Monday, July 26, 2010

* pesanan buat si PENCURI *

Semoga KAMU si PENCURI mendapat manfaat dari perbuatanmu itu.

Menerima panggilan dari MAMA awal pagi tadi, khabarnya kedai MAMA dimasuki PENCURI lagi. erm.. mungkin rezeki Sya'aban ya PENCURI. Dan barang2 yang dicuri adalah seperti meja, kerusi, tong gas dan rokok!!!! TETTTTTT!!!!! Anda pasti bisa menjangkakan si PENCURI adalah orang yang sangat pentingkan diri. Statement saya "Sure encik PENCURI mahu membuka perniagaankan? Dengan bermodalkan barangan curi, AWAK akan untung cepat ya encik PENCURI" dan lebih menarik lagi kecurian sering kali berlaku menjelang bulan Ramadhan.

Orang kata, berniaga di bulan Ramadhan bisa untung besar. Maka encik PENCURI... AWAK lagilah bley untung besar. Dengan bermodalkan hasil curian, bley ker encik PENCURI mendapat keberkatan rezeki? Tambahan pula wang itu bakal di beli makanan, bakal menjadi darah daging anda...erm.. adakah encik PENCURI bisa hidup aman damai sebegitu rupa sehingga ke akhir nyawa? hmm.

Satu saja pesanan dari saya... owh, mungkin encik PENCURI tak akan membaca entry ini, kerna mungkin encik PENCURI lebih mahir memotong besi, memecah mangga.. tak pandai berkomunikasi di alam maya. Jika KAMU membacanya...saya teringin benar berkenalan dengan KAMU encik PENCURI yang baik hati kerna menyusahkan hidup orang lain. Trimas!!!


2 comments:

  1. MasyaAllah.. apa jenis manusia la tu (jenis pencuri la...) :(

    ReplyDelete
  2. haih...orang sekarang dah tak ingat dosa!!! makin ramai yang dah tak berperikemanusiaan. hmm

    ReplyDelete