Saturday, July 24, 2010

* EMAS untuk WANITA? *

Assalaam alaykom kepada wanita2 diluar sana yang mungkin terbaca entry ini. Bila disebut EMAS, pastinya dikaitkan dengan WANITA {ya..kerna dalam Islam melarang LELAKI memakai emas..so fokusnya hanya kepada WANITA}. erm.. pengalaman saya membesar di Pulau Mutiara, masyarakatnya rata2 meminati Emas. Bermacam2 jenis Emas.. tak perlulah dihuraikan disini kerna saya bukan pakar Emas pun..sekadar mahu berkongsi cerita.

Lazimnya masyarakat di tempat kelahiran saya melihat Emas adalah aset untuk WANITA. Maka dalam erti kata lain, setiap dari mereka pasti memiliki Emas tak kiralah cincin, rantai, ataupun subang. YA!! mungkin anda juga pernah menonton cerita yang berlatar belakangkan warga WANITA di Penang yang gelangnya harus separuh lengan. owh..teringat arwah Tok Gemok yang mempunyai gelang sedemikian rupa.. tetapi tidaklah beliau bercakap sambil menginsing lengan baju. hmm. Cerita selalunya PROPA..bak kata Penangian.

Tetapi yang pasti aura Emas tetap ada pada WANITA. erm.. menjadi kebiasaan juga setiap WANITA yang berkahwin harus memiliki Emas? adakah itu satu kewajiban? Atau hanya perlu kepada yang mampu? Tetapi masih lagi ada yang mengukur Emas dengan kestabilan kewangan seseorang. Pernah juga saya ditegur pabila tidak langsung menyarungkan Emas... semasa kecil mungkin diri terpaksa...tetapi pabila bisa membuat keputusan, ianya menjadi lebih mudah untuk menyatakan TIDAK! Lucky me MAMA juga memahami...tidak pernah memaksa untuk membebankan diri dengan Emas. erm.. takut juga jika menyarung Emas banyak2, mungkin penyamun akan mudah mendekati kita.

Namun bukanlah saya ANTI Emas...cuma rasa hanya perlu memilikinya secara minima sahaja. Yang pasti mata ini tertarik dengan aksesori hiasan yang lebih ranggi dan mengikut trend.. opps!!! Koleksinya juga walaupun banyak tak mungkin dapat menandingi kehebatan harga Emas. Masih ingat lagi cincin perkahwinan, saya memilih Emas putih kerna warnanya bukanlah terlampau kuning terang...dan alasan yang lebih konkrit Cincin Kawen itu adalah Abadi. Tak mungkin mahu saya menggadaikannya. {kalo gadai emas putih tidak berharga, maka lebih baik simpan saja..hiks}

ini salah satu koleksi terbaru Emas 916 yang disalutkan emas berwarna putih...tetapi kiraannya jika ditolak kembali adalah sama harga Emas 916. owh..mungkin yang ini lebih menarik pandangan mata saya kerna warnanya tidak terlalu terang dengan design yang simple.

Jika tadi rantai..ini pula berbentuk gelang. erm..sekadar menjadi penyeri di tangan. Harganya pula? MashaALLAH terkadang tak terlintas dek akal. hehe. Tetapi yang pasti...kesemua diatas adalah gambo hiasan semata2, sekadar menjadikan koleksi gmbo sahaja. hiks.

okay... ini favourite! mrs Cyana lebih gemar menyarungkan sesuatu yang pelbagai bentuk dan warna mengikut mood dan selera hati. Lebih selamat rasanya jika berjalan2 seorang diri dalam keadaan begini kan? hmm.. okay Selamat berehat di hujung minggu. C ya'.

2 comments:

  1. Kakcik juga bukan penggemar emas. Buat masa ini tiada seurat emas pun yang 'lekat' ditubuh kakcik. Lagipun.. nak diwariskan kepada siapa nanti?? Menantu?? Hmmmmm..pandai2 sendirilah kalau berminat. Hiks!

    ReplyDelete
  2. itu la die kakcik trend org kta.. tp tyme balik kg kalo jumpa makcik2 sure dieorg tegur kata bogel...huhu. kakcik, kena carik menantu yg tk minat emas gak kot. hehe

    ReplyDelete