

  1. aiyoo...tag...ni mesti nk suh ahli2 bergerak aktif

    ReplyDelete
  2. haruslah!!! akak selaku cik Secretary yang sentiasa mahupun ahli2 yg aktif

    ReplyDelete
  3. Salam Cyana..

    pernah ada seseorang memanggil kakcik dengan nama RIA - ish! tak ke pelik kedengarannya? Nasib baik masa tu belum ada NAZA RIA! ;-)

    ReplyDelete
  4. Salam Kakcik..aiyooo..jadi kak RIA la ek? ke sbb akak riang ria? hehe. mmg pelik sungguh bunyinya. hiks

    ReplyDelete
  5. blog udah bersawang kelawar sume la..malas plk nk jwb tag :p

    ReplyDelete