Assalaam alaykom...sesekali tersenyum jika dapat bersiaran dari kediaman tika di hujung minggu. erm..Memandangkan tiada cerita yang best di TV, hubby Moose juga berada di tempat lain, hujan diluar mencurah2 membasahi bumi...maka akhirnya saya menghabiskan masa disini. oppsss!!
Sekadar mahu berkongsi cerita dan pendapat tentang hal perkahwinan dan penceraian. hmm. Topik yang mudah disebut, juga semakin popular dewasa ini tetapi percayalah ianya adalah SATU tanggungjawab yang berat yang digalas di bahu Suami dan Isteri. Dewasa ini juga seperti pisang panas bermusim, banyak cerita penceraian yang di war2kan. YA!! pastinya cerita keruntuhan rumahtangga para celebriti yang namanya tersohor. Kerna kalau penceraian orang biasa manakan bisa surat khabar dengan tajuk utama PENCERAIAN akan laris dijual di pasaran. well.. well.. terpanggil saya untuk bercakap tentang isu ini. Tetapi bukan penceraian artisnya, Ini kisah penceraian pasangan bloggers terkenal {bak kata tulisan di paper tersebut}. Masing2 mempunyai pengikut tersendiri, usia juga sudah mencecah 40-an...andaian saya mereka sepatutnya dapat berfikir dengan lebih waras. Perasan juga... dari tajuk sahaja terkadang mungkin mengundang comment yang mampu menguasai minda.. Jika tidak pandai mengawal emosi, ini padahnya.
Dunia semakin hari semakin canggih!! Perkembangan IT juga begitu pesat!! Jika sebelum ini pernah dikhabarkan penceraian melalui SMS... kini menjatuhkan cerai di laman blog!!! Adush!!! Perlukah di khabarkan di situ? Adakah kerna terlalu taksub, sehinggakan di blog di lafazkannya. hmm. Sebenarnya perkembangan IT ini ada pro & kontra... terpulang kepada individu masing2 untuk menggunakannya dengan cara yang bagaimana. hmm.. dan mungkin kini para Kadi juga harus peka.. harus mengkaji pelbagai keberangkalian yang ada. Pernah mendengar akaq dan bertunang di alam maya... itu cerita gembira!! tetapi mungkinkah kita akan mendengar lagi penceraian melalui alam maya atau lain2 sumber yang tak pernah terlintas dek akal ini.
Terkadang saya akui... sebagai wanita yang kerap dan mudah sekali meluahkan perasaannya di alam maya, itu juga sebenarnya merbahaya. Mungkin perkara2 yang tak sepatutnya di sebut telah secara tidak sedar dikongsi bersama para pembaca. hmm. Saya juga akui.. bila kerap kali menulis disini... ianya bagaikan tempat luahan rasa...sampaikan terkadang lupa untuk berbicara normal.. hmm. Tangan yang menaip akan berinteraksi dengan minda.... Minda pula berinteraksi dengan Emosi.. Maka hasilnya akan diterjemahkan di BLOG. hmm..
YA ALLAH, lindungilah keluarga kami dari sebarang perkara2 yang akan memudaratkan diri. YA ALLAH.. ampunilah hamba2mu ini yang acap kali leka dengan arus dunia. Semoga kami ditempatkan dikalangan hamba2 yang disayangiMU.
Aminnnnnn....
ReplyDelete(kita manusia biasa yang seringkali TERLUPA)
benar kakcik..semoga kita saling mengingati.
ReplyDelete{tp asa cm tk sesuai jek mohon cerai dekat blog!! huhu}