Wednesday, July 14, 2010

* memori cik KUNINGku *

Assalaam alaykom... bersiaran dimalam hari pabila mata masih lagi segar bugar. Mahu tidur belum ngantuk..tapi esok paginya pasti mata tak bisa dibuka...aljawabnya bakal lambat lagi sampai office.. tettt!!! Adush!!! bosankan jika setiap hari seperti menghitung masa. Harus keluar rumah sebelum jam 7am.. jika GAGAL???? maka selamat menempuh perjalanan 20km/j di Federal Highway.. huhu. Pernah juga mencuba beberapa jalan alternatif, tapi hasilnya tetap sama.. soooo bagi saya yang bergaji sederhana nie, lebih molek rasanya melalui tol termurah!!! tapi MASA perlu dijaga. huhu. Pulang pula harus punctual jam 5pm... Jika tidak, merasalah stuck di tengah Segitiga Emas KL yang dibanggakan tu.. hmm.

Terkadang terfikir, jika saya mempunyai komitmen anak...amik anak di nursery, harus bagaimana? hmm. {sebab takde anak lagi...so sila abaikan ayat berangan tadi yer... hehehe}. Tapi itu realitinya bila bekerja di ibu negara yang megah dengan bangunan tinggi pencakar langit tetapi kemudahan awamnya agak mengecewakan. Sakit hati lagi jika... kita tersangkut di tengah2 kesesakan...tetiber terdengar siren & ternampak lampu2... memberi isyarat "SILA BERI LALUAN"!!! okay...saya juga bayar cukai jalan... tetapi kenapa tiada keistimewaan? Alangkah indahnya jika kereta saya mempunyai LOGO???!!! {erm..berangan jek lah logo apa2 pun} Saya bakal diescort...saya bakal sampai ke destinasi tepat pada masanya!! Saya tak perlu melalak dalam kereta kerna bosan yang melampau... hmm... Indahkan???

Tapi itu hanyalah impian belaka... kerna saya adalah Rakyat Biasa yang tiada kepentingan. erm.. terasa seperti mahu menjerit "owh... tolong teliti kembali kemudahan rakyat2 anda... sekurangnya kaji kembali kemudahan awam ya". Mahu sahaja naik bas, mahu sahaja naik komuter dan LRT... tetapi masih segar lagi bagaimana terasa seperti SARDIN cap Ayam dikala petang hari... then komuter pula yang acap kali ROSAK... harus bagaimana? hmm. Sooo...mahu atau tidak, pilihan terakhir adalah memandu {sebab takde lesen motor.. huhu}. Dan pabila memilih untuk memandu... yang perlu diambilkira tol+minyak+caj parkin'. huhu. owh... kalo mahu lebih mudah mungkin boleh melalui jalan ekspress... TAPI TOL????

eh, tersimpang dari tajuk pula..{emosi ditengah bulan...biasalah kan? ahaks!} Cerita saya bakal mengucapkan Selamat Tinggal kepada cik Kuning yang telah berjasa lebih kurang 5 tahun bersama. Bila hari ini tidak bersama cik Kuning... terasa handbag ringan pula. hmm. Kerna sepanjang bersama cik Kuning...segala macam resit, kad, gmbo, bla3x dikepit bersama. Alasan saya berdompet besar...agar tidak mudah tertinggal merata {almaklumlah pelupakan?} . Lagipun saiz cik Kuning yang panjang memudahkan saya mencapai tag touch & go. hmm..

nampaknya cik Kuning yang sudah lusuh perlu diganti baru... walau kondisi masih baik, luaran sahaja yang agak comot...tetapi biasalah ayat2 lazim alasan wanita...oppps!!! { no comment!} Cik Kuning yang besar tu sangat BEST!!! telefon pun bley disimpan didalamnya. hmm.

cik Kuning ditengah meja.. hehe. Macam teringin pula nak makan meatball... GGOs JOM!!!

okay.. ini adalah gmbo setahun yang lalu. Masa nie lunch with hubby Moose. motif gambo nie ditayang adalah kerna teringat pada baju kurung tu... yang sudah lama digantung sahaja. huhu.

insan terchenta yang masa nie baru pulang dari 8tv...CYG ingat tak? hehe..

nyum.. nyum.. abis dimakan...bermakna sedap nie, kena pergi repeat lagi. ahaks!

Faktanya, warna Kuning bukan warna favourite.. jauh sekali tak terlintas bagaimana cik Kuning boleh bersama. hmm. Actually tahun nie baru tersedar, saya juga memiliki kasut dan bagpack berwarna kuning. then tambah dengan dress & scarf kuning.. hiks!! okay... abis keluhan hati bersama cik Kuning dan no more touch T&G bersama cik Kuning. rindu pula.. hmmm. Actually sebab nak matchkan mr BB dengan cik Hitam, maka keputusan untuk melepaskan cik kUning terpaksa diambil.. ewahh{ fikir macam ada org nk audit jek.. hahah} Semoga cik Hitam yang baru nie dapat berkhidmat lebih lama and success. InshaAllah.

No comments:

Post a Comment