Assalaam alaykom, rezeki tengahari tadi..jamuan makan sempena meraikan para petugas unit kerja perpindahan yang telah bertugas pada Mei an Jun yang lalu. Jamuan diadakan di Restoran ROSE 911 di Kampung Pandan Kuala Lumpur. Restoran ini menyediakan lauk pauk negri 9..{haa..lauk kg hubby den nie ha}. okay..tugas saya seperti biasa mengumpulkan semua petugas dan order makanan. owh!! sangat mewah dengan ikan bakar, daging salai, siput belitung, ayam kampung, ulam2 dan lain2 lagi.. Alhamdullillah, rezeki jangan ditolak. hehe.
Memandangkan tersangkut dalam kesesakan jalan..maka saya tiba di penghujung majlis. huhu. pity me!!! {sebab tak pandai jalan... main redah jek apa yang bley.. hehe}. Tapi sempat juga shoot petugas2 yang hadir. Ada juga yang outstation.. hmm. Tetapi semuanya berpuas hati bila beramai2 berkumpul... barulah nampak ramai, masa bertugas hari tu dibahagikan shift, so tak nampak ramai sangat. hehe.
mr Bahari selaku Ketua Operasi tak dapat pula hadir, beliau hanya sempat menghulurkan bajet.. btw.. thanks to mr Bahari yang prihatin, meraikan semua petugas dan belanja kami semua. Jasamu tetap dikenang.
team SAHOCA
mr Yusof yang mensyorkan tempat makan a.k.a orang kuat peralatan
sebahagian petugas2 lelaki
okay... semua memang terhibur dengan jenaka spontan mr Khamis
mr Azman selaku chief coordinator menyampaikan ucapan. Kata beliau.. para petugas sebenarnya adalah insan terpilih..mengikut nasihat mr movers, petugas tak perlu ramai untuk memudahkan kerja koordinasi.. benar, saya juga akan pening kalo terlalu ramai yang bertugas.. penat mahu menghafal jadual. ahaks!
semua happy bila kekenyangan
berjaket tu mr Fathul yang banyak juga membantu saya... on call jek terus datang.. hehe
mrs Cyana with miss Watie...sebab yang terakhir sampai, so makan jek berdua.. lauk banyak sungguh!
last but not least..team wanita dari Menara HLA yang bertugas.. nampak jek lembut, tapi bab kerja success!!!!
btw terima kasih kepada semua yang telah memberi komitmen, kerjasama yang tinggi dalam menjayakan kerja2 pindah tempoh hari. Pengalaman ini amat manis, yang tak dapat digambarkan dengan kata2. dan pabila mata menjadi saksi siri perpindahan dari A to Z... MashaAllah, itu rezeki kita bersama.
Kakcik slalu nampak papan tanda Restoran Rose 911 ni.. tapi, tak nampak restorannya! :)
ReplyDeletekakcik..restoran tu cm jalan masuk ke dalam sket...dari jalan luar tk nmpk sgt. tp area kari kepala ikan kg pandan tu.. belakang jek kot.
ReplyDelete